28 June 2016

Reka Bentuk Pengajaran

Reka bentuk pengajaran ialah suatu proses sistematik untuk mereka bentuk, membangun, melaksana dan menilai pengajaran Suatu proses untuk membina bahan pengajaran seperti modul bercetak, video pengajaran, perisian komputer dan sebagainya. Proses ini mencakupi proses reka bentuk dan proses membina bahan.
Richey (1986) mendefinisikan reka bentuk pengajaran sebagai sains untuk mencipta amalan pengajaran yang terperinci untuk pengembangan, penilaian dan penyelenggaraan situasi pembelajaran yang memudahkan pembelajaran sesuatu unit pelajaran berlaku.

Reka bentuk pengajaran juga adalah merupakan suatu cara yang sistematik bagi mereka bentuk, membina dan menggunakan seluruh proses pengajaran.

Definisi lain yang diberikan kepada maksud reka bentuk pengajaran adalah proses untuk menentukan ciri-ciri dan keperluan untuk pembelajaran yang juga mengambil kira perubahan sistem dan pengaruh alam sekeliling (Seels dan Richey, 1994).

ENAM PERKARA ASAS DALAM REKA BENTUK PENGAJARAN

  1. Menentukan keperluan pelajar 
  2. Menentukan matlamat dan objektif 
  3. Membina prosedur penilaian 
  4. Mereka bentuk dan memilih strategi penyampaian 
  5. Mencuba sistem pengajaran 
  6. Menilai keseluruhan sistem

0 comments:

Post a Comment

 

Pengunjung Blog

Flag Counter

Ahli Blog

TRAFIK