Test Footer

26 April 2014

ISO


ISO merupakan salah satu lagi function di dalam kamera DSLR slain aperture dan shutter speed yang telah aku terangkan sebelum ini. Penggunaa ISO sangat penting dalam dunia fotografi untuk memastikan gambar yang dihasilkan adalah cantik dan menarik.

ISO atau ASA (American Standard Assosiation) adalah unit yang digunakan untuk mengukur sensitif filem atau sensor kamera digital kepada cahaya. Kamera digital boleh dilaras pada sebarang ISO yang telah ditetapkan. ISO atau ASA mewakili perkara yang sama. ASA digunakan pada era kamera menggunakan filem, manakala di dalam era digital ini dipanggil ISO.
ISO diwakili dengan nombor seperti ISO 100, 200, 400, 800, 1600 dan 3200. Semakin tinggi nilai ISO, semakin sensitif sensor terhadap cahaya. Penggunaan ISO adalah untuk mencerahkan gambar yang kita ambil.

Jika ingin mengambil gambar ditempat yang cerah seperti di bawah cahaya matahari, perlu menggunakan ISO rendah (contoh ISO 100 atau 200) untuk mengelakkan gambar menjadi terlalu terang. Sekiranya ingin mengambil gambar di tempat gelap seperti pada waktu malam, ISO yang tinggi adalah sesuai digunakan (contoh ISO 1600 atau 3200) untuk menghasilkan gambar yang jelas, tidak terlalu gelap.

Contoh penggunaan ISO dengan betul:

ISO 100 - Cahaya sangat terang - outdoor
ISO 200 - Cahaya terang - outdoor
ISO 400 - Cahaya kurang - indoor/outdoor
ISO 800 - Cahaya sangat kurang - indoor
ISO (1600-3200) - Malam atau tempat yang kurang cahaya
Kesan ISO terhadap kecerahan gambar:




Penggunaan ISO yang rendah dapat mengurangkan 'noise' atau 'grain' (bintik-bintik pada gambar). Penggunaan ISO yang tinggi biasanya akan menjadikan imej lebih 'noise' berbanding dengan ISO rendah. Gambar akan kelihatan tidak cantik jika mempunyai terlalu banyak 'noise'. Jadi untuk mengelakkan kelihatan 'noise' pada gambar, gunakanlah ISO yang rendah. Sekiranya tempat gelap, digalakkan untuk menggunakan flash. Gambar dibawah menunjukkan kesan ISO terhadap 'noise' pada gambar.







Jadi, penggunaan ISO yang betul dan sesuai adalah sangat penting dalam fotografi. Jika tidak, gambar yang dihasilkan tidak cantik, trlalu gelap atau terlalu banyak noise. ISO juga perlu dikaitkan dengan penggunaan aperture dan shutter speed yang sesuai.

0 comments:

Post a Comment

 

Pengunjung Blog

Flag Counter

Ahli Blog

Apps Pembelajaran

TRAFIK