22 January 2012

ICTL - Information Communication Technology Literacy

ICTL tu apa?  In English sebab diajar semasa waktu BI.

I – INFORMATION
C – COMMUNICATION
T – TECHNOLOGY
L – LITERACY

atau dalam bahasa dipanggil Literasi Komputer.

Program ICTL ini akan dilaksanakan kepada semua sekolah rendah yang mempunyai makmal komputer (pengkomputeran). Bagi Sekolah Kurang Murid, program ini boleh dilaksanakan sebagai aktiviti berkumpulan berdasarkan bilangan komputer yang dibekalkan.
  • 61-99 orang pelajar 8 unit komputer
  • 30-60 orang pelajar 5 unit komputer
  • kurang 30 orang pelajar 3 unit komputer
Objektif Program ICTL:
Memahami konsep sistem pengoperasian dan sistem aplikasi yang berkaitan serta berkebolehan menggunakannnya pada tahap rendah.

Pelaksanaan Program ICTL:
Program ini akan dilaksanakan selama tiga (3) bulan persekolahan dengan mengambil waktu mata pelajaran Bahasa Inggeris (SK) dan bahasa ibunda (SJK) selama 60 minit seminggu.

Program ini hendaklah dilaksanakan secara berturutan selama tiga (3) bulan, selepas guru mengikuti kursus yang dianjurkan.

Rangka Kandungan Program ICTL:
Kandungan yang terdapat di dalam Buku Panduan ICTL ini adalah merupakan keperluan asas literasi ICT yang perlu dikuasai oleh pelajar di sekolah rendah.

Tahap kesukaran literasi ICT berbeza dari tahun ke tahun apabila murid maju dari Tahun 1 hingga ke Tahun 6.

Beberapa tajuk akan diulang tetapi kedalaman skop adalah berbeza mengikut kebolehan pelajar.


Tahap 1:

COMPUTER LAB MANAGEMENT
Computer Lab Location
Computer Lab Plan
Computer Lab Organisation
 
COMPUTER HARDWARE
Computer Parts
Alphabet and Numeric Keys
Function Keys
Input and Output Devices

COMPUTER SOFTWARE
Operating System
Application Software


Tahap 2:

COMPUTER LAB MANAGEMENT
Advance Computer Lab Management

COMPUTER HARDWARE
Computer Parts and Components
Alphabet and Numeric Keys
Function Keys
Input and Output Devices

COMPUTER SOFTWARE
Operating System
Application Software

INTERNET
Netiquette
Search Engine
E-Mail

MAINTENANCE
Virus Scan
Disk Defragmentation
Drive Clean
Scandisk

WEBPAGE
Creating Webpage

Just info.

Pendekatan Deduktif

Boleh ditakrifkan sebagai sesuatu pendekatan mengajar yang bermula daripada sesuatu rumus,prinsip, hukum, teorem atau peraturan didikuti dengan aplikasinya ke atas contoh yang khusus. Kadang kala pendekatan deduktif ini juga digunakan untuk mendapatkan kesimpulan atau generalisasi yang baru daripada rumus, prinsip, teorem atau peraturan yang telah diketahui.
Kaedah deduktif berlandaskan pendekatannya merupakan kaedah mengajar yang kompleks kerana ia memerlukan murid mempunyai kefahaman yang mendalam dan pengetahuan yang cukup serta berupaya memilih rumus, prinsip, hokum, teorem atau peraturan yang telah dipelajari dengan tepat untuk diaplikasikan kepada contoh-contoh yang khusus.

Dalam penggunaan pendekatan deduktif ini,guru memberitahu murid objektif pelajaran pada peringkat awal.Murid dibimbing mengingat kembali hukum,prinsip,teori atau peraturan yang berkaitan untuk membolehkan mereka menyelesaikan masalah atau mendapatkan kesimpulan yang baru. 

Jenis-Jenis Pendekatan Deduktif :
Terdapat 3 jenis pendekatan deduktif yang biasa digunakan sebagai strategi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.

Penyelesaian masalah : pendekatan deduktif banya digunakan untuk menyelesaikan masalah. Misalnya setelah murid mendapat fngsi imbuhan ‘ ber ‘ mereka disuruh membuat ayat dengan menggunakan imbuhan ‘ ber ‘.

Membentuk generalisasi baru : pendekatan deduktif ini dapt digunakan untuk membuat generalisasi yang baru. Misalnya setelah murid mempelajari rumus luas segi empat tepat mereka diminta menggunakan rumus itu untuk mendapatkan rumus luas segitiga bersudut tegak.

Membukti hipotesis : pendekatan deduktif juga boleh digunakan untuk membuktikan Sesuatu hipotesis melalui sesuatu hokum atau prinsip yang telah dipelajari contohnya selepas murid telah mempelajari teorem sudut-sudut bersebelahan atas garis lurus, mereka diminta menggunakan teorem ini bagi membuktikan hasil tambah tiga sudut dalam sebuah segitiga ialah 180 darjah.

Prinsip-Prinsip Penggunaan Strategi Pengajaran Deduktif
Pada peringkat permulaan masalah atau hipotesis harus didedahkan terlebih dahulu.Murid-murid harus dibimbing mengingat kembali generalisasi, prinsip atau teoti yang membolehkan mereka menyelesaikan masalah atau hipotesis yang didedahkan.

 

Pengunjung Blog

Flag Counter

Ahli Blog

TRAFIK