15 August 2011

Pembangunan Rangkakerja Teoritikal

OBJEKTIF:

• Menerangkan maksud pembolehubah

• Mengenalpasti keperluan kerangka kerja teoritikal

• Membezakan empat jenis pembolehubah.

• Membangunkan hipotesis

• Mengaplikasikan apa yang telah dipelajari dalam projek penyelidikan.

A) PENGENALAN DAN KEPERLUAN

Kerangka teori yang baik akan mengenalpasti dan membincangkan bagaimana hubungan antara pembolehubah-pembolehubah di atas. Rangkakerja dibangunkan secara logik, dijelaskan dan dihuraikan rangkaian di antara semua pembolehubah yang terlibat dalam sesuatu masalah.

Teori dan hipotesis yang dibentuk akan menyatakan masalah kajian dan kajian itu akan memfokuskan kepada penyelesaian masalah. Oleh itu kita perlu benar-benar memahami pembolehubah-pembolehubah yang terlibat dalam kajian supaya memudahkan kita menyelesaikan masalah kajian.

B) KEPERLUAN MEMBANGUNKAN RANGKA KERJA

Selepas menjalankan pra-pengumpulan maklumat (pengamatan), melengkapkan ulasan karya, mendefinisikan masalah kajian, maka kita perlu bersedia untuk membangunkan rangka kerja. Rangka kerja adalah suatu model yang menunjukkan hubungan logik beberapa faktor yang telah dikenal pasti sebagai punca kepada masalah kajian. Perhubungan ini menunjukkan aliran secara logik seperti apa yang telah dikaji melalui ulasan karya-karya lepas. Semua aliran pembolehubah yang dikemukakan perlu dinyatakan setelah kita membuat pembacaan yang mendalam tentang sesuatu topik yang dikaji.

Ini merupakan suatu perancangan, struktur dan strategi yang menjadi landasan kepada penilaian hipotesis. Perancangan yang telah dibuat melalui rangkakerja teoritikal, perlu menunjukkan satu skema yang menyeluruh. Ia merupakan garis panduan tentang apa yang akan dilakukan oleh penyelidik dari peringkat pengolahan hipotesis sehingga kepada analisis data. Rajah yang dilukis itu dinamakan sebaga rajah skematik.

Melalui rangkakerja, objektif penyelidikan dapat dibangunkan bagi menerangkan sama ada perhubungan jangkaan yang telah kita bentuk itu sah atau tidak. Cadangan perhubungan itu kemudian akan diuji dengan menggunakan analisis data yang sesuai. Ini menunjukkan bahawa rangkakerja adalah asas kepada langkah penyelidikan yang seterusnya. Walaupun hipotesis yang boleh diuji itu tidak semestinya dibangunkan, namun pembentukan rangkakerja teoritikal adalah sesuatu yang amat penting dalam penyelidikan.

Ini menunjukkan bahawa rangkakerja teoritikal atau konseptual yang dibangunkan dengan logik perlu menerangkan dan menghuraikan rangkaian perhubungan di antara konsep atau pembolehubah yang berkaitan dengan situasi masalah.

C) KOMPONEN RANGKA KERJA TEORITIKAL

Apabila disebut pembolehubah, maka ia adalah berkaitan dengan penyelidikan kuantitatif. Sesuatu penyelidikan kuantitatif adalah berkaitan dengan rangkakerja teoritikal. Terdapat lima asas yang perlu ada pada sesebuah rangka kerja teoritikal.

(1) Mengenalpasti dan melabel pembolehubah dengan betul.

(2) Tunjukkan perhubungan yang berlaku di antara pembolehubah yang telah dikenalpasti.

(3) Tunjukkan secara teori arah anak panah bagi perhubungan-perhubungan yang ingin dijelaskan pada gambarajah.

(4) Terangkan secara logic bagaimana dan kenapa perhubungan itu berlaku seperti yang kita jangkakan.

(5) Lukiskan gambarajah skematik dengan lengkap bagi model yang ingin kita jelaskan.

0 comments:

Post a Comment

 

Pengunjung Blog

Flag Counter

Ahli Blog

TRAFIK