19 February 2012

Pendekatan dan Strategi Pengajaran

Di dalam konteks pendidikan,konsep pendekatan bermakna cara mendekati sesuatu,misalnya objektif pelajaran yang ditentukan untuk pengajaran sesuatu mata pelajaran.Dengan perkataan lain,pendekatan merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran diajarkan berdasarkan objektifnya.

Menurut Edward M.Anthony (1963),pendekatan ialah satu set andaian yang saling berkait dengan proses pengajaran dan pembelajaran serta mempunyai unsur aksiomatik.

Berdasarkan kepada huraian Edward M.Anthony,kita boleh merumuskan bahawa pendekatan harus berlandaskan kepada model,prinsip atau prinsip atau teori pembelajaran,misalnya daripada konkrit kepada abstrak,daripada konkrit kepada abstrak,daripada mudah kepada kompleks,daripada keseluruhan kepada bahagian,daripada umum kepada spesifik(deduktif),daripada spesifik kepada umum(induktif) daripada dekat kepada jauh,daripada diketahui kepada belum diketahui.

Pendekatan adalah aksiomatik,iaitu kenyataan dianggap benar tanpa memerlukan sebarang bukti atau alasan.jika kita menggunakan cara-cara melaksanakan model,prinsip atau teori pembelajaran terhadap sesuatu pelajaran,maka model,prinsip atau teori pembelajaran boleh dijadikan sebagai suatu pendekatan dalam pelajaran yang berkenaan.

Pendek kata,pendekatan di dalam bidang pendidikan merujuk kepada satu set teori pembelajaran yang beraksiomatik dan diamalkan dalam pengajaran sesuatu mata pelajaran berdasarkan kepada objektifnya.

 

Pengunjung Blog

Flag Counter

Ahli Blog

TRAFIK