Pages

02 August 2011

OHP - Transparensi

Salam sejahtera,

Minggu ke 7: OHP diperkenalkan sebagai salah satu media tayang yang berkesan. Walaupun peralatan ini sudah 'lama' tetapi masih digunakan di sekolah atau pusat pengajian tinggi. Ada pensyarah menggunakannya untuk demo dalam pengajaran matematik bagi bilangan pelajar yang ramai. Semuanya jelas dan mudah digunakan. Hanya gunakan plastik lutsinar dengan pen transparency.


 Overkead projector (OHP) dan perkakasan dalam yang ringkas


Peralatan yang ringkas dengan kos minima.


OHP atau Over Head Projector (Transparency) adalah peralatan mudah - maksudnya tidak memerlukan kemahiran teknikal yang sukar untuk mengendalikannya. Hanya sambungkan kepada punca elektrik dan gunakan. Pada asasnya, OHP hanya menggunakan mentol berkuasa 500watt hingga 700wat, kipas penyejuk, pentas cermin, kanta, pelaras / tombol fokus, dan sebagainya.



Jika rosak, kebiasaanya disebabkan mentol rosak atau sambungan kabel/ fius terputus. Jika mentol rosak (terbakar) sediakan mentol baru untuk penukaran. Langkah-langkah menukar mentol:
  1. Cabut kabel kuasa dari punca kuasa
  2. Biarkan OHP sejuk terutama bahagian mentol.
  3. Gunakan duit syiling untuk membuka pentas kaca. 
  4. Keluarkan mentol yang rosak.
  5. Keluarkan mentol baru dari bekasnya. Jangan pegang mentol dengan tangan. Gunakan kain atau pembungkus plastik untuk mengelak mentol dari kelembapan yang boleh merosakkannya. Jika terpegang, cuci mentol dengan alkohol jernih.
  6. Pastikan mentol dipasang dengan kemas.
  7. Tutup semula penutup kaca dan sambungkan OHP ke punca kuasa.
Untuk menggunakan OPH, plastik transparensi diperlukan samada dari jenis tulis terus, fotostat, termal atau cetakan komputer. Terdapat berbagai teknik penghasilan transparensi iaitu:
  1. Terbuka - paling mudah dan banyak digunakan
  2. Tindan tindih
  3. Tetingkap
  4. Berputar
  5. Animasi / bergerak
Saya akan demo cara guna OHP dan transparensi semasa kuliah nanti.

2 comments:

  1. salam....tq 4 sharing info di atas...sy ingin membeli ohp ni. saudara tahu kat mana ada jual? kalau bleh yg 2nd pun tak apa. tq...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Terima kasih di atas minat saudara. Untuk yang baru boleh dapatkan dari pembekal peralatan pejabat atau dari dealer OHP seperti

      3M - http://www.avquest.com.my/products/3m/overheadPro.htm

      atau yang 2nd hand di sini: http://www.mudah.my/Overhead+projector-20589266.htm?last=1 Tetapi tak sure ada lagi..

      Delete

 

Pengunjung Blog

Flag Counter

Ahli Blog

TRAFIK