Test Footer

30 July 2011

Guru dan Kreativiti

Kreativiti dan inovasi selalu diwar-warkan oleh kerajaan dalam segenap aspek. KIK dan inovasi dinobatkan sebagai satu cara penyelesaian pengurusan peringkat organisasi malah boleh dilanjutkan sehingga ke peringkat yang lebih luas.


Sebagai seorang guru, anda seharusnya selalu berinovasi dan kreatif untuk klien anda (murid-murid). Sekarang ni nazir sedang observe bakal guru-guru cemerlang dan salah satu aspek yang dinilai adalah inovasi, kreativiti dan penulisan. Seseorang guru seharusnya mengetahui banyak perkara tentang penghasilan media dan jangan hanya pandang komputer sahaja sebagai media utama anda. Seseorang guru harus kreatif dalam menarik minat pelajarnya. Selalu guna LCD/laptop pun, pelajar jemu jugak tengok apalagi kalau masih format yang sama (Powerpoint) sudah tentunya tiada apa yang menariknya. Guru-guru yang kreatif akan guna apa sahaja yang ada, tak semestinya dibeli. Biji saga, lidi, batu-batu kecil boleh dijadikan pembilang, botol mineral dijadikan terrarium, potongan akhbar + belon dijadikan topeng, setoking sebelah (basuh dulu) dijadikan puppet dan macam-macam lagi. Terkini sedikit, rajin cari bahan dalam internet - Google, Youtube, Scholar, panoramio dll.

Bagaimana nak hasilkan media yang berkesan???

Mudah je..banyak model yang boleh digunakan untuk penghasilan bahan seperti ASSURE, ADDIE dll.Latih diri menggunakan model ni. Kebanyakan model penghasilan media terutama yang berasaskan kepada bilik darjah bersandarkan kepada 6 bidang:  
  1. Menentukan keperluan pelajar
  2. Menentukan matlamat dan objektif
  3. Membina prosedur penilaian
  4. Mereka bentuk dan memilih strategi penyampaian
  5. Mencuba sistem pengajaran
  6. Menilai keseluruhan sistem
    Maknanya, segala media yang nak dihasilkan perlu memikirkan bagaimana pelajar anda (Dah diterangkan dalam kuliah- Psikologi trait/gaya pembelajaran/l.belakang dll). Jangan lupa objektif pnp dan seterusnya.. Dalam pembinaan media, terdapat 3 kaedah:
    1. Buat sendiri
    2. Ubahsuai media sedia ada
    3. Beli
    Semua perkara di atas ada prosedur masing-masing (telah dikuliahkan) Jadi terpulang pada guru bagaimana membentuk media pnpnya.

    OK. Bagi pelajar H2 dan H3 PISMP, dah siap bahan 3D anda? Saya harapkan semua kumpulan perlu bertanggungjawab menyiapkannya. 2 kumpulan telah siap dan letakkannya di dalam display cabinet. Semua pelajar boleh tengok dan nilai. Nampak cantik dan kreatif. Kalau ada masa, saya akan postkan dalam blog ni. Cepat hantar supaya media anda juga tersiarrr..

    Selamat Maju Jaya.

    27 July 2011

    Penerbitan Video

    1. PENGENALAN

    Filem dan video merupakan bahan yang amat penting dalam kehidupan manusia pada hari ini. Bahan-bahan media ini mampu mempengaruhi pemikiran khalayak. Dalam teori asas komunikasi, iaitu Teori Penentuan Agenda, media mampu menentukan tajuk perbualan khalayak pada bila-bila masa.


    2. SEJARAH

    THOMAS ALVA EDISON

    - 1887 edison telah mencipta Kinetoscope.
    - Merupakan alat perakam dan penayang gambar.

    - Gambar dirakam atas pita celluloid yang dicipta oleh George Eastman.


    LUMIERE BERSAUDARA

    - Mencipta CINEMATOGRAPHE 1895.

    - Merupakan kombinasi kamera, alat memproses filem dan projector.

    - 28 Dis. 1895 Lumiere telah menayangkan 10 buah filem pendek kepada umum di Paris yang mengambil masa selama 20 minit. Jumlah penonton ialah 200 orang dan mereka dikenakan bayaran. Kali pertama filem mereka ditayangkan dan dikenakan bayaran

    - Salah sebuah hasil rakaman pertama mereka yang ditayangkan ialah “Workers Leaving the Lumière Factory”


    2.1.2 SEJARAH PERALATAN VIDEO

    - Perakam video pertama dipasarkan oleh AMPEX dalam tahun 1956 yang menggunakan pita bersaiz 2 inci dan hanya digunakan oleh stesen tv

    - Sony dan Phillip memasarkan VTR pertama mereka dalam tahun 1963.

    - Sony pertama kali memasarkan perakam video untuk kegunaan rumah dalam tahun 1965.

    - Sony mengeluarkan VTR format U-Matic 1971 dan U-Matic Hi-Band 1980 an

    - 1977 pita VHS (Video Home System) diperkenalkan oleh JVC.


    2.1.3 PERKEMBANGAN PEMBIKINAN FILEM 


    GEORGES MELIES DARI PERANCHIS

    - Georges Melies telah mengarahkan 531 filem diantara tahun 1896 hingga 1914, dari satu minit hingga 40 minit.

    - “A Trip To The Moon” telah ditayangkan pada tahun 1902

    - Georges Melies telah memperkenalkan teknik penyuntingan.

    EDWIN S. PORTER

    - The Great Train Robbery, filem cowboy pertama 1903
    - Edwin merupakan pembantu kepada Edison. 

    DW GRIFFITH
    - The Lonely Villa 1909
    - The Birth of Nation 1915
    - Mula-mula memperkenalkan sudut kamera, saiz long shot dan close up shot.


    3.0 JENIS-JENIS FILEM

    3.1 FILEM CEREKA
    Filem rekaan, rekaan atau fiksyen serta untuk hiburan.

    3.2 FILEM DOKUMENTARI
    Filem berkaitan kebenaran menurut pandangan pembuat filem dan bukan rekaan.

    3.3 FILEM EKSPERIMENTAL
    Filem yang berkaitan kebenaran yang mengetengahkan pandangan peribadi.


    PERANCANGAN PENERBITANN VIDEO


    A. PLANNING
    - Buat perbincangan dengan ahli kumpulan untuk mendapatkan idea.

    - Seterusnya menulis sinopsis, olahan cerita atau treatment dan skrip

    - Kertas cadangan

    4.1. KERTAS CADANGAN
    - Kertas cadangan secara lengkap biasanya ditulis selepas Sinopsis dan Olahan Cerita atau Treatment dibuat. - Tujuan Kertas cadangan adalah untuk mempengaruhi Penerbit untuk menerima cadangan skrip dan diterbitakan menjadi sebuah rancangan yang boleh disiarkan.

    4.1.1 KANDUNGAN KERTAS CADANGAN
    - NAMA RANCANGAN
    Nama rancangan di mana skrip atau rancangan ingin disiarkan.

    - JENIS RANCANGAN
    Sama ada drama, dokumentari, rancangan majalah atau masakan

    - TAJUK RANCANGAN/ DRAMA/ DOKUMENTARI
    Tajuk penerbitan tersebut

    - KHALAYAK SASARAN
    Khalayak umum atau khusus seperti wanita

    - TUJUAN RANCANGAN/ DRAMA
    Mengapa rancangan atau drama tersebut perlu diterbitkan. Apakah matlamat yang hendak dicapai

    - BAHASA SIARAN
    Bahasa pengantar

    - SINOPSIS
    Secara ringkas

    - OLAHAN CERITA/ SKRIP
    Ditulis dalam kertas lain dan disertakan dengan kertas cadangan.
    Perlu menyusun sinopsis dahulu sebelum membuat olahan. Biasanya orang akan membaca sinopsis dahulu sebelum membaca olahan

    - MAKLUMAT LAIN
    Seperti kos pembiayaan, tenaga kerja, lokasi penggambaran, jumlah pelakon jika berkaitan, peralatan yang digunakan, jenis muzik dan perkara lain yang difikirkan perlu.

    Nama:
    Tempoh:
    Objektif program video:
    Tujuan program video:
    Sinopsis
    Olahan Cerita/ Treatment:
    Kos Produksi/ Penerbitan
    Tenaga Produksi:

    Title:……………………. Date:…………………… Page: ……………...

    Cadangan menghasilkan program video bertajuk :

    Genre:

    Sasaran penonton:

    25 July 2011

    Pengurusan Pusat Sumber

    1. Pendahuluan

    Sistem pendidikan di Malaysia kini telah melangkah ke suatu era yang lebih mencabar. Selaras dengan itu kemudahan perkhidmatan maklumat yang sedia ada di pusat-pusat sumber sekolah di seluruh Malaysia perlu dipertingkatkan supaya memenuhi citarasa pendidikan semasa. Justeru itu, pembangunan pusat sumber sekolah (PSS) secara yang lebih ideal akan lebih mudah dilaksanakan sekiranya satu garis panduan beserta piawaian yang lengkap bagi membantu pengurusan pusat sumber sekolah dari segi :
    • Perkhidmatan
    • Perkembangan Koleksi
    • Struktur Organisasi
    • Kemudahan Fizikal
    • Pentadbiran
    2. Perkhidmatan
    2.1 Pertimbangan umum

    Perkhidmatan yang disediakan oleh PSS haruslah menyokong pengajaran dan pembelajaran selaras dengan kurikulum. PSS hendaklah menyediakan program-program yang bertujuan mengmbangkan kemahiran mencari maklumat untuk pembelajaran kendiri dan sepanjang hayat.Perkhidmatan yang baik haruslah merangkumi :
    1. Pengajaran dan pendedahan dalam penggunaan PSS yang berkesan.
    2. Panduan kepada bahan yang diperlukan.
    3. Penyebaran maklumat.
    4. Perkhidmatan yang diberikan hendaklah adil kepada semua pengguna. (pendemokrasian maklumat).
    Untuk mengoptimumkan akses kepada kandungan koleksi, pihak pusat sumber haruslah menyelenggara dan mengemaskinikan rekod-rekod koleksi yang lengkap dan konsisten serta selari dengan piawaian khusus.

    2.2 Perkhidmatan Perpustakaan:
    Kemudahan pembacaan (rujukan dan pinjaman).
    Panduan dan perkhidmatan pembaca dan pengguna.
    Orientasi perpustakaan
    Panduan pengguna (user guide)
    Penggunaan kad katalog
    Kesedaran isu-isu semasa
    Panduan penggunaan internet
    Perkhidmatan maklumat
    Pameran dan promosi maklumat
    Pinjaman bahan bacaan dari Pusat Kegiatan Guru (PKG) dan Pusat Sumber Negeri (PSPN).

    2.3 Perkhidmatan Teknologi Pendidikan
    1. Kemudahan penggunaan bilik Alat Bantu Mengajar (ABM) dan bilik Alat Pandang Dengar (APD) termasuk bilik tayang.
    2. Memberi khidmat nasihat penggunaan alat.
    3. Menyediakan peralatan untuk semua aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
    4. Kemudahan membuat rakaman.
    5. Membantu penghasilan media pengajaran dan pembelajaran.
    6. Kemudahan pinjaman bahan media pengajaran dan pembelajaran.
    2.4 Perkhidmatan Penerbitan dan Dokumentasi
    1. Khidmat nasihat penghasilan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran.
    2. Menerbitkan majalah, brosur, buletin, risalah, 'blue print' sekolah dan apa-apa bahan yang berkaitan dengan kegiatan di sekolah.
    3. Mencetak bahan-bahan penerbitan sekolah.
    4. Merekod dan menyimpan bahan-bahan terbitan sekolah.
    2.5 Polisi Perkhidmatan
    1. Keahlian-Keahlian Terbuka
    2. Semua murid atau pelajar
    3. Semua guru
    4. Staf sokongan Keahlian Terhad (dengan syarat mendapat izin pihak pentadbir sekolah)
    5. Ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)
    6. Persatuan murid tua / Bekas pelajar
    Bahan hilang
    Pengguna hendaklah menggantikan bahan-bahan pinjaman yang hilang atau membayar harga bahan-bahan tersebut. Sekiranya pengguna gagal melakukan perkara (a), pihak sekolah akan menahan keputusan-keputusan peperiksaan atau menahan dokumen-dokumen pelajar terbabit seperti sijil tamat sekolah dan sebagainya.

    2.5.3 Denda lewat Denda 10 sen sehari bagi setiap bahan di rak terbuka dan 30 sen sejam bagi koleksi bertanda merah bagi setiap pengguna.

    2.5.4 Bayaran perkhidmatan internet dikenakan mengikut tempoh masa seseorang pengguna yang menggunakan perkhidmatan tersebut.

    2.5.5 Pinjaman Buku Bilangan maksima buku yang boleh dipinjam oleh setiap pengguna ialah: 1 buah buku : Ahli terhad (jika ada) 2 buah buku : pelajar 3 buah buku : Pengawas perpustakaan 6 buah buku : Staf sekolah

    3. Perkembangan Koleksi
    3.1 Objektif
    1. Menetapkan piawaian asas bagi pembangunan atau pembinaan koleksi bahan PSS.
    2. Memastikan keseimbangan koleksi dari segi kuantiti dan kualiti bahan.
    3. Memberi panduan kepada pembangunan pembinaan koleksi.
    4. Memastikan terdapat keseragaman dalam proses penilaian, pemilihan dan perolehan koleksi bahan.
    5. Memastikan keseimbangan dari segi pembahagian koleksi selaras dengan keperluan pengguna.
    3.2 Dasar pemilihan umum

    Perolehan bahan PSS hendaklah selaras dengan keperluan Falsafah Pendidikan Negara.

    Membuat cadangan perolehan melalui jawatankuasa induk PSS yang terdiri daripada ketua-ketua panitia mata pelajaran.Perolehan adalah berdasarkan kepada kehendak kurikulum dan kokurikulum sekolah serta minat pengguna. Membuat kajian ke atas aliran penggunaan bahan dan statistik koleksi semasa. Perkara yang perlu dititik beratkan dalam pemilihan bahan :
    1. Boleh menyokong proses pendidikan berasaskan perbezaan minat, kebolehan dan tahap pemikiran pengguna.
    2. Mengisi keperluan kurikulum dan kokurikulum sekolah.
    3. Menambah ilmu pengetahuan pengguna
    4. Meningkatkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.
    5. Memperkayakan perbendaharaan kata pengguna.
    6. Memupuk semangat integrasi nasional.
    7. Membina akhlak mulia.
    8. Membina sikap tanggungjawab pengguna terhadap agama, bangsa dan tanah air.
    3.3 Pembinaan koleksi baha:
    1. Pembinaan koleksi bahan perolehan pusat sumber hendaklah berunsurkan:
    2. Kekemaskinian
    3. Kepelbagaian jenis
    4. Kecukupan bahan
    5. Keseimbangan agihan koleksi
    6. Keseimbangan agihan jenis bahan
    7. Keseimbangan dari segi aliran bahasa
    8. Menolak sebarang bentuk bahan yang mengandungi perkara yang bertentangan dengan undang-undang negara.

    Media Pengajaran

    Konsep Media dan Media Pengajaran.
    Media atau medium bermakna saluran komunikasi atau juga perantara. Maksud asal merujuk kepada pembawa maklumat seperti filem, televisyen, radio, rakaman audio, gambar foto, bahan bercetak, komputer dan pengajar.

    Heinich (2002), media digunakan untuk membantu proses komunikasi.
    Pervicel dan Elington (1984) Membahagikan media kepada dua:
    –Pelbagai Alatan Fizikal Teknologi Pendidikan
    Perkataan bercetak, filem, pita, pring hitam, slaid dan kombinasi di antaranya.
    –Pelbagai Saluran Komunikasi Media
    Surat khabar, radio dan televisyen

    Reiser dan Gagne (1983)
    Mendefinisikan media sebagai sebarang cara fizikal yang membolehkan mesej pengajaran disampaikan.
    Guru, pengajar, bahan bercetak, persembahan slaid bersuara dan seumpamanya yang boleh menyampaikan mesej digolongkan sebagai media.

    Konsep media menurut Torkleson
    a) Mesej: lsi kandungan, apa sahaja yang terkandung dalam media sama ada mesej berbentuk memberitahu, menaikkan semangat dan lain-lain yang dianggap sebagai mesej yang ingin disampaikan.

    b) Bentuk Mesej: lbagaimana mesej disimpan, terangkum dalam satu ruang yang luas, bermula dari bentuk
    bahan sebenar hingga ke bentuk yang abstrak. Mesej boleh disimpan dalam bentuk perkataan, lisan, gambar, objek, simbol dan lain-lain.

    c) Saluran Mesej:
    lperalatan fizikal sama ada berbentuk elektrikal atau mekanikal yang membolehkan
    mesej dipersembahkan kepada pelajar seperti televisyen, projektor filem, projektor LCD
    dan sebagainya.

    Media Pengajaran
    Menurut Heinich (2002), jika media membawa mesej tentang pengajaran, maka media digelar sebagai media pengajaran. Menurut Kemp dan Semellie (1994), media pengajaran sebagai audio visual dan bahan-bahan yang berkaitan dengannya yang berfungsi dalam pelaksanaan sesuatu pengajaran.

    Definisi Media Pengajaran.
    lMedia pengajaran adalah segala sesuatu yang dapat digunakan untuk menyalurkan pesanan daripada pengirim kepada penerima sehingga dapat merangsang fikiran, perasaan, minat serta perhatian pelajar dan seterusnya terjadi proses pembelajaran. Dari sudut penggunaan media pengajaran, Ngui Kuan Sang (1989), berpandangan bahawa ia adalah satu pengalaman yang melibatkan penggunaan penglihatan dan /atau pendengaran seseorang serta teknik-teknik pengajaran, termasuk proses pengalaman, persediaan dan perasaan. Ini bermakna ia adalah satu proses pengalaman yang total.

    Fungsi Media Pengajaran (MP)
    Kelebihan MP
    1. Memperjelaskan Penyampaian Mesej, adalah lebih berkesan jika perkataan disertakan dengan gambar atau simbol yang lebih konkrit maknanya. Dengan media, segala simbol, verbal yang abstrak, dapat dijelaskan. Dengan teknologi komputer, penjelasan lebih berkesan dan menarik seperti penggunaan animasi, bunyi dan muzik.
    2. Mengatasi Batasan Ruang, Waktu dan Pancaindera, contoh;
    i.Objek yang terlalu besar atau kecil boleh digantikan dengan model, gambar, transparensi, filem atau video.
    ii.Gerak yang terlalu lambat atau terlalu cepat dapat dibantu dengan timelapse atau high-speed photography.
    iii.Kejadian yagn berlaku pada masa lalu dapat ditampilkan dalam bentuk filem, gambar foto atau pun lisan.
    iv.Objek yang terlalu kompleks dapat ditunjukkan dalam bentuk model, gambar rajah dll.
    v.Konsep yang terlalu luas atau abstrak dapat divisualkan.
    3. Penggunaan Media Pengajaran Secara Betul dan Bervariasi, akan dapat mengatasi sikap pasif pelajar kerana ia boleh menimbulkan minat, meningkatkan interaksi dan kefahaman pelajar tentang realiti. Pelajar boleh belajar kendiri

    11 July 2011

    Konsep Dan Domain Teknologi Pendidikan

    Pengenalan dan Konsep Teknologi
    Teknologi adalah keupayaan dalam menggunakan pengetahuan sama ada pengetahuan saintifik atau pengetahuan lain yang tersusun (other organized knowledge) yang digunakan secara sistematik sehingga mampu mempamerkan amalan yang praktikal dalam melaksanakan sesuatu tugas sehingga tugas tersebut mencapai kejayaan, Galbraith (1967).

    Pengenalan Saintifik
    Himpunan ilmu dan pengetahuan yang telah diuji dan dinyatakan dalam bentuk satu prinsip.

    Pengetahuan Lain Yang Tersusun

    Pengetahuan yang belum diuji dan dibuktikan secara saintifik tetapi diterima amalannya sebagai suatu pengetahuan yang benar berdasarkan pengalaman dan pengamatan manusia terhadap sesuatu tindakan.

    Perkaitan Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
    •   Pengajaran – proses ajar di mana keberkesanan penyampaian maklumat oleh terbukti dengan perubahan tingkahlaku pelajar.
    •   Pembelajaran – proses belajar yang berlaku apabila guru dan pelajar sama-sama terlibat dalam proses memberi dan menerima.

    Definisi :
    Teknologi pengajaran adalah satu bidang yang berusaha ke arah meningkatkan kualiti atau keberkesanan pengajaran dan pembelajaran”.

    Seels & Reechy (1994):
    “Instructional technology is the theory and practice of designing, development, utilization, management and evaluation of processes and resources for learning”.

    Definisi :
    "Teknologi pendidikan ialah gabungan manusia, peralatan, teknik dan peristiwa yang bertujuan untuk memberi kesan baik kepada pendidikan" .  (Crowell (1971):Encyclopedia of education)

    Definisi Teknologi Pendidikan oleh AECT 1994:
    AECT: The mission of the Association for Educational Communications and Technology is to provide international leadership by promoting scholarship and best practices in the creation, use, and management of technologies for effective teaching and learning in a wide range of settings.

    Goals: 
    • Define the disciplines and professional activities that comprise the field of educational communications and technology.
    • Serve and represent professionals in the field and support professional growth.
    • Advance scholarship and practice that contribute to and enlarge the knowledge base of the field.
    • Promote policies that ensure the humane and ethical use of educational communications and technology at all levels, from the personal through the international.
    “Teknologi pengajaran adalah teori dan amalan tentang mereka bentuk, membangun, mengguna dan menilai proses serta sumber untuk pembelajaran”.

    Definisi oleh Persatuan Teknologi Pendidikan Malaysia (1988):

    Teknologi Pendidikan ialah proses yang kompleks dalam mengalisis keperluan pendidikan secara sistematik, saintifik dan rasional bertujuan untuk mereka bentuk dan mengaplikasikannya secara sepadu idea, tenaga, sumber bahan, kaedah dan tatacara untuk mempertingkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.

    Domain Dalam Teknologi Pendidikan:

    Melalui 2 fasa, iaitu:
    Fasa pertama: Tahun 1977
    Fasa kedua: Tahun 1994

    Domain Teknologi Pendidikan Fasa Pertama:

    Fungsi Pengurusan Pengajaran:
    Memastikan pengurusan teknologi berjalan lancar dan berkesan, iaitu:
    • Mengarah
    • Menyelaras
    • Mengawal fungsi
    Fungsi Pengembangan Pengajaran:
    • Peringkat penyelidikan
    • Peringkat mereka bentuk pengajaran
    • Peringkat penerbitan
    • Peringkat penilaian dan pemilihan
    • Peringkat penggunaan
    • Peringkat logistik
    Fungsi Sumber Pembelajaran:
    • Mesej
    • Manusia
    • Peralatan
    • Teknik
    • Lokasi
    Domain Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Fasa Kedua:
    • Rekabentuk
    • Pembangunan
    • Penggunaan
    • Pengurusan
    • Penilaian
    REKABENTUK
    • RB Sistem Pengajaran
    • RB Mesej
    • Strategi Pengajaran
    • Ciri-ciri Pelajar
    PEMBANGUNAN
    • Teknologi Percetakan
    • Teknologi Audiovisual
    • Teknologi Berasaskan Komputer
    • Teknologi Bersepadu
    PENGGUNAAN
    • Penggunaan Media
    • Inovasi
    • Pelaksanaan
    • Polisi dan Peraturan
    PENGURUSAN
    • Pengurusan Projek
    • Pengurusan Sumber
    • Pengurusan Sistem Penyampaian
    • Pengurusan Maklumat
    PENILAIAN
    • Analisis Masalah
    • Pengukuran Rujukan
    • Kriteria
    • Penilaian Formatif
    • Penilaian Sumatif
    Kesimpulan:
    Teknologi pendidikan ialah satu sistem yang meliputi alat dan bahan media, organisasi yang digunakan secara terancang bagi menghasilkan kecekapan dalam pengajaran dan keberkesanan dalam pembelajaran.

     

    Pengunjung Blog

    Flag Counter

    Ahli Blog

    Apps Pembelajaran

    TRAFIK