Pernyataan Masalah

Pernyataan masalah amat penting dalam penyelidikan yang dijalankan. Pernyataan masalah merupakan isu/ masalah yang ingin dikaji dalam penyelidikan. Selalunya pensyarah akan menyoal mengapa hendak menjalankan kajian berkenaan. Penyelidik tentunya telah bersedia untuk mempertahankan isu/masalah yang ingin dikaji. Justeru itu, penyelidik perlu boleh menerangkan secara mendalam mengapa kajian berkenaan perlu dijalankan.

Pernyataan masalah diperoleh melalui pembacaan, pemerhatian dan temu bual yang dijalankan. Selain itu, ia juga boleh diperoleh melalui penelitian dokumen dan soal selidik. Bagaimana menyampaikan pernyataan masalah dalam penulisan? Berikut diterangkan cara menyampaikan pernyataan masalah untuk tajuk – Pelaksanaan Inkuiri Penemuan dalam Pendidikan Sains. Ia merupakan suatu penyelidikan berbentuk kajian tinjauan.

Pertama: Penyelidik perlu menerangkan konsep-konsep yang digunakan dalam kontek penyelidikan yang dijalankan bukannya secara umum.

Kedua : Selepas itu, penyelidik menerangkan berkaitan kajian-kajian lepas yang mendapati bahawa isu/ masalah yang ingin dikaji mempunyai kepentingan dan kelebihan kepada pengguna/pelajar/guru/pentadbir/organisasi dan sebagainya. Penyelidik perlu menyertakan sebanyak yang mampu kajian-kajian dalam dan luar negara yang berkaitan.

Ketiga : Penyelidik perlu menerangkan senario pada ketika ini berkaitan isu/masalah yang ingin dikaji. Nyatakan kelemahan/ masalah/ kekangan yang dihadapi dan ia memerlukan penyelesaian melalui penyelidikan yang dijalankan.

Keempat : Penyelidik perlu menghubung kaitkan kepentingan dan kelebihan dengan senario yang dibincangkan untuk mengatasi isu/masalah yang dihadapi. Di sini lah kita perlu menjawab soalan, so what???. Maksudnya apa yang diperoleh dari penyelidikan yang dijalankan. Ia mestilah ‘sesuatu’ yang boleh menghasilkan ‘kejayaan’ selepas kajian dilaksanakan.

Kelima : Bahagian ini merupakan rumusan penyelidik keatas hujah-hujah yang disampaikan. Penyelidik perlu menerangkan kenapa kajian berkenaan amat penting dijalankan dari perspektif penyelidik.

a. Isu keprihatinan/ Fokus Kajian

  • Kenal pasti dan nyatakan isu / masalah sebenar.
  • Menghuraikan isu/ masalah berkenaan.
  • Rumuskan masalah yang telah di kenal pasti – senaraikan.

b. Tinjauan masalah

Tujuannya ialah supaya masalah yang di kenal pasti dapat dibuktikan melalui kaedah saintifik (penyelidikan – alat kajian- analisis).
  • Nyatakan alat-alat kajian yang digunakan untuk mengenal pasti isu/ masalah.
  • Paparkan alat-alat kajian ( i,ii, iii,iv) berkenaan
  • Terangkan sebab menggunakan alat-alat kajian ( i,ii, iii,iv) berkenaan
  • Terangkan bagaimana menggunakan alat-alat kajian berkenaan iaitu terangkan cara pelaksanaannya sehingga mendapat data yang diperlukan (langkah-langkah)

c. Analisis masalah
  • Menerangkan setiap satu cara menganalisis alat-alat kajian berkenaan ( i,ii, iii,iv)
  • Nyatakan setiap satu hasil analisis/ dapatan yang diperoleh
  • Buat kesimpulan setiap satu hasil/dapatan kajian (Rujuk balik kepada fokus kajian/ isu keprihatinan).
  • Pastikan dapatan/hasil menerangkan isu/masalah yang dinyatakan.
  • Buat refleksi ke atas kesimpulan yang diperoleh (kesemua hasil)- Rumusan penyelidik.

OBJEKTIF KAJIAN/ SOALAN KAJIAN
  • Tentukan objektif umum kajian ( seperti tujuan kajian)
  • Tentukan objektif khusus kajian (seperti objektif kajian)
  • Kedua-dua merujuk kepada masalah/ isu yang telah dikenal pasti dan telah dibuktikan dengan kaedah saintifik/ alat kajian.
  • Objektif hendaklah berkaitan dengan tindakan/intervensi (strategi, kaedah, teknik, pendekatan,aktiviti, program)
  • Objektif hendaklah boleh diukur dengan menggunakan alat-alat kajian yang dipilih (Lihat alat kajian yang digunakan).
  • Gunakan perkataan –peningkatan, perkembangan, mengubah sikap pelajar, menghasilkan penulisan..

KUMPULAN SASARAN
Memerihalkan ciri-ciri responden secara terperinci semua perkara berikut: bilangan, jantina, nama kelas/jawatan, prestasi akademik, ciri-ciri unik yang lain.

PELAKSANAAN KAJIAN

1. Perancangan langkah-langkah tindakan
2. Perancangan cara mengumpul data
3. Perancangan cara menganalisis data

Perancangan langkah-langkah tindakan
  • Menyatakan pendekatan/ program/ aktiviti/kaedah/ teknik yang digunakan.
  • Terangkan cara pelaksanaan setiap satu secara terperinci.
  • Terangkan secara berperingkat-peringkat/ langkah-langkah /proses menjalankan aktiviti/ kaedah/teknik berkenaan.
  • Nyatakan bahan/ alat/ BBB/BBM yang digunakan ketika melaksanakan tindakan/ intervensi.

Perancangan cara mengumpul data
  • Menyatakan alat-alat kajian ( i,ii, iii,iv) yang digunakan.
  • Menerangkan setiap satu cara mengumpul data-data kajian berkenaan ( i,ii, iii,iv).
  • Lebih baik- alat kajian yang digunakan lebih daripada 1 supaya boleh membuat ‘triangulasi’.
  • Terangkan bagaimana setiap satu alat kajian digunakan untuk mendapatkan data.
  • Jangan lupa rujuk semula objektif kajian dan masalah kajian

Perancangan cara menganalisis data
  • Menerangkan setiap satu cara menganalisis alat kajian berkenaan ( i,ii, iii,iv).
  • (Terangkan bagaimana menganalisis dan menggunakan kaedah apa).
  • Nyatakan setiap satu hasil analisis/ dapatan yang diperoleh – pemerhatian, analisis dokumen, temu bual, soal selidik dll.
  • Buat kesimpulan setiap satu dapatan kajian (Rujuk balik kepada fokus kajian/ isu keprihatinan).
  • Buat refleksi ke atas kesimpulan yang diperoleh (kesemua hasil) – Rumusan penyelidik.

*Tidak perlu ada dalam proposal penyelidikan.

PERANCANGAN PELAKSANAAN TINDAKAN

a. JADUAL PELAKSANAAN KT

Paparkan jadual pelaksanaan menjalankan penyelidikan tindakan.

i. Jadual (Bil, aktiviti, tarikh)
ii. Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data tinjauan awal – 5 hari
iii. Menentukan Objektif/ soalan kajian – 1 hari
iv. Merancang tindakan – 3 hari
v. Melaksanakan tindakan – 8 hari
vi. Menganalisis tindakan – 2 hari
vii. Membuat refleksi – 1 hari
viii. Menulis laporan kajian – 10 hari
ix. Pembentangan dapatan kajian – 2 hari

b. KOS KAJIAN
  • Sediakan dalam bentuk jadual:
  • Bil. ,Harga se unit, Bilangan unit, Jumlah harga,Jumlah keseluruhan
  • Pengangkutan (Jika perlu)
  • Senaraikan semua bahan yang di gunakan dalam kajian.

TINJAUAN LITERATUR
  • Menerangkan konsep yang digunakan, teori, model, program yang berkaitan dengan soalan-soalan/ objektif kajian
  • Menghuraikan kajian lepas yang berkaitan dengan soalan/ objektif kajian
  • Nyatakan : nama penulis, tahun, tempat kajian, bentuk kajian, sampel kajian, alat kajian, kaedah analisis dan dapatan kajian
  • Senaraikan sekurang-kurangnya 5 kajian lepas yang berkaitan dengan kajian yang dijalankan (tepat)


PENULISAN RUJUKAN
Sila rujuk cara menulis mengikut sistem APA:

◦ Jurnal
◦ Buku
◦ Buku dalam buku
◦ Topik dalam buku
◦ ERIC document
◦ Jurnal online
◦ Online/ Web site/page
◦ Tesis
◦ Report
◦ Seminar/ prosiding

3 comments:

  1. Apakah peralatan yg digunakan utk Apam balik ?????

    ReplyDelete
  2. Sila rujuk di sini https://www.google.com.my/ ;-)

    ReplyDelete
  3. terima kasih..sgt membantu tugasan saya:)

    ReplyDelete

Popular

 

© 2010 CIKGU ZAKI All Rights Reserved Thesis WordPress Theme Converted into Blogger Template by Hack Tutors.info