Test Footer

08 August 2011

Teknik Penghasilan Transparensi

Ada yang menganggap OHP dan transparensi tidak relevan lagi digunakan di era serba canggih ini. Cikgu-cikgu lebih selesa guna MS Powerpoint dan LCD. Andainya LCD rosak, OHP yang tersorok celah almari dan berabuk boleh menyelamatkan keadaan. Tetapi kalau nak guna OHP, janganlah guna sekeping transparensi je, be creative.. Berikut ditunjukkan 6 teknik penghasilan transparensi yang boleh dibuat dengan mudah:

1. Teknik terbuka
 
Transpernsi teknik terbuka


Teknik ini paling mudah dihasilkan. Dengan hanya sekeping transparensi dan kalau boleh ada bingkai (Tak wajib), lukis le apa yang hendak dilukis dengan pen OHP Menggunakan kaedah fotostat di kedai fotostat . Sediakan illustrasinya samada dilukis ada dicetak dengan komputer. Boleh juga guna cetakan dengan menggunakan ink-jet filem. Rekabentuk menggunakan komputer dan cetak.


2.  Teknik tetingkap




Teknik ini sesuai digunakan untuk menguji ingatan murid. Transparensi ditutup dengan tetingkap yang dibuat daripada kertas tebal, lebih kurang macam tingkap rumah kayu. Cuma enselnya dibuat dari masking tape, jangan dilipat tetingkap tu. Potong habis kotak tetingkap dan sambungkannya dengan masking tape. Ini untuk mengelak tetingkap tertutup semula bila dibuka, nanti tak cukup jari nak pegang seperti dalam transpensi atas sebelah kanan. Sesuatu imej boleh dibuka dan ditutup dengan mudah.

3.  Teknik berlapis 

 
Teknik ini sesuai untuk menunjukkan bahagian-bahagian tertentu pada manusia, haiwan, mesin dan sebagainya. Contohnya untuk memaparkan organ dalam badan:
Transparensi 1- keseluruhan bentuk luaran tubuh
Transparensi 2- mulut dan kerongkong
Transparensi 3- paru-paru
Transparensi 4- jantung
Transparensi 5- organ lain  

Teknik ini agak teknikal sedikit. Boleh guna sehingga 5 keping transparensi serentak tetapi semasa guna, tayang satu demi satu.
Lapisan 1, dibahagian bawah bingkai bagi imej asas.
Lapisan 2,3,4,5 di bahagian atas bingkai. Lukis imej ikut peringkat demi peringkat. Sebelum melukis, tampal (matikan) illustrasi dibahagian bawah dan tekap. Jangan tanggal illustrasi sehingga habis melukis. Gunakan pen OHP berwarna-warni.


4. Teknik pusingan


Teknik sesuai untuk menunjukkan proses atau kitaran. Contohnya kitaran hidup katak dan rama-rama. Nak buat sangat mudah. Seperti gambar di atas, boleh dibuat objek berpusing dengan kertas tebal untuk menutup bahagian tertentu. Bahagian yang berlubang akan dipapar. Atau guna transparensi seperti gambar 2 dan 3. Lukis, fotostat atau cetak imej.


5.  Teknik bergerak/ animasi

Pelajar saya bila saya kata transparensi pun boleh buat animasi, mereka agak teruja! Sebenarnya bahagian-bahagian tertentu pada imej boleh digerak-gerakkan. Contohnya transparensi kiri, tangan imej tu boleh dibengkokkan.
Teknik ini memerlukan kreativiti dalam memanipulasi plastik transparensi tu. Sambungkan bahagian yang bergerak tu dengan benang atau pin.


6. Teknik bercerita dengan CD/DVD

Teknik ini agak susah jadi inilah yang diperlu dihasilkan oleh pelajar saya. Contohnya seperti cerita kanak-kanak dalam gambar di atas: KAMBING MENIPU HARIMAU. Kelebihan teknik ini, tranparensi mungkin menggabungkan dengan teknik berlapis, animasi dan sebagainya serta menggunakan audio berserta narasi, muzik dan efek bunyi. Transparensi dibuka atau ditukar satu-satu mengikut audio. Skrip perlu disediakan dengan garis panduan penggunaan.

Nak hasilkannya perlukan perancangan, iaitu:
Tentukan objektif - tentukan tajuk
Kutip data/ maklukmat
Rekabentuk skrip, papan cerita, fail audio
Rakam audio dan bentuk illustrasi
Bentukkan teknik transparensi dan rakam audio
Sunting audio dengan memasukkan muzik latar dan efek bunyi
Implementasi

 

Pengunjung Blog

Flag Counter

Ahli Blog

Apps Pembelajaran

TRAFIK