06 March 2011

Pernyataan Masalah

Pernyataan masalah amat penting dalam penyelidikan yang dijalankan. Pernyataan masalah merupakan isu/ masalah yang ingin dikaji dalam penyelidikan. Selalunya pensyarah akan menyoal mengapa hendak menjalankan kajian berkenaan. Penyelidik tentunya telah bersedia untuk mempertahankan isu/masalah yang ingin dikaji. Justeru itu, penyelidik perlu boleh menerangkan secara mendalam mengapa kajian berkenaan perlu dijalankan.

Pernyataan masalah diperoleh melalui pembacaan, pemerhatian dan temu bual yang dijalankan. Selain itu, ia juga boleh diperoleh melalui penelitian dokumen dan soal selidik. Bagaimana menyampaikan pernyataan masalah dalam penulisan? Berikut diterangkan cara menyampaikan pernyataan masalah untuk tajuk – Pelaksanaan Inkuiri Penemuan dalam Pendidikan Sains. Ia merupakan suatu penyelidikan berbentuk kajian tinjauan.

Pertama: Penyelidik perlu menerangkan konsep-konsep yang digunakan dalam kontek penyelidikan yang dijalankan bukannya secara umum.

Kedua : Selepas itu, penyelidik menerangkan berkaitan kajian-kajian lepas yang mendapati bahawa isu/ masalah yang ingin dikaji mempunyai kepentingan dan kelebihan kepada pengguna/pelajar/guru/pentadbir/organisasi dan sebagainya. Penyelidik perlu menyertakan sebanyak yang mampu kajian-kajian dalam dan luar negara yang berkaitan.

Ketiga : Penyelidik perlu menerangkan senario pada ketika ini berkaitan isu/masalah yang ingin dikaji. Nyatakan kelemahan/ masalah/ kekangan yang dihadapi dan ia memerlukan penyelesaian melalui penyelidikan yang dijalankan.

Keempat : Penyelidik perlu menghubung kaitkan kepentingan dan kelebihan dengan senario yang dibincangkan untuk mengatasi isu/masalah yang dihadapi. Di sini lah kita perlu menjawab soalan, so what???. Maksudnya apa yang diperoleh dari penyelidikan yang dijalankan. Ia mestilah ‘sesuatu’ yang boleh menghasilkan ‘kejayaan’ selepas kajian dilaksanakan.

Kelima : Bahagian ini merupakan rumusan penyelidik keatas hujah-hujah yang disampaikan. Penyelidik perlu menerangkan kenapa kajian berkenaan amat penting dijalankan dari perspektif penyelidik.

a. Isu keprihatinan/ Fokus Kajian

  • Kenal pasti dan nyatakan isu / masalah sebenar.
  • Menghuraikan isu/ masalah berkenaan.
  • Rumuskan masalah yang telah di kenal pasti – senaraikan.

b. Tinjauan masalah

Tujuannya ialah supaya masalah yang di kenal pasti dapat dibuktikan melalui kaedah saintifik (penyelidikan – alat kajian- analisis).
  • Nyatakan alat-alat kajian yang digunakan untuk mengenal pasti isu/ masalah.
  • Paparkan alat-alat kajian ( i,ii, iii,iv) berkenaan
  • Terangkan sebab menggunakan alat-alat kajian ( i,ii, iii,iv) berkenaan
  • Terangkan bagaimana menggunakan alat-alat kajian berkenaan iaitu terangkan cara pelaksanaannya sehingga mendapat data yang diperlukan (langkah-langkah)

c. Analisis masalah
  • Menerangkan setiap satu cara menganalisis alat-alat kajian berkenaan ( i,ii, iii,iv)
  • Nyatakan setiap satu hasil analisis/ dapatan yang diperoleh
  • Buat kesimpulan setiap satu hasil/dapatan kajian (Rujuk balik kepada fokus kajian/ isu keprihatinan).
  • Pastikan dapatan/hasil menerangkan isu/masalah yang dinyatakan.
  • Buat refleksi ke atas kesimpulan yang diperoleh (kesemua hasil)- Rumusan penyelidik.

OBJEKTIF KAJIAN/ SOALAN KAJIAN
  • Tentukan objektif umum kajian ( seperti tujuan kajian)
  • Tentukan objektif khusus kajian (seperti objektif kajian)
  • Kedua-dua merujuk kepada masalah/ isu yang telah dikenal pasti dan telah dibuktikan dengan kaedah saintifik/ alat kajian.
  • Objektif hendaklah berkaitan dengan tindakan/intervensi (strategi, kaedah, teknik, pendekatan,aktiviti, program)
  • Objektif hendaklah boleh diukur dengan menggunakan alat-alat kajian yang dipilih (Lihat alat kajian yang digunakan).
  • Gunakan perkataan –peningkatan, perkembangan, mengubah sikap pelajar, menghasilkan penulisan..

KUMPULAN SASARAN
Memerihalkan ciri-ciri responden secara terperinci semua perkara berikut: bilangan, jantina, nama kelas/jawatan, prestasi akademik, ciri-ciri unik yang lain.

PELAKSANAAN KAJIAN

1. Perancangan langkah-langkah tindakan
2. Perancangan cara mengumpul data
3. Perancangan cara menganalisis data

Perancangan langkah-langkah tindakan
  • Menyatakan pendekatan/ program/ aktiviti/kaedah/ teknik yang digunakan.
  • Terangkan cara pelaksanaan setiap satu secara terperinci.
  • Terangkan secara berperingkat-peringkat/ langkah-langkah /proses menjalankan aktiviti/ kaedah/teknik berkenaan.
  • Nyatakan bahan/ alat/ BBB/BBM yang digunakan ketika melaksanakan tindakan/ intervensi.

Perancangan cara mengumpul data
  • Menyatakan alat-alat kajian ( i,ii, iii,iv) yang digunakan.
  • Menerangkan setiap satu cara mengumpul data-data kajian berkenaan ( i,ii, iii,iv).
  • Lebih baik- alat kajian yang digunakan lebih daripada 1 supaya boleh membuat ‘triangulasi’.
  • Terangkan bagaimana setiap satu alat kajian digunakan untuk mendapatkan data.
  • Jangan lupa rujuk semula objektif kajian dan masalah kajian

Perancangan cara menganalisis data
  • Menerangkan setiap satu cara menganalisis alat kajian berkenaan ( i,ii, iii,iv).
  • (Terangkan bagaimana menganalisis dan menggunakan kaedah apa).
  • Nyatakan setiap satu hasil analisis/ dapatan yang diperoleh – pemerhatian, analisis dokumen, temu bual, soal selidik dll.
  • Buat kesimpulan setiap satu dapatan kajian (Rujuk balik kepada fokus kajian/ isu keprihatinan).
  • Buat refleksi ke atas kesimpulan yang diperoleh (kesemua hasil) – Rumusan penyelidik.

*Tidak perlu ada dalam proposal penyelidikan.

PERANCANGAN PELAKSANAAN TINDAKAN

a. JADUAL PELAKSANAAN KT

Paparkan jadual pelaksanaan menjalankan penyelidikan tindakan.

i. Jadual (Bil, aktiviti, tarikh)
ii. Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data tinjauan awal – 5 hari
iii. Menentukan Objektif/ soalan kajian – 1 hari
iv. Merancang tindakan – 3 hari
v. Melaksanakan tindakan – 8 hari
vi. Menganalisis tindakan – 2 hari
vii. Membuat refleksi – 1 hari
viii. Menulis laporan kajian – 10 hari
ix. Pembentangan dapatan kajian – 2 hari

b. KOS KAJIAN
  • Sediakan dalam bentuk jadual:
  • Bil. ,Harga se unit, Bilangan unit, Jumlah harga,Jumlah keseluruhan
  • Pengangkutan (Jika perlu)
  • Senaraikan semua bahan yang di gunakan dalam kajian.

TINJAUAN LITERATUR
  • Menerangkan konsep yang digunakan, teori, model, program yang berkaitan dengan soalan-soalan/ objektif kajian
  • Menghuraikan kajian lepas yang berkaitan dengan soalan/ objektif kajian
  • Nyatakan : nama penulis, tahun, tempat kajian, bentuk kajian, sampel kajian, alat kajian, kaedah analisis dan dapatan kajian
  • Senaraikan sekurang-kurangnya 5 kajian lepas yang berkaitan dengan kajian yang dijalankan (tepat)


PENULISAN RUJUKAN
Sila rujuk cara menulis mengikut sistem APA:

◦ Jurnal
◦ Buku
◦ Buku dalam buku
◦ Topik dalam buku
◦ ERIC document
◦ Jurnal online
◦ Online/ Web site/page
◦ Tesis
◦ Report
◦ Seminar/ prosiding

Kuasi-Eksperimen

 Apakah kajian kuasi–eksperimen? Kajian ini biasanya digunakan untuk menilai keberkesanan suatu program apabila responden kajian tidak dapat diagihkan secara rawak. .......Seterusnya

03 March 2011

Pembestarian Sekolah Dan Sekolah Amanah

PENGENALAN

Sistem pendidikan sedia ada perlu dimantapkan selaras dengan perkembangan era teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Beberapa penambahbaikan dalam pelbagai aspek perlu dilakukan supaya ianya berdaya saing dan relevan dengan kehendak semasa. Pewujudan Sekolah Bestari merupakan satu senario dalam pendidikan alaf baru di Malaysia dan bersesuaian dengan perkembangan teknologi, sosial serta budaya masa kini. Perkembangan seumpama ini memerlukan sesebuah institusi pendidikan menggabungkan serta memberikan penekanan terhadap beberapa aspek, antaranya pengajaran dan pembelajaran berbudaya fikir, pemusatan kepada pelajar, penggunaan bahan teknologi secara bijak, strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai, serta pengurusan sekolah yang efektif.


KONSEP PEMBESTARIAN


Teachers will need to change their role in the electronic classroom from being information providers to counselors to help students develop know how and judgment to select information sources. Key to success in the Information Age will be making the right judgements between an awesome array of choices. We are examining our education system to create a curriculum where people learn how to learn for continuing education throughout their lives.
Tun Mahathir Mohamed, Launch of the Multimedia Super Corridor 1 August 1996

The smart school program will be re-modelled and its implementation fasttracked to enable more schools to benefit, at lower cost to the government. Smart schools will have access to the Internet through the SchoolNet program, which is already at an advanced stage of implementation. Advanced teaching and learning materials developed through the Smart School Pilot program will be utilised for teaching, while the Smart School Management System will be used to improve administration processes.
Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, Launch of The Multimedia Super Corridor (M.S.C.) Next Leap, 3 July 2004

… pembestarian sekolah adalah selaras dengan hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk menjadikan sekolah-sekolah awam lebih berdaya saing, kondusif dan moden mengikut arus pembangunan semasa. Dalam proses pembestarian sekolah, sasaran kementerian ialah untuk meningkatkan nisbah komputer kepada murid, masa dedahan murid dan guru kepada penggunaan komputer dan mengaplikasikan teknologi yang berkesan dari segi kos.
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pelajaran Malaysia, 7 Mei 2005

APAKAH PEMBESTARIAN SEKOLAH?

Pembestarian Sekolah merupakan proses berterusan ke arah meningkatkan lagi penggunaan ICT dalam pendidikan dengan memberi fokus pada peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran (P&P), keberkesanan pengurusan dan pentadbiran sekolah dan kompetensi guru. Program Pembestarian Sekolah juga memberi maksud mengapliksikan konsep Sekolah Bestari iaitu sebagai satu institusi pembelajaran yang direka semula secara sistemik dari segi amalan pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah untuk membantu murid-murid menghadapi era teknologi maklumat. Komponen utama Pembestarian Sekolah adalah berfokus kepada pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah berbantukan ICT. Proses Pembestarian Sekolah ini akan dapat melatih guru dan murid berkemahiran dalam bidang ICT. Justeru, kemahiran yang diperoleh dapat melahirkan murid yang boleh mengamalkan pembelajaran akses kendiri (selfaccessed),terarah kendiri (self-directed) dan kadar kendiri (self-paced). Pelaksanaan pembestarian ini memanfaatkan (leverage) kepada semua inisistif ICT yang sedia ada di sekolah merangkumi tiga elemen utama iaitu infrastruktur ICT dan Aplikasi Pengurusan, Pengisian Pengajaran dan Pembelajaran (P&P), dan Pembangunan Sumber Manusia. Fokus Pembestarian Sekolah ialah untuk memastikan semua sekolah akan mempunyai kecapaian ICT yang sama dengan;

. Menyediakan kemudahan infrastruktur dan perkakasan yang mencukupi
. Menyediakan perisian dan bahan-bahan digital yang lengkap
. Memberi latihan yang secukupnya kepada semua guru, pentadbir dan staf sekongan

Pembestarian Sekolah akan memanfaatkan tiga (3) elemen utama iaitu yang telah dilaksanakan ke sekolah-sekolah melalui projek-projek Kementerian seperti berikut;

. Projek Makmal Komputer Sekolah
. Program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)
. Rangkaian SchoolNet
. Rancangan TV pendidikan
. Projek Rintis Sekolah Bestari - ICT Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
. Mata Pelajaran yang Berasaskan ICT
. Perkongsian Pintar dengan Syarikat Swasta
. Latihan ICT Guru
. Pengurusan Perubahan bagi Guru dan Pentadbir Sekolah

Program Pembestarian ini akan dijalankan secara berperingkat dan berfasa mengikut keutamaan dan keupayaan Kementerian dengan mengambil kira kesediaan sekolah.


DASAR DAN MATLAMAT
Dasar Pembestarian semua sekolah merangkumi dasar ICT iaitu;

. ICT untuk semua pelajar
. ICT sebagai alat pengajaran dan pembelajaran, sebagai mata pelajaran dan komponen mata pelajaran
. ICT digunakan untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan system pendidikan Matlamat Pembestarian Sekolah ialah untuk mengoptimumkan potensi murid di semua sekolah Malaysia dengan menggunakan ICT sebagai pengupaya kepada pengajaran dan pembelajaran.

STATUS SEMASA DAN CABARAN

1. Sekolah Bestari secara ringkas boleh didefinisikan sebagai suatu system pendidikan yang mana proses pengajaran dan pembelajaran lebih berpusat kepada pelajar dengan menggunakan pendekatan yang lebih kritis dan kreatif serta menggunakan teknologi sebagai pengupaya. Penggunaan ICT sebagai bahan bantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran merupakan jantung Sekolah Bestari. Pendekatan ini tidak hanya terhad dalam kurikulum, pedagogi, pentaksiran, pengajaran dan pembelajaran, malah juga dalam bidang pengurusan sekolah. Pengurusan dan pentadbiran sekolah dibestarikan agar pengurus sekolah dapat menguruskan perjalanan sesebuah sekolah dengan lebih efektif.

2. Walau bagaimanapun, dalam proses menubuhkan Sekolah Bestari di seluruh negara, KPM kemudiannya telah mengambil langkah bijak dan kos efektif dengan memperkenalkan Program Pembestarian Sekolah. Ini memandangkan untuk membekalkan infrastruktur teknologi penuh sebuah Sekolah Bestari, Kerajaan perlu membelanjakan sebanyak RM1.8 juta, manakala untuk membekalkan infrastruktur teknologi makmal komputer, kerajaan memerlukan peruntukan sebanyak RM642,000 bagi sebuah sekolah. Oleh itu, alternatif yang terbaik adalah dengan cara membestarikan sekolah sedia ada yang hanya memerlukan peruntukan yang jauh lebih rendah untuk setiap buah sekolah.

3. Program Pembestarian Sekolah memberi maksud mengaplikasikan konsep Sekolah Bestari pada semua sekolah rendah dan menengah di seluruh negara. Komponen utama pembestarian sekolah adalah berfokus kepada pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah berbantukan ICT. Proses Pembestarian sekolah dapat melatih guru dan pelajar berkemahiran dalam bidang ICT. Justeru, kemahiran yang diperoleh dapat melahirkan pelajar yang mengamalkan pembelajaran akses kendiri (self-accessed), terarah kendiri (self-directed) dan kadar kendiri (self-paced).

4. Pelaksanaan pembestarian ini mengambil kira (leveraging) semua inisiatif ICT yang sedia ada di sekolah merangkumi tiga perkara utama iaitu hardware, software dan wetware. Untuk itu, KPM telah pun membekalkan pelbagai peralatan dan kemudahan ICT seperti komputer, pencetak, server, projektor dan rangkaian. Statistik sehingga April 2005 menunjukkan sebanyak 4500 buah sekolah rendah dan menengah di seluruh negara telah dilengkapi dengan makmal komputer, sementara 8120 buah sekolah telah dirangkaikan dengan capaian internet berjalur lebar melalui rangkaian SchoolNet.

5. Pelbagai perisian kursus telah dibangunkan, baik oleh pihak KPM mahu pun dengan kerjasama pihak swasta. Perisian kursus untuk kegunaan Sekolah Bestari yang melibatkan empat mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik telah dibangunkan dengan kerjasama pihak swasta. Selain daripada menghasilkan perisian kursus untuk digunakan oleh guru dan pelajar dalam program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

6. Pembestarian sekolah melibatkan pengurusan pendidikan yang lebih cekap dan berkesan dengan penggunaan aplikasi Smart School Management System (SSMS), Educational Management Information System (EMIS) dapat membantu memperkemaskan pengaliran dan perkongsian maklumat di peringkat sekolah, jabatan dan kementerian.

7. Latihan kemahiran ICT kepada individu yang terlibat sentiasa diadakan dari semasa ke semasa. Pentadbir sekolah, guru, staf sokongan dan personel di pelbagai peringkat Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri, dan Bahagian-bahagian di KPM turut dibimbing dan dilatih menggunakan segala kemudahan ICT yang disediakan.


FOKUS PEMBESTARIAN SEKOLAH

Fokus pembestarian sekolah dalam tempoh pelan tindakan ini ialah bagi memastikan semua sekolah akan mempunyai kecapaian ICT yang sama dengan;

- Menyediakan infrastruktur dan perkakasan yang mencukupi (hardware)
. Menyediakan perisian dan bahan-bahan digital yang lengkap (software)
. Memberi latihan berterusan kepada semua guru, pentadbir dan staf sokongan (wetware)
. Memastikan wujudnya sistem penyelenggaraan



SEKOLAH AMANAH

Sekolah Amanah adalah sekolah awam yang diurus secara bersama di antara pihak swasta dengan pemimpin sekolah kerajaan, di bawah kawal selia KPM. Sekolah Amanah akan diberi lebih kebebasan dalam membuat keputusan dan dengan itu dipertanggungjawabkan bagi meningkatkan prestasi pelajar.

Sekolah Amanah bermatlamat untuk membawa perubahan kepada prestasi sekolah tanpa mengira pencapaian semasa: daripada sederhana kepada baik, baik kepada lebih baik.

Sekolah Amanah akan dipilih daripada sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan sedia ada di seluruh negara (contohnya, rendah dan menengah, bandar, pinggir bandar dan luar bandar).

Sekolah yang dipilih merangkumi sekolah berprestasi rendah, sederhana dan cemerlang dengan harapan untuk meningkat prestasi di semua peringkat. Sekolah Amanah bertujuan untuk mempercepatkan proses penambahbaikan dalam melahirkan pelajar dan sekolah yang cemerlang tanpa mengira tahap permulaan.

Sekolah Amanah akan mempunyai lebih autonomi dalam membuat keputusan berkaitan kurikulum, kewangan dan sumber manusia bagi menggalak inovasi dan menjadi lebih responsive terhadap keperluan komuniti sekolah. Autonomi yang diberi merangkumi kebebasan memilih kandungan kurikulum, pengagihan peruntukan mengikut keperluan, penyediaan insentif berasaskan prestasi dan pemilihan guru dan kakitangan bukan guru.

Sekolah Amanah dikehendaki mencapai prestasi yang telah ditetapkan dalam tempoh lima tahun. Pihak KPM akan mengambil alih pengurusan dari penajasekiranya sekolah gagal mencapai prestasi yang ditetapkan. (RMKe-10)

Sukatan Pelajaran

Salam sejahtera cikgu. Sebagai rujukan cikgu, di bawah ini disediakan pautan untuk mendapat huraian sukatan yang dikeluarkan oleh BPK.

02 March 2011

Pembolehubah

DEFINISI PEMBOLEHUBAH

Pembolehubah boleh didefinisikan sebagai “something that may vary or differ” (Brown, 1998:7). Terdapat penyelidik yang mendefinisikan dengan lebih mendalam iaitu mengatakan bahawa pembolehubah adalah “is simply symbol or a concept that can assume any one of a set of values” (Davis, 1998:23).

Definisi yang pertama menyatakan bahawa pembolehubah adalah sesuatu yang berbeza atau bervariasi. Ia dapat diperjelaskan dalam definisi kedua iaitu simbol atau konsep yang diandaikan sebagai nilai-nilai atau angka-angka. Definisi yang abstrak tersebut dapat dijelaskan dengan menggunakan contoh berikut:

a. Hubungan di antara kecerdasan dan prestasi pelajar.

b. Pengaruh warna terhadap minat membeli motosikal.

c. Hubungan di antara jenis promosi dengan jumlah penjualan.

Contoh-contoh pembolehubah ialah: kecerdasan, prestasi pelajar, warna, minat membeli, promosi, jumlah penjualan dan sebagainya.

Berdasarkan kepada definisi di atas, didapati bahawa pembolehubah adalah suatu simbol yang diberikan angka atau nilai yang berkaitan dengan hipotesis. Dalam erti kata lain, pembolehubah mempunyai sifat yang boleh berubah. Sebagai contoh, jantina boleh mempunyai dua nilai iaitu lelaki dan perempuan. Bangsa pula boleh mempunyai lebih banyak nilai seperti Melayu, Cina, India, Serani dan sebagainya. Kepuasan juga boleh dioperasikan supaya ianya mempunyai nilai seperti sangat tidak puas, puas, dan sangat puas. Jika sesuatu itu mempunyai dua nilai sahaja seperti lelaki-perempuan, jauh-dekat, tinggi-rendah, maka ini disebut sebagai pembolehubah dikotomi.

Pembolehubah ialah sesuatu yang boleh mengambil nilai yang berbagai. Nilai tersebut boleh berubah-ubah untuk objek atau untuk seseorang individu.

Contoh pembolehubah:

Markat Ujian: markat ujian berubah-ubah mengikut ujian1,2,3 untuk subjek yang sama. Markat ujian juga berubah-ubah mengikut pelajar yang berlainan.

Ketidakhadiran: Ketidakhadiran juga berubah-ubah mengikut hari; di mana hari ini mungkin 5 orang tidak hadir kelas, esok 3 orang dan mungkin ada hari yang semua orang hadir.

Motivasi: Motivasi seseorang mungkin boleh diukur daripada sangat tidak bermotivasi hingga ke sangat bermotivasi.

E) JENIS-JENIS PEMBOLEHUBAH

Apabila dalam penyiasatan awal penyelidik menjangkakan kewujudan beberapa pembolehubah, maka penyelidik akan cuba mempastikan kewujudan pembolehubah tersebut. Penyelidik juga akan cuba mengenalpasti perhubungan-perhubungan antara pembolehubah-pembolehubah tersebut. Bagi mengenalpasti dengan lebih mendalam lagi berdasarkan maklumat yang diperolehi, maka penyelidik akan cuba membentuk sebuah model. Pada peringkan pembentukan model tersebut, penyelidik akan cuba mengkategorikan beberapa pembolehubah. Di antara pembolehubah-pembolehubah yang mungkin wujud adalah:

1. Pembolehubah bersandar (dependent variable)

2. Pembolehubah bebas / tidak bersandar (independent variable)

3. Pembolehubah penyerdahana (moderating variable)

4. Pembolehubah pengacau / mencelah (interverning variable)

Pembolehubah bersandar:

Pembolehubah bersandar adalah pembolehubah yang memberikan tindakbalas atau respon jika dihubungkan dengan pembolehubah tidak bersandar. Pembolehubah bersandar adalah adalah pembolehubah yang faktornya diperhati dan diukur untuk menentukan pengaruh yang disebabkan oleh pembolehubah tidak bersandar. Pembolehubah bersandar juga dikenali sebagai pembolehubah kriterion. Sebagai contoh, pengaruh warna terhadap minat membeli motosikal, maka pembolehubah bersandarnya adalah “minat membeli”. “Bagaimana berpengaruhnya warna merah terhadap minat membeli pengguna terhadap motosikal tersebut”.

Bagi meyakinkan pengaruh pembolehubah bebas iaitu warna merah terhadap minat membeli maka warna merah dapat diganti dengan warna biru. Jika pengaruhnya berbeza maka manipulasi terhadap pembolehubah bebas membuktikan adanya hubungan antara pembolehubah bebas warna dan minat membeli pengguna. Ini menunjukkan bahawa pembolehubah bersandar ialah pembolehubah bilamana kesan olahan dicerap. Perlakuan atau perubahan pembolehubah bersandar bergantung kepada perlakuan atau perubahan pembolehubah-pembolehubah lain.

Contohnya, hasil jualan, peningkatan keuntungan, produktiviti, sikap pekerja, komitmen, kesetiaan dan motivasi serta kepuasan kerja.

Text Box: Soalan latihan (i) Seorang penyelidik ingin meningkatkan komitmen para pekerja dalam sebuah organisasi. Apakah pembolehubah bersandar bagi kes di atas? (ii) Seorang pengurus pemasaran bimbang tentang strategi pengiklanan syarikat XYZ yang tidak menjadi. Apakah pembolehubah bersandar bagi kes di atas?

Pembolehubah tidak bersandar (bebas):

Pembolehubah bebas merupakan pembolehubah stimulus atau pembolehubah yang mempengaruhi pembolehubah lain. Pembolehubah bebas merupakan pembolehubah yang faktornya diukur, dimanipulasi, atau dipilih oleh penyelidik untuk menentukan hubungannya dengan sesuatu gejala yang diperhatikan.

Berdasarkan contoh di atas, “warna” adalah pembolehubah bebas yang dapat dimanipulasi dan dilihat pengaruhnya terhadap “minat beli”, misalnya apakah warna merah sebuah motosikal dapat menimbulkan minat membeli pengguna terhadap motosikal tersebut. Ia adalah pembolehubah yang mempengaruhi pembolehubah bersandar sama ada secara positif atau negatif. Contoh lain: jenis promosi dapat mempengaruhi jumlah jualan. Dalam kes ini, jenis promosi ialah pembolehubah-pembolehubah tidak bersandar.

Contoh 1: Diagram skematik menunjukkan perhubungan antara perbolehubah tidak bersandar (Warna motosikal) dengan pemboleh ubah bersandar (Jumlah pembelian)

Contoh 2: Diagram skematik menunjukkan perhubungan antara perbolehubah tidak bersandar (Promosi) dengan pemboleh ubah bersandar (Jumlah jualan)

Hubungan di antara Pembolehubah Tidak Bersandar dan Pembolehubah Bersandar

Pada umumnya penyelidik akan melakukan penyelidikan dengan menggunakan lebih dari satu pembolehubah, iaitu pembolehubah bebas dan pembolehubah bersandar. Kemudian, pembolehubah tersebut akan dicari perhubungannya.

Contoh 1

· Hipotesis penyelidikan: Terdapat hubungan di antara “gaya kepemimpinan” dengan “motivasi” pekerja

· Pembolehubah bebas: gaya kepemimpinan

· Pembolehubah bersandar: minat membeli

Gaya kepemimpinan mempunyai hubungan dengan motivasi pekerja, misalnya gaya kepemimpinan yang autokratik akan memberi kesan kepada terhadap motivasi pekerja secara berbeza dengan gaya kepemimipinan yang bersifat demokratik.

Contoh 2

· Hipotesis penyelidikan: Terdapat hubungan di antara jenis promosi dengan jumlah jualan.

· Pembolehubah bebas: Jenis promosi

· Pembolehubah bersandar: Jumlah jualan

Promosi mempunyai hubungan dengan ada dan tidaknya peningkatan jumlah jualan di organisasi tertentu.

Pembolehubah Penyederhana (Moderating Variable):

Pembolehubah penyederhana adalah pembolehubah bebas kedua yang sengaja dipilih oleh penyelidik untuk menentukan apakah kehadirannya berpengaruh terhadap hubungan antara pembolehubah bebas pertama dan pembolehubah bersandar. pembolehubah penyederhana merupakan pembolehubah yang faktornya diukur, dimanipulasi, atau dipilih oleh penyelidik untuk mengetahui apakah pembolehubah tersebut mengubah hubungan antara pembolehubah bebas dan pembolehubah bersandar.

Pada kes terdapat hubungan di antara warna motosikal dengan minat membeli, penyelidik memilih pembolehubah penyederhananya ialah “harga”. Dengan dimasukannya pembolehubah penyederhana harga, penyelidik ingin mengetahui apakah terdapat hubungan kedua pembolehubah tersebut berubah. Jika berubah maka kehadiran pembolehubah penyederhana adalah berpengaruh. Jika tidak berubah maka pembolehubah penyederhana tidak mempengaruhi hubungan kedua pembolehubah yang dikaji.

Contoh lain:

· Hipotesis: Tunjuk ajar ibu bapa mempengaruhi hubungan di antara jumlah buku dengan kebolehan membaca.

· Pembolehubah bebas: Jumlah buku

· Pembolehubah bersandar: Kebolehan membaca ibubapa.

· Pembolehubah penyederhana: Celik ibu bapa

Text Box: Contoh 3: Diagram menunjukkan kerangka teori tentang perhubungan antara perbolehubah tidak bersandar (Kebolehan Membaca) dengan pembolehubah bersandar (Jumlah buku) dipengaruhi juga oleh pembolehubah penyerdahana (Celik huruf Ibubapa).

Kadangkala dipanggil pembolehubah ini di panggil sebagai pembolehubah penengah. Ia mempengaruhi jangkaan penyelidik tentang hubungan antara pembolehubah bersandar dan pembolehubah tidak bersandar. Pembolehubah ini akan mendatangkan kekeliruan kepada penyelidik perniagaan yang sedang mengkaji hubungan sebab musabab. Kekeliruan ini sudah pasti akan menyebabkan penyelidik tersebut membuat kesimpulan yang salah.

Text Box: Kepelbagaian kemahiranText Box: Keberkesanan OrganisasiText Box: Kesan peningkatan keberkesan dengan adanya gaya pengurusan yang sesuaiText Box: Kesan peningkatan keberkesan tanpa gaya pengurusan yang sesuaiText Box: Rajah menunjukkan pengaruh pembolehubah tidak bersandar ke atas pembolehubah bersandar bila terdapat pengaruh pembolehubah penyerdahana.

Sebagai contoh, penyelidik mungkin akan menjangkakan bahawa kepelbagaian kemahiran dalam sesuatu kumpulan dalam organisasi akan meningkatkan keberkesanan organisasi tersebut. Bagaimanapun sebenarnya akan terdapat pembolehubah penyederhana yang akan mempengaruhi hubungan tersebut. Pembolehubah penyederhana tersebut ialah gaya kepimpinan ketua dalam sesuatu kumpulan. Ini menunjukkan bahawa pembolehubah penyederhana hadir bersama-sama dengan pembolehubah bebas pada masa yang sama.

Pembolehubah campurtangan/pengacau (intervening)

Pembolehubah bebas, bersandar, kawalan dan penyederhana merupakan pembolehubah-pembolehubah konkrit. Ketiga pembolehubah, iaitu pembolehubah bebas, kawalan dan penyederhana tersebut dapat dimanipulasi oleh penyelidik dan pengaruh ketiga-tiga pembolehubah tersebut dapat dilihat atau diperhatikan. Lain halnya dengan pembolehubah pengacau yang mana pembolehubah tersebut bersifat hipotetikal. Ini bermaksud secara konkritnya, pengaruhnya tidak kelihatan, tetapi secara teoritis dapat mempengaruhi hubungan antara pembolehubah bebas dan bersandar yang sedang dikaji. Oleh kerana itu, pembolehubah pengacau didefinisikan sebagai pembolehubah yang secara teoritis mempengaruhi hubungan pembolehubah yang sedang diteliti tetapi tidak dapat dilihat, diukur, dan dimanipulasi. Pengaruhnya harus disimpulkan dari pengaruh-pengaruh pembolehubah bebas dan pembolehubah penyederhana terhadap gejala yang sedang dikaji.

Contoh:

· Hipotesis: Jika minat terhadap tugas meningkat, maka motivasi mengerjakan tugas tersebut akan semakin meningkat

· Pembolehubah bebas: minat terhadap tugasan

· pembolehubah bersandar: motivasi dalam mengerjakan tugas

· Pembolehubah pengacau: proses belajar

Keterangan kes di atas dapat diterangkan sebagai berikut. Jika pelajar tertarik terhadap tugasan yang diberikan oleh pensyarah, maka hasilnya akan baik. Besar atau kecilnya motivasi dipengaruhi oleh minat. Namun demikian, hasil akhir tugasan tersebut dipengaruhi oleh faktor pelajar itu sendiri sama ada belajar atau tidak terlebih dahulu sebelum melakukan tugasan tersebut. Dengan minat yang tinggi dan persiapan belajar yang baik, maka motivasinya akan semakin tinggi.

Contoh 2:

· Hipotesis: Layanan yang baik mempengaruhi kepuasan pelanggan

· Pembolehubah bebas: layanan yang baik

· Pembolehubah bersandar: kepuasan pelanggan

· Pembolehubah pengganggu: kualiti produk

Pada umumnya layanan yang baik akan memberikan kepuasan yang tinggi terhadap pelanggan. Namun demikian kualiti produk akan mempengaruhi hubungan pembolehubah layanan dengan pembolehubah kepuasan. Layanan yang baik belum tentu memberikan kepuasan kepada pelanggan jika kualiti produknya rendah. Misalnya pemilik sebuah kedai kasut memberikan layanan yang baik kepada pelanggannnya. Ketika seorang pembeli mengetahui bahawa kasut yang dijual rosak pada bahagian tertentu maka tingkat kepuasannya akan turun.

Sebagai contoh yang lain kita dapati pendapatan atau gaji yang lumayan dipengaruhi oleh kemahiran Seperti di dalam kes di atas di mana pembolehubah tidak bersandar iaitu kepelbagaian kemahiran akan mempengaruhi pembolehubah bersandar iaitu keberkesanan organisasi, pembolehubah campurtangannya ialah pembolehubah yang timbul daripada kepelbagaian kemahiran yang dipanggil sinergi kreatif. Sinergi kreatif timbul daripada kepelbagaian etnik, budaya dan adat resam. Di mana kepelbagaian kaum akan menyumbang kemahiran mereka dalam bidang-bidang tertentu dalam menyelesaikan masalah pengurusan organisasi. Oleh itu, pembolehubah campurtangan akan timbul dalam masa yang berlainan. Apabila ada kepelbagaian dalam sumber tenaga kerja maka kemudian baru timbul kepelbagaian dalam kemahiran dan akhirnya akan menyumbang kepada keberkesanan organisasi.

Contoh 3: Diagram menunjukkan motivasi untuk bekerja adalah pembolehubah pengacau (intervening variable). Prestasi pekerja akan meningkat apabila diberikan kerja yang mencabar, tetapi kerja itu sendiri memberikan motivasi untuk bekerja kuat.

Hubungan Antara Pembolehubah Tidak Bersandar, Pembolehubah Pengacau, Pembolehubah Penyederhana Dan Pembolehubah Bersandar.

Contoh Kes

Contoh di atas menunjukkan perhubungan antara pembolehubah-pembolehubah bebas (umur, peluang kenaikan pangkat, kepuasa kerja, jangkamasa bekerja dan jantina) terhadap pembolehubah bersandar (Komitmen terhadap organisasi)

Contoh 2: Diagram Kerangka Teori

Sebuah kerangka kerja teoritikal dengan kehadiran pembolehubah pengacau dan pembolehubah penyederhana dalam sebuah rajah skematik.

Penerangan

Pembolehubah tidak bersandar adalah meningkatkan keaadaan kerja yang selesa, gaji yang lumayan dan peluang bercuti akan mempengaruhi penghargaan diri seseorang pekerja (self-esteem). Apabila ketiga-tiga pembolehubah tidak bersandar ini adalah tinggi di dalam keaadaan kerja, maka penghargaan diri juga akan tinggi. Walau bagaimanapun peningkatan gaji bukanlah semata-mata boleh meningkatkan penghargaan diri seseorang pekerja. Ini kerana pendapatan yang lumayan adalah dipengaruhi oleh pekerja yang berpengalaman yang mana mereka dapat mencari pendapatan sampingan. Pendapatan sampingan ini akan menyebabkan pekerja itu gembira (intervening variable) maka akan menyebabkan penghargaan diri (morale) meningkat.

F) HIPOTESIS KAJIAN

Setelah masalah didefinisikan, maka langkah berikutnya ialah membentuk hipotesis. Apakah hipotesis itu? Hipotesis adalah jawapan sementara terhadap masalah yang sedang dikaji. Berdasarkan definisi tersebut, hipotesis ialah saranan sementara bagi menjelaskan fenomena yang dikaji atau saranan sementara sebagai penyelesaian masalah. Hipotesis membolehkan penyelidik mengaitkan teori dengan analisis. Hipotesis memberi jangkaan penyelidik mengenai hubungan antara pembolehubah-pembolehubah. Bukti-bukti daripada analisis kajian akan menentukan sama ada sesuatu hipotesis itu perlu diterima atau diketepikan.

Tujuan Pembentukan Hipotesis

1. Memberi jangkaan atau ramalan sementara tentang fenomena yang dikaji.

Penjelasan sementara ini menghubungkan fenomena dan penyelesaian masalah dengan badan pengetahuan berdasarkan fakta-fakta yang telah didapati.

2. Memberi kenyataan hubungan yang boleh diuji secara langsung.

Kewujudan hubungan di antara pembolehubah-pembolehubah yang dikaji boleh dinyatakan dengan jelas dan dibuktikan dengan fakta-fakta.

3. Sebagai panduan kepada penyelidikan kerana

Ini kerana hipotesis dapat mewakili objektif penyelidikan. Hipotesis menentukan apa yang harus dilakukan, jenis data yang perlu diperolehi, kesesuaian fakta-fakta terpilih serta menentukan asas pemilihan sampel. Hipotesis juga boleh menentukan kaedah penyelidikan yang harus digunakan, mencadangkan analisis berstatistik yang diperlukan serta kaitan pembolehubah-pembolehubah yang harus diuji. Hipotesis juga dapat menolong penyelidikan agar tidak terkeluar dari batasan dan menghalang penyelidikan dari menjadi kabur.

4. Sebagai rangka laporan dapatan dan kesimpulan kajian.

Hipotesis yang baik dapat memandu kesimpulan yang harus dibuat bagi menyelesaikan masalah. Hipotesis juga boleh memberi panduan bagaimana laporan harus dibuat dan disebarkan.

Ciri-ciri Hipotesis

Sesuatu hipotesis mestilah memenuhi ciri-ciri yang tertentu bagi membolehkannya diterima sebagai hipotesis penyelidikan. Di antara ciri-ciri tersebut ialah:

a. Dinyatakan dengan mudah, jelas dan tepat. Hipotesis yang mudah, jelas dan tepat bukan sahaja membolehkan penyelidikan dilakukan dengan sempurna malah memudahkan orang ramai memahami laporan sesuatu penyelidikan. Hipotesis yang umum boleh dipermudahkan kepada beberapa hipotesis yang lebih khusus.

b. Tekal dengan pengetahuan yang ada. Hipotesis seharusnya tidak bertentangan dengan teori dan hukum yang ada. Sebagai contoh, Misalnya, peningkatan jumlah pesakit SARS adalah disebabkan semakin peningkatan jumlah penduduk yang berpelajaran adalah hipotesis yang tidak tekal dan tidak sesuai dengan pengetahuan yang ada.

c. Mempunyai kuasa penjelasan. Kuasa penjelasan ialah keupayaan hipotesis menerangkan fenomena yang dikaji dengan logik, tepat dan jelas. Misalnya, masalah pengenalan subjek komputer di sekolah-sekolah. Satu hipotesis yang menyatakan matapelajaran komputer sukar diperkenalkan di sekolah-sekolah kerana kekurangan guru yang terlatih dalam bidang komputer adalah mempunyai kuasa penjelasan.

Hipotesis yang menyatakan matapelajaran komputer sukar diperkenalkan kerana sekolah tidak mempunyai bekalan air yang mencukupi merupakan hipotesis yang tidak mempunyai kuasa penjelasan kerana gagal menjelaskan denagn logik, jelas dan tepat kaitannya antara kesukaran memperkenalkan komputer dengan ketiadaan bekalan air di sekolah-sekolah.

d. Mempunyai jangkaan hubungan antara pembolehubah-pembolehubah. Misalnya hipotesis ‘penambahan masa belajar dan markat ujian1 Prinsip Pemasaran ‘ tidak mempunyai jangkaan hubungan antara pembolehubah-pembolehubah penambahan masa belajar dengan pembolehubah penambahan markat. Hipotesis tersebut akan mempunyai jangkaan hubungan sekiranya dinyatakan sebagai ‘ penambahan masa belajar akan menambahkan markat ujian1 Prinsip Pemasaran’.

e. Boleh diuji. Pengujian hipotesis membolehkan kepastian dibuat sama ada bukti-bukti yang ada menyokong atau tidak menyokong hipotesis yang bersifat sementara. Inferens yang dibuat ke atas populasi berdasarkan maklumat sampel hanya boleh dilakukan sekiranya hipotesis telah diuji.

JENIS HIPOTESIS

1. Hipotesis penyelidikan
2. Hipotesis operasional dan
3. Hipotesis statistik.

Hipotesis penyelidikan ialah hipotesis yang kita buat dan dinyatakan dalam bentuk ayat.

Contoh:

· Terdapat hubungan antara gaya kepempininan dengan motivasi pekerja

· Terdapat hubungan antara iklan dan jumlah jualan

Hipotesis operasional ialah mendefinisikan hipotesis secara operasional yang mana pembolehubah-pembolehubah yang ada di dalamnya dapat dioperasikan. Misalnya “gaya kepemimpinan” dioperasionalisasikan sebagai cara memberikan arahan terhadap kakitangan bawahan. Motivasi pekerja dioperasionalisasikan sebagai tinggi rendahnya kemasukan pekerja ke dalam sesebuah syarikat. Hipotesis operasional dijadikan menjadi ada dua jenis, iaitu hipotesa kosong (H0) yang bersifat neutral dan hipotesa alternatif (HA) yang bersifat tidak neutral (pincang).

Maka bunyi hipotesisnya adalah seperti berikut:

H0 :


Tidak terdapat hubungan di antara cara memberikan arahan terhadap kakitangan bawahan dengan tinggi – rendahnya kemasukan pekerja ke dalam sesebuah syarikat

HA :


Terdapat hubungan di antara cara memberikan arahan terhadap kakitangan bawahan dengan tinggi – rendahnya kemasukan pekerja ke dalam sesebuah syarikat

Hipotesis statistik ialah hipotesis operasional yang diterjemahkan ke dalam bentuk angka-angka statistik sesuai dengan alat ukur yang dipilih oleh penyelidik. Dalam contoh ini di andaikan kenaikan kemasukan pekerja ke dalam syarikat adalah sebanyak 20%, maka hipotesisnya adalah sebagai berikut:

Hipotesis yang sudah dirumuskan kemudiannya harus diuji. Pengujian ini akan membuktikan H0 atau HA yang akan diterima. Jika HA diterima maka H0 ditolak. Ini bermaksud terdapat hubungan antara cara memberikan arahan terhadap kakitangan bawahan dengan tinggi – rendahnya kemasukan pekerja ke dalam sesebuah syarikat.

Dalam membuat hipotesis ada dua jenis kesilapan yang kadang-kala dibuat oleh penyelidik, iaitu:

a) Menolak hipotesis yang seharusnya diterima. Kesalahan ini disebut sebagai ralat alpha (a).

b) Menerima hipotesis yang seharusnya ditolak. Kesalahan ini disebut sebagai ralat beta (b).

Pembentukan hipotesis seharusnya jelas dan mudah difahami. Ramai pelajar yang tidak mempunyai masalah di dalam membentuk hipotesis null dan hipotesis alternatif. Begitu juga dengan hipotesis berarah dengan hipotesis tidak berarah. Namun demikian terdapat pelajar yang tidak membentuk hipotesis berdasarkan kepada kerangka teori yang telah dibangunkan. Sebagai contoh, terdapat pelajar yang tidak memasukkan pengaruh perbezaan jantina sama ada di dalam ulasan karya ataupun di dalam rangkakerja teoritikal, tetapi mereka membentuk hipotesis berkenaan dengan perbezaan jantina di dalam pembolehubah bersandar. Masalah lain yang mungkin timbul, bila pelajar membentuk hipotesis di mana dengan memasukkan pembolehubah penyederhana (moderating variable). Terdapat pelajar yang membentuk hipotesis dengan meletakkan pembolehubah penyederhana sebagai pembolehubah bebas yang mana mempunyai hubungan secara langsung dengan pembolehubah bersandar seperti yang digambarkan di dalam gambarajah di bawah.

Contoh kekeliruan di dalam membentuk hipotesis jika terdapat pembolehubah penyederhana (moderating).

Maksud Keertian

• Keertian Statistikal

• Perbezaan yang di dapati bukanlah disebabkan oleh turun-naik rawak dalam pensampelan

Contoh:

Seorang akauntan syarikat mengatakan mengikut data lampau purata masa kutipan akaun belum bayar adalah 50 hari dengan sisihan piawai 10 hari. Akauntan itu mengambil semua akaun pembeli dan mendapati bahawa purata kutipan akaun belum bayar adalah 52 hari.

Keertian Praktikal

• Katakan akauntan merasakan mengambilkira kesemua akaun adalah mahal kosnya dan memilih hanya 25 akaun dan di dapati bahawa purata masa kutipan akaun belum bayar adalah 54 hari. Adakah patut di simpulkan bahawa perbezaan ini bererti secara statistik?

Contoh cara menulis pernyataan hipotesis null dan alternatif jikan melibatkan pembolehubah penyederhana (moderating).

Bagi model skematik di atas menunjukkan, cara yang betul dan cara yang salah di dalam membentuk hipotesis null dan hipotesis alternatif di mana dengan memasukkan pembolehubah penyederhana seperti di bawah.

CARA YANG BETUL:

H0 :


Pembolehubah ekonomi tidak membawa apa-apa perbezaan ke atas hubungan antara iklan dan jualan.

HA :


Hanya jika terdapat pertumbuhan ekonomi yang baik maka ia akan meningkatkan jumlah jualan.

CARA YANG SALAH:

H0: Faktor ekonomi tidak memberi kesan ke atas jualan.

HA: Faktor ekonomi mempunyai kesan positif ke atas jumlah jualan.

EXERCISES

1. An applied researcher wants to increase the commitment of organisational members in a particular bank. What would be the dependent variable in this case?

2. A marketing manager wonders why the recent advertising strategy does not work. What would be the dependent variable here?

3. List the variables in these exercises individually, and label them as dependent or independent, explaining why they are so labelled. Illustrate the relationships diagrammatically.

a. A manager believes that good supervision and training would increase the production level of the workers.

b. A consultant is of the opinion that much benefit would accrue from buying and selling at the appropriate times in a financial environment in which the shares are volatile.

4. List and label the variables in these exercises and explain and illustrate in a diagram the relationships among the variables.

a. A manager finds that off-the-job classroom training has a great impact on the productivity of the employees in her department. However, she also observes that employees over 50 years of age do not seem to derive much benefit and do not improve with such training.

b. A visitor to a factory observes that the workers in the packing department have to interact with one another to get their jobs done. The more they interact, the more they seem to tend to stay after hours and go to the local pub together for a drink. However, the women packers, even though they interact with the others as much as the men do, do not stay late or visit the pub after work hours.

5 Make up three different situations in which motivation to work would be, respectively, an independent variable, an intervening variable and a moderating variable.

6 List and label the variables in the following situation. explain the relationships among the variables and illustrate these in a diagram. Failure to follow accounting principles causes immense confusion, which in turn creates a number of problems for the organisation. Those with vast experience in bookkeeping, however, are able to avert the problems by taking timely corrective action.

7 List and label the variables in the following situation. Explain the relationships among the variables and illustrate them in a diagram. What might be the problem statement or problem definition for the situation?

a. The manager of Haines Company observes that themorale of employees in his company is low. He thinks that if the working conditions, the pay scales and the holiday benefits of the employees are improved, morale will improve. He doubts, though, that increasing the pay scales is going to raise the morale of all employees. His guess is that those with good side incomes will just not be `turned on' by higher pay. However, those without side incomes will be happy with increased pay and their morale will improve.

8 Develop a theoretical framework for the following situation after stating what the problem definition of the researcher would be in this case.

A family counsellor, engaged in counselling married couples who are both professionals, is caught in a dilemma. He realises that the focus of the counselling sessions should be on both family satisfaction and job satisfaction; however, he is not sure how job and family satisfactions can be integrated in the dual-career family. Husbands, the traditional breadwinners, seem to derive more job satisfaction as they get more involved in their jobs and also spend more discretionary time on job­related activities. This, however, does not seem to be true in the case of their wives, who perform the dual role of career person and homemaker. However, both husbands and wives seem to enjoy high levels of family satisfaction when they spend more time together at home and help each other in planning family-oriented activities.

9 Define the problem and develop the theoretical framework for the following situation.

The probability of cancer victims successfully recovering under treatment was studied by a medical researcher in a hospital. She found three variables to be important for recovery. These were:

i. early and correct diagnosis by the doctor

ii. the nurse's careful follow-up of the doctor's

iii. instructions

iv. peace and quiet.

In a quiet atmosphere, the patient rested well and recovered sooner. Patients who were admitted in advanced stages of cancer did not respond to treatment even though the doctor's diagnosis was performed immediately on arrival, the nurses did their best, and there was plenty of peace and quiet.

10 For the theoretical framework developed for the Haines Company in exercise 7, develop five different null hypotheses and the alternate hypothesis for each null.

11 A production manager is concerned about the low output levels of his employees. The articles he has read on job performance frequently mention four variables as important to job performance: skill required for the job, rewards, motivation and satisfaction. Several of the articles also indicate that only if the rewards are valent (attractive) to the recipients will motivation, satisfaction and job performance increase.

Given this situation:

a. Define the problem.

b. Evolve a theoretical framework.

c. Develop at least six hypotheses.

12. Retention of minority women in the workplace is becoming more and more difficult. Not finding an influential mentor in the system who is willing to help them, lacking the informal network with influential colleagues, a lack of role models and a dearth of high visibility projects result in dissatisfaction at work, and the minority women ultimately decide to leave the organisation. Of course, not all minority women quit. Only those who have the wherewithal (for example the resources and the self-confidence) to start their own business leave the organisation. For the preceding situation, define the problem, develop a theoretical framework and fornullate six hypotheses.

 

Pengunjung Blog

Flag Counter

Ahli Blog

TRAFIK