25 April 2014

Komposisi Fotografi

Selain EXPOSURE (Dedahan) dan fokus yang baik, pemilihan komposisi juga memainkan peranan dalam menghasilkan imej yang berkualiti. Berikut ialah cara cara yang mudah sebelum kita menentukan komposisi.


FILTERING


  1. Filtering (Penapisan) teknik mengasingkan imej yang perlu dengan imej sampingan (Pengganggu).Ramai yang terlepas pandang konsep ini. Konsep ini sebenarnya mudah seperti “tolong alihkan pasu di belakang” atau "Gerak ke kiri sedikit...” hmm 
  2. Apabila kita melihat melalui VIEW FINDER ,tanyakan diri anda samada imej itu terlalu berserabut atau ada sesuatu yang tak kena. Selalunya gambar yang bagus hanya mempunyai satu idea iaitu tiada gangguan selain subjek.
  3. Alihkan subjek atau ubah latar belakang dan pastikan tiada unsur unsur lain yang boleh mengganggu subjek. 
  4. Fotografi semuanya tentang komunikasi. Cuba sematkan dalam ingatan kita apa tujuan dan mengapa kita merakam imej itu. Sesuatu yang perlu disampaikan pada para penonton atau untuk diri kita sendiri supaya berlakunya komunikasi yang berkesan.
  5. Ketepikan mana yang tak perlu

FRAMING

  1. Mata kita merupakan Kurniaan ALLAH yang amat menakjubkan. Bila kita lihat pada OBJEK dengan sepenuhnya dan dengan itu hampir setiap benda di sekeliling kita seakan akan tidak wujud. HanyaOBJEK itu sahaja didalam pemerhatian kita.
  2. Kamera tidak mempunyai ciri ciri sebegini. Jurugambar amatur selalunya hanya memberikan tumpuan hanya pada SUBJEK yang ingin dirakam. Sepatutnya, perhatikan keadaan sekeliling samada ia mempunyai hubungkait dengan SUBJEK atau tidak. Ini kerana kemungkinan elemen elemen dari luar akan memberikan impak yang lebih berkesan pada SUBJEK. Pernah hadapi situasi begini setelah gambar yang kita rakam dicuci terdapat imej yang tidak diperlukan dirakam sama. Ini kerana kita tidak begitu berhati hati dalam memerhatikan keadaan sekeliling. Jangan ulangi kesilapan itu.

BALANCE -THE ART OF COMPOSITION

a) VISUAL WEIGHT

  1. COMPOSITION keseluruhanya ialah memastikan elemen elemen didalam imej tampak seimbang. 
  2. Untuk mendapatkan keseimbangan ini, pastikan imej yang akan dirakam itu mempunyai VISUAL WEIGHT. 
  3. Perhatikan corak,tekstur atau kecerahan yang mana akan membuatkan imej itu menjadi tumpuan. Contoh; sekuntum bunga merah berlatarbelakangkan pokok hijau yang gelap. Sudah tentu mata kita hanya akan tertumpu pada bunga itu. Contoh ini menunjukan imej ini mempunyai VISUAL WEIGHT yang terhasil disebabkan warnanya yang kontra. 


(b) BALANCING ACT

  1. Untuk menghasilkan gambar yang seimbang, kita haruslah mengubah posisi SUBJEK itu berdasarkan VISUAL WEIGHTnya.
  2. Kita ambil contoh keadaan seperti ini; imej yang kita rakam itu mempunyai elemen lain yang terang dan berada di hujung FRAME. Elemen yang terang ini akan menarik mata kita untuk memandangnya. Pemerhatian kita teralih dan terganggu oleh elemen ini dan ini dikatakan imej yang tidak seimbang.
  3. Jika kita berubah dari kedudukan asal dan merakam semula imej tersebut dan memastikan elemen yang terang itu berada di tengah, sudah tentu mata kita akan tertumpu di tengah. Ini dikatakan imej yang seimbang.

(c) TYPES OF BALANCE

SYMMETRICAL - 
Keseimbangan yang paling asas di mana elemen yang mempunyai VISUAL WEIGHT tadi berada di tengah tengah gambar. Elemen ini mempunyai keseimbangan yang ketara.

ASYMMETRICAL - Elemen yang mempunyai VISUAL WEIGHT tadi berada di luar titik tengah. Elemen ini tidak semestinya mempunyai hubungkait dengan pembiasan cahaya.

RULES OF THIRD - Panduan yang berguna apabila kita ingin merakam SUBJEK yang berada di luar kawasan titik tengah. RULES OF THIRD ini juga dikenali sebagai RO3 yang mempunyai 3 garis lintang dan 3 garis menegak, dimana untuk menghasilkan imej yang seimbang kita bolehlah memastikan SUBJEK berada pada mana mana antara titik yang bersentuhan yang terhasil dari garis garis ini.

LEADING LINE - Deretan pokok, sungai, jalan raya, pagar, bayang bayang, tali dan bermacam macam lagi yang bersambungan. Kesan ini tidak akan terhasil jika kita tidak berhati hati dalam menghasilkanya. Garisan ini seharus nya membawa kita ke SUBJEK atau dari SUBJEK. Pastikan sudut ketika merakam gambar itu sedikit kreatif dan bersesuaian. Mulakan LEADING LINE ini dari satu sudut imej akan memberikan impak yang cantik.

0 comments:

Post a Comment

 

Pengunjung Blog

Flag Counter

Ahli Blog

TRAFIK