Test Footer

23 June 2016

Kaedah Projek

Professor William Kilpatrick (1871- 1965) dlm Sharani (2007) telah memperkenalkan kaedah projek ini. Kaedah projek ini diperkenalkan berlandaskan teori pembelajaran yang menyatakan bahawa hasil pembelajaran pelajar akan menjadi lebih berkesan jika pelajar sering bersedia untuk melaksanakan aktiviti pembelajaran yang dirancangkan
dengan cara yang menarik. 

Melalui kaedah ini, pelajar akan memerhati satu situasi yang sebenar untuk mendapatkan hasil. Di samping itu, kaedah ini boleh meningkatkan penglibat pelajar dan secara langsung mengembangkan kemahiran yang ada pada pelajar yang tidak mungkin dicapai melalui kaedah lain.

Dalam satu pengajaran yang dilaksanakan dengan kaedah projek secara langsung memberi
kelebihan kepada pelajar. Menerusi kaedah projek ini, pengetahuan dan kemahiran projek yang dipelajari secara langsung dapat digunakan dalam situasi sebenar.

0 comments:

Post a Comment

 

Pengunjung Blog

Flag Counter

Ahli Blog

Apps Pembelajaran

TRAFIK