Pendekatan induktif

Pendekatan induktif melibatkan aktiviti mengumpul dan mentafsir maklumat-maklumat, kemudian membuat generalisasi atau kesimpulannya.

Dalam penggunaan kaedah ini,guru akan memulakan pengajarannya dengan menberikan beberapa contoh yanh khusus tetapi mengandungi satu prinsip yang sama.berdasarkan kepada contoh-contoh yang diberikan,murid-murid dibimbing memikir,mengkaji,mengenalpasti dan mentafsir maklumat yang terkandung dalam contoh-contoh khusus itu,kemudian membuat generalisasi atau kesimpulan yang berkenaan.

Di dalam sesuatu situasi pelajaran yang menggunakan pendekatan induktif,guru boleh mengemukakan beberapa contoh yang khusus,diikuti dengan aktiviti soal jawab untuk membimbing murid-muridnya memerhati,mengkaji,mengenal pasti prinsip atau fakta penting yang terkandung dalam setiap contoh itu.Semasa menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran,guru tidak digalakkan memberi sebarang penerangan atau menghuraikan kesimpulan itu.Guru hanya membimbing murid,melalui aktiviti soal jawab ,mentafsir dan membuat kesimpulan daripada contoh –contoh khusus yang dikemukakan.
Kaedah induktif merupakan salah satu kaedah mengajar yang sesuai digunakan dalam pengajaran berbagai-bagai mata pelajaran,khususnya Matematik,Sains dan Bahasa.kaedah inkuiri-penemuan yang banyak diamalkan apabila mengajar Sains sebagai aktiviti pelajarannya,adalah berlandaskan kepada pendekatan induktif.

Jenis-Jenis Pendekatan Induktif :
Pendekatan induktif mempunyai pelbagai kaedah pengajaran yang digunakan untuk mengajar pelbagai jenis mata pelajaran contohnya :

Membentuk satu generalisasi daripada contoh-contoh tertentu misalnya mencari segitiga yang sama dari pelbagai jenis segitiga.

Membentuk satu prinsip daripada ujikaji tertentu. Misalnya mendapat prinsip gravity daripada ujikaji benda-benda yang dijatuhkan dari atas ke bawah.

Membentuk satu hokum daripada pernyataan-pernyataan tertentu. Misalnya mendapat hukum tatabahasa daripada analisis terhadap struktur ayat atau bahasa.

Membentuk satu teorem daripada aktiviti-aktiviti induktif. Misalnya mencari hasil tambah sudut-sudut dalam pelbagai jjenis segitiga untuk mendapat teorem sudut segitiga.

Mendapat teori daripada satu urutan pemikiran. Contohnya memerhati tingkah laku manusia untuk mendapat satu teori pembelajaran.

Prinsip=prinsip Pendekatan Induktif.
Untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti induktif dengan berkesan,guru perlulah memahami dan mematuhi prinsip-prinsip penggunaan strategi pengajaran induktif yang dihuraikan berikut iaitu
Sebelum memulakan aktiviti p&p guru harus menyediakan contoh-contoh yang sesuai iaitu yang boleh membantu murid membuat rumusan. Di samping itu soalan juga harus disediakan supaya murid mendapat kesimpulan yang berkenaan

Guru tidak harus memberi penerangan dan menghurikan isi pelajaran yang berkaitan dengan kesimpulan. Murid harus dibimbing melalui aktiviti soal jawab.Jenis contoh yang khusus harus dipelbagaikan tetapi mempunyai cirri yang sama serta mudah untuk murid mengenalpastinya.

Selepas contoh dikemukakan , murid digalakkan memberi contoh lain yang serupa.Guru tidak harus mengemukakan contoh sekaligus tetapi mempersembahkan satu persatu supaya dapat menarik minat murid dan membolehkan mereka mengenalpasti cirri pada contoh itu dengan lebih mudah.Alat bantu mengajar harus disediakan untuk membantu murid membuat kesimpulan.Melibatkan penggunaan deria murid seperti penglihatan dan pendengaran.

No comments:

Post a Comment

Popular

 

© 2010 CIKGU ZAKI All Rights Reserved Thesis WordPress Theme Converted into Blogger Template by Hack Tutors.info