15 August 2011

Pembangunan Rangkakerja Teoritikal

OBJEKTIF:

• Menerangkan maksud pembolehubah

• Mengenalpasti keperluan kerangka kerja teoritikal

• Membezakan empat jenis pembolehubah.

• Membangunkan hipotesis

• Mengaplikasikan apa yang telah dipelajari dalam projek penyelidikan.

A) PENGENALAN DAN KEPERLUAN

Kerangka teori yang baik akan mengenalpasti dan membincangkan bagaimana hubungan antara pembolehubah-pembolehubah di atas. Rangkakerja dibangunkan secara logik, dijelaskan dan dihuraikan rangkaian di antara semua pembolehubah yang terlibat dalam sesuatu masalah.

Teori dan hipotesis yang dibentuk akan menyatakan masalah kajian dan kajian itu akan memfokuskan kepada penyelesaian masalah. Oleh itu kita perlu benar-benar memahami pembolehubah-pembolehubah yang terlibat dalam kajian supaya memudahkan kita menyelesaikan masalah kajian.

B) KEPERLUAN MEMBANGUNKAN RANGKA KERJA

Selepas menjalankan pra-pengumpulan maklumat (pengamatan), melengkapkan ulasan karya, mendefinisikan masalah kajian, maka kita perlu bersedia untuk membangunkan rangka kerja. Rangka kerja adalah suatu model yang menunjukkan hubungan logik beberapa faktor yang telah dikenal pasti sebagai punca kepada masalah kajian. Perhubungan ini menunjukkan aliran secara logik seperti apa yang telah dikaji melalui ulasan karya-karya lepas. Semua aliran pembolehubah yang dikemukakan perlu dinyatakan setelah kita membuat pembacaan yang mendalam tentang sesuatu topik yang dikaji.

Ini merupakan suatu perancangan, struktur dan strategi yang menjadi landasan kepada penilaian hipotesis. Perancangan yang telah dibuat melalui rangkakerja teoritikal, perlu menunjukkan satu skema yang menyeluruh. Ia merupakan garis panduan tentang apa yang akan dilakukan oleh penyelidik dari peringkat pengolahan hipotesis sehingga kepada analisis data. Rajah yang dilukis itu dinamakan sebaga rajah skematik.

Melalui rangkakerja, objektif penyelidikan dapat dibangunkan bagi menerangkan sama ada perhubungan jangkaan yang telah kita bentuk itu sah atau tidak. Cadangan perhubungan itu kemudian akan diuji dengan menggunakan analisis data yang sesuai. Ini menunjukkan bahawa rangkakerja adalah asas kepada langkah penyelidikan yang seterusnya. Walaupun hipotesis yang boleh diuji itu tidak semestinya dibangunkan, namun pembentukan rangkakerja teoritikal adalah sesuatu yang amat penting dalam penyelidikan.

Ini menunjukkan bahawa rangkakerja teoritikal atau konseptual yang dibangunkan dengan logik perlu menerangkan dan menghuraikan rangkaian perhubungan di antara konsep atau pembolehubah yang berkaitan dengan situasi masalah.

C) KOMPONEN RANGKA KERJA TEORITIKAL

Apabila disebut pembolehubah, maka ia adalah berkaitan dengan penyelidikan kuantitatif. Sesuatu penyelidikan kuantitatif adalah berkaitan dengan rangkakerja teoritikal. Terdapat lima asas yang perlu ada pada sesebuah rangka kerja teoritikal.

(1) Mengenalpasti dan melabel pembolehubah dengan betul.

(2) Tunjukkan perhubungan yang berlaku di antara pembolehubah yang telah dikenalpasti.

(3) Tunjukkan secara teori arah anak panah bagi perhubungan-perhubungan yang ingin dijelaskan pada gambarajah.

(4) Terangkan secara logic bagaimana dan kenapa perhubungan itu berlaku seperti yang kita jangkakan.

(5) Lukiskan gambarajah skematik dengan lengkap bagi model yang ingin kita jelaskan.

Penerbitan Audio

Penerbitan Audio
Sejauh manakah audio penting dalam proses pembinaan bahan untuk pengajaran dan pembelajaran?

Pengenalan

Media audio berupaya untuk memberi sumbangan unik terhadap proses pengajaran dan pembelajaran seperti pembelajaran kendiri bagi murid-murid yang kurang keupayaan membaca, pembelajaran bahasa asing, bercerita untuk memerangsang imaginasi, muzik untuk aktiviti fizikal dan sebagainya. Alat-alat seperti radio kaset dan CD seharusnya adalah sesuatu yang biasa digunakan dalam bilik darjah disebabkan penggunaannya yang mudah. Walau bagaimanapun penggunaan media audio yang berkesan memerlukan kefahaman tentang proses pendengaran serta pemilihan bahan berdasarkan objektif pengajaran.

Mendengar adalah merupakan suatu proses komunikasi. Terdapat dua aspek penting yang perlu anda fahami mengenai proses pendengaran iaitu mendengar (hearing) dan mendengar dengan memberi perhatian ( listening). Proses mendengar atau “hearing” hanyalah satu proses fisiologi sementara mendengar dengan memberi perhatian adalah merupakan proses psikologi. Bolehkah anda membezakan di antara ke dua-duanya?

Contohnya begini. Anda sedang berbual-bual dengan teman wanita anda dalam sebuah restoran. Semasa perbualan itu, anda mendengar (hear) bunyi kenderaan di luar, bunyi pelanggan bercakap-cakap, suara kanak-kanak ketawa dan sebagainya, namun bunyi-bunyi itu tidak anda perduli atau berikan perhatian. Sebaliknya anda mendengar dengan memberi perhatian yang serius (listen) terhadap apa yang teman wanita anda cakapkan. Sekarang bolehkan anda membezakan di antara mendengar dengan mendengar dengan memberi perhatian? Di dalam bilik darjah keadaan serupa boleh berlaku. Bolehkah anda terangkan mengapa keadaan ini berlaku? Ya, ini ada kaitan dengan proses komunikasi.

Keberkesanan proses mendengar di kalangan murid-murid bergantung pada beberapa perkara. Pertama, tahap perbendaharaan kata atau kemahiran bahasa yang dimiliki oleh mereka. Ini bermakna bahawa kandungan mesej dalam bahan audio hendaklah dalam lingkungan keupayaan kemahiran berbahasa murid.
Kedua, sejauh manakah murid-murid dapat mendengar dengan jelas sesuatu bahan audio seperti bahana atau kelantangan (volume) audio dan kejelasan sebutan. Bahana yang rendah sukar didengari oleh murid-murid sementara sebutan yang kurang jelas akan menyukarkan murid-murid untuk memahami mesej yang hendak disampaikan.

Ketiga, sejauh manakah nada sesuatu bunyi itu berbentuk sekata atau monotonous. Nada yang sekata sepanjang masa akan menyebabkabkan pendengar atau murid menjadi lali sehingga ia tidak memberi perhatian tentang apa yang didengarinya. Oleh itu adalah penting sesuatu bahan audio itu mempunyai nada yang tidak sekata.

Keempat, sejauh mana seseorang pendengar atau murid-murid itusecara fizikalnya berupaya untuk mendengar. Murid-murid yang mengalami selsema atau kurang sihat berkemungkinan kurang berupayaan untuk memberi perhatian tentang apa yang didengarnya.

Setelah membaca perenggan-perenggan di atas anda seharusnya dapat membuat kesimpulan bahawa terdapat dua elemen penting dalam menentukan keberkesanan proses mendengar. Pertama ialah penyampai mesej (guru) dan kedua ialah penerima mesej(murid). Guru yang dapat mempersembahkan atau menyampaikan mesejnya dengan berkesan kepada murid-murid yang bersedia untuk mendengar mesej akan menghasilkan proses mendengar yang berkesan.  Sebaliknya bahan audio yang tidak dirancang, dihasil dan digunakan dengan baik oleh guru akan menyebabkan proses mendengar kurang berkesan.


Penghasilan Bahan Audio Pendidikan


Sekarang anda hendak menghasilkan suatu bahan audio. Terdapat beberapa format penerbitan bahan audio yang boleh dihasilkan sendiri oleh anda. Di antara format-format tersebut ialah;

  • Lakonan
  • Temubual
  • Simulasi
  • Dokumentasi
  • Demonstrasi
  • Penerangan
  • Diskusi
Sekarang katakanlah anda hendak menerbitkan sebuah lakonan. Terdapat beberapa langkah yang perlu diambil perhatian sebelum anda memulakan kerja. Dengan kata lain anda perlu merancang. Langkah-langkah berikut penting untuk anda fikirkan sebelum anda memulakan kerja.

1.         Tetapkan matlamat
Anda perlu menentukan tujuan anda menerbitkan bahan audio tersebut. Siapakah kumpulan sasaran atau tahap murid? Bagaimana tentang kebolehan berbahasa murid, minat dan motivasi mereka? Adakah bahan yang akan anda hasilkan sejajarkan dengan sukatan pelajaran? Adakah bahan audio yang akan anda hasilkan ini sesuai dengan objektif pengajaran? Persoalan-persoalan tersebut perlu diberi perhatian sebelum anda membuat keputusan.

2.         Mengumpul bahan
Kumpulkan bahan-bahan dan sumber-sumber yang diperlukan. Fakta yang hendak dimasukkan hendaklah betul serta mencukupi dan kaya dengan maklumat yang diperlukan dalam sukatan pelajaran. Selain daripada itu anda juga perlu mengumpul kesan-kesan bunyi, muzik serta lagu-lagu tertentu yang mungkin diperlukan.

3.         Pemilihan bahan
Bahan yang anda kumpulkan kemungkinan terlalu banyak. Anda perlu memilih bahan yang bersesuaian sahaja.

4.         Menulis skrip
            Di sinilah anda menulis atau mengarang kandungan bahan audio anda.

5.         Menyediakan peralatan
Anda perlu menyediakan peralatan yang diperlukan dalam penerbitan bahan audio. Di antara peralatan asas ialah alat perakam, mikrofon, pengadun suara, kaset atau pita audio dan kabel-babel yang sesuai. Selain daripada itu anda perlu memastikan bahawa alatan-alatan tersebut dipasang dengan betul.
6.         Membuat rakaman
Di peringkat inilah anda akan membuat rakaman suara, memasukkan kesan-kesan bunyi serta muzik-muzik latar.

7.         Prebiu
Setelah rakaman siap, anda perlu mendengar hasil rakaman tersebut dan kemudian membuat beberapa pembetulan sekiranya perlu.

8.         Penggunaan bahan audio
Di peringkat ini anda akan menggunakan bahan yang telah dihasilkan itu di dalam bilik darjah.


Format Audio


Sekarang cuba kita tinjau format-format audio yang biasa digunakan dalam pengajaran. Anda perlu mengetahui tentang format audio kerana ini melibatkan peralatan yang akan digunakan. Di antara format-format audio adalah seperti berikut;

Kaset audio
Saiz format audio ini ialah 2.5” X 4” X 0.5”. Kelebaran pitanya ialah 1 per 8 inci. Format ini paling banyak terdapat di pasaran dan menggunakan alat pemain kaset. Pengguna boleh merakam dan memadam. Ianya mudah digunakan serta berupaya untuk mengelak dari terpadam. Tape ini berupaya merakam dalam tempoh masa tertentu seperti C-60 (boleh merakam selama 60 minit dengan menggunakan kedua-dua belah bahagian), C-90 (45 minit bagi setiap bahagian) dan C-120 (60 minit bagi setiap bahagian)

Kaset mikro
Saiz keseluruhan format audio ini adalah lebih kecil berbanding format kaset audio. Walaupun saiz pitanya adalah sama iaitu 1 per 8 inci, namun ia perlu menggunakan alat pemain kaset yang kecil. Seperti kaset audio, pengguna boleh merakam dan memadam kandungannya dengan mudah.

Fonograf atau piring hitam
Format ini berbentuk bulat dan leper. Terdapat tiga saiz yang diukur dalam diameter iaitu; 7, 10 dan 12 inci. Pengguna tidak boleh membuat rakaman. Format ini memerlukan alat pemain fonograf. Walaupun format ini mudah digunakan, ianya tidak lagi porpular dan sukar di dapati dalam pasaran hari ini.

Cakera padat atau CD
Format ini berbentuk bulat dan leper serta bersaiz 4.72 inci dalam diameter. Ianya mempunyai kualiti bunyi yang tinggi. Walau bagaimanapun pengguna tidak boleh membuat rakaman atau memadamnya dengan mudah. Format ini memerlukan alat pemain CD

Cakera Padat

Cakera padat DVD
-       Cuba cari maklumat tentang jenis cakera ini …


Alat-Alat Rakaman Audio


Untuk menerbitkan bahan audio anda memerlukan beberapa bahan dan peralatan asas seperti berikut;

  • Alat perakam
  • Mikrofon
  • Pita audio atau kaset audio
  • Kabel

Perakam Audio

Perakam audio yang mudah ialah pemain kaset yang biasa terdapat dalam pasaran. Walau bagaimanapun tidak semua pemain kaset boleh merakam audio. Cara mudah untuk mengenali pemain kaset yang boleh membuat rakaman ialah dengan kehadiran butang rakaman atau record (biasanya butang ini berwarna merah).Biasanya alat ini mempunyai mikrofon terbina dalam. Mini compojuga boleh digunakan sebagai perakam audio sekiranya ia mempunyai butang rakaman.


Mikrofon

Kualiti bunyi banyak bergantung pada  pemilihan pnggunaan mikrofon. Mikrofon yang baik akan menghasilkan rakaman yang jelas. Maklumat berikut akan memberi pengetahuan kepada anda tentang pemilihan mikrofon yang sesuai bagi kerja-kerja rakaman mengikut situasi tertentu.

Mikrofon boleh dikelasifikasikan mengikut jenis penggunaan dan bentuk penerimaan bunyi dan mekanismanya.

      Gambar 1:  Sebuah mini compo          

Gambar 2:   Sebuah perakam audio
Sumber : Safian Abd. Rashid (2000)



Jenis Mikrofon Mengikut Penggunaan


·         Mikrofon Mini

Mikrofon mini boleh dibahagikan kepada dua iatu jenis tie pin danneck hanging. Tie pin lebih kecil saiznya dan biasanya disematkan pada tali leher atau kolar baju. Jenis neck hanging pula biasanya digantung pada leher. 



Gambar3: mikrofon tie pin            Gambar4:  mikrofon neck hanging


·         Mikrofon Tanpa Wayar

Mikrofon ini memerlukan alat penerima (receiver). Tidak terdapat sebarang wayar di antara mikrofon dengan alat penerima tersebut. Isyarat dihantar secara gelombang dari mikrofon ke alat penerima melalui antena. Mikrofon ini biasanya digunakan oleh pengguna yang bergerak aktif.


Gambar 5 : mikrofon tanpa wayar


Jenis Mikrofon Mengikut Bentuk Penerimaan Bunyi

Mikrofon Semua Hala (Omni-Direction)

Mikrofon jenis ini menerima bunyi dari semua arah. Mikrofon ini biasanya digunakan untuk perbincangan kumpulan atau temubual.

Gambar 6 ; Mikrofon semua hala


Jenis Mikrofon Mengikut Mekanisme

Fungsi mikrofon adalah untuk menukar gelombang akustik ke dalam bentuk getaran mekanikal. Getaran mekanikal itu kemudiannya ditukarkan ke dalam bentuk arus elektrik. Terdapat 4 jenis mekanisme mikrofon. Berikut adalah jenis dan ciri-ciri dan penggunaannya

Jenis Mekanisme
Ciri-Ciri
Penggunaannya
Kondenser
Menerima kesan bunyi dengan baik
Peka pada bunyi
Peka pada getaran
Tidak tahan getaran kuat
Tidak tahan panas dan lembapan
Vokal/Nyanyian
Ucapan
Penyampaian (Narration)
Dinamik
Kualiti bunyi baik
Peka pada bunyi
Tahan getaran kuat
Tahan panas dan lembapan
Temubual di luar bangunan (out door interview)
Siramik
Binaannya ringkas dan mudah
Buatan lebih kemas dan kuat
Pertuturan dan muzik
Hablur
Binaan ringkas dan mudah
Harganya agak murah
Peka pada suhu dan kelembapan
Pertuturan

Mikrofon Dua Hala (Bi-Direction)

Mikrofon ini menerima bunyi dari bahagian depan dan belakang sahaja. Mikrofon ini sesuai dalam keadaan soal jawab atau temubual antara dua orang.
                                                       Gambar 7 : Mikrofon dua hala

Mikrofon Satu Hala (Uni-Directional)

Mikrofon jenis ini menerima bunyi yang datang dari satu hala sahaja.  Ianya kurang peka dengan bunyi yang datang dari lain-lain hala. Oleh itu mikrofon ini sesuai bagi seorang penyampai atau suatu situasi di mana bunyi-bunyi asing berada dalam aras paling minimum.
Gambar 8:Mikrofon satu hala


Mikrofon Shortgun

Mikrofon ini adalah mikrofon satu hala yang berupaya untuk menerima bunyi dari sudut yang sempit dalam jarak yang agak jauh. Mikrofon ini sesuai digunakan sekiranya anda tidak berupaya untuk menghampiri sesuatu punca bunyi seperti bunyi burung, acara sukan atau bunyi-bunyi haiwan.

Gambar 9:Mikrofon shortgun
Pita Audio

Pita audio boleh terdapat dalam beberapa bentuk. Bentuk atau format yang paling popular ialah kaset. Kandungan pita audio boleh terpadam sekiranya anda menekan butang rakaman pada perakam kaset.

Pengadun Suara

Bagaimana sekiranya anda hendak merakam suara narator dan dalam masa yang sama terdapat kesan bunyi dan muzik latar? Secara mudahnya, anda hanya memerlukan tiga pemain kaset. Satu untuk merakam dan dua lagi untuk memainkan kesan bunyi dan muzik latar. Cara ini masih boleh digunakan untuk menghasilkan bahan pengajaran dan pembelajaran. Walau bagaimanapun hasilnya tidaklah sebaik penggunaan alat pengadun suara (audio mixer) seperti mana yang dalam ilustrasi di bawah. Pengadun suara adalah alat yang mempunyai banyak saluran input yang boleh dilaras bahananya dan satu output. Alat ini biasa terdapat di studio-studio rakaman.

Sekarang katakanlah anda telah bersedia dengan peralatan-peralatan yang diperlukan untuk membuat rakaman. Sebelum anda membuat rakaman anda tentulah sudah mempunyai idea. Idea anda hendaklah distrukturkan dalam bentuk skrip. Skrip hendaklah disediakan terlebih dahulu. Jangan mulakan rakaman sekiranya skrip anda tidak mantap. Cara terbaik ialah dengan membuat latihan membaca skrip. Apabila anda telah bersedia barulah mulakan kerja-kerja rakaman. Ini akan menjimatkan masa dan mutu rakaman akan lebih baik. Anda terpaksa mengulang rakaman sekiranya terdapat kesilapan semasa kerja-kerja rakaman dibuat. Berikut adalah contoh sebuah skrip audio.

Pelakon/
Narator
Narasyen
Muzik
Kesan Bunyi


(Muzik tema)
FI, Fup
(Running 10 sec.

Pencerita
Selamat pagi murid-murid. Hari ini kita akan mendengar sebuah cerita yang mengisahkan…
Muzik tema
FD



(Muzik tema)
Fup, FO
(Running 6 sec.)



Bunyi engin kereta dan hon

En. Kassim
Assalamualaikum, Assalamualaikum

Bunyi ketukan pintu
Mak Minah
Walaikumusalam.
En. Kassim. Apa hal tergesa-gesa ni?




Di dalam contoh skrip di atas, anda dapati terdapat beberapa singkatan seperti  FI, Fup, FD, FO. Singkatan ini membawa maksud tertentu dan perlu difahami oleh juru teknik yang mengawal alat rakaman. Hal ini penting kerana kerja-kerja rakaman biasanya melibatkan kumpulan beberapa orang di mana setiap orang mempunyai peranannya. Berikut adalah maksud bagi singkatan-singkatan yang perlu anda ketahui dan gunakan apabila menghasilkan skrip.

FI (Fade in)
Muzik masuk perlahan-lahan
FO (Fade out)
Muzik hilang perlahan-lahan
FUp (Fade up)
Muzik menaik perlahan-lahan
FD (Fade down)
Muzik menurun perlahan-lahan
BG (Back Ground)
Muzik latar

Teknik rakaman  Audio
Sebagai sebahagian rakaman pita video, bunyi mempunyai pelbagai bentuk:
  • Suara segerak orang yang muncul dalam sesuatu adegan yang sedang dirakam pada pita video pada masa yang sama ketika gambar dirakam.
  • Bunyi yang penting bagi subjek (sebagai contoh,bunyi binatang ,jalan atau mesin) dirakam pada pita video pada masa sama dengan gambar yang dirakam.
  • Bunyi yang penting atau bunyi biasa bagi subjek itu tetapi dirakam pada pita audio yang berasingan daripada gambar ( boleh juga diperoleh daripada rekod kesan bunyi)
  • Perawian yang boleh dirakam oleh satu atau lebih suara luar kamera sama ada pada masa sama gambar itu dirakam,atau keutamaannya pada pita audio dan ditambah kepada gambar selepas gambar disunting.
  • Muzik sebagai satu pengenalan, latar belakang atau antara segmen program yang dirakam pada pita audio dan kemudian dipindahkan kepada pita video selepas penyuntingan.

Perkara perkara yang perlu diambil perhatian  apabila merakam bunyi untuk rakaman pita video
  • Lebih baik gunakan sesuatu mikrofon yang diasing daripada yang dibina di dalam kamera video . Letakkan ia rapat dengan subjek untuk kualiti terbaik-tidak lebih daripada 3 kaki jauh dari seseorang yang sedang bercakap.
  • Pertimbangkan penggunaan mikrofon wayerles atau mikrofon senapang patah jika sukar untuk menyimpan mikrofon yang biasa,atau tali kod, luar daripada adegan.
  • Jika lebih daripada satu mikrofon  akan digunakan di dalam sesuatu adegan, sambungkan setiap kepada input pada pengadun audio yang ini pula disambungkan kepada talian input pada PKV. Ubahsuai aras bunyi sebelum rakaman bermula.
  • Mulakan rakaman sekurang-kurangnya 10 saat sebelum bunyi dan aksi dimulakan dan teruskan rakaman untuk sekurang-kurangnya  10 saat selepas bunyi dan aksi ditamatkan. Pembukaan dan penutup yang kosong akan diperlukan semasa penyuntingan.

 

Pengunjung Blog

Flag Counter

Ahli Blog

TRAFIK