30 April 2014

Seni Fotografi dan pencahayaan

  1. Fotografi adalah Seni Cahaya. Tiada cahaya, tiada berlaku aktiviti fotografi. Jadi, fotografi memerlukan cahaya walaupun sedikit. 
  2. Fotografi boleh didefinasikan sebagai satu proses rakaman cahaya. Kualiti sesuatu gambar itu bergantung kepada ketelitian kita dalam memilih cahaya yang baik. Banyak jenis cahaya yang boleh diperolehi dari matahari,tetapi kadangkala kita terpaksa menunggu untuk mendapatkan satu cahaya yang berkualiti untuk gambar kita.



Cahaya semasa penggambaran

  1. Potret di bawah sinaran matahari memerlukan pelarasan dengan betul. Kekuatan cahaya matahari akan menghasilkan bayang-bayang yang jelas kelihatan di bawah hidung dan mata subjek.Bayang bayang ini amat mengganggu pemerhatian kita.
  2. Salah satu cara untuk mengatasi masalah ini ialah dengan menubah posisi subjek ke tempat yang redup di mana subjek tidak lagi diterangi oleh cahaya matahari tetapi subjek akan diterangi oleh cahaya yang terpantul dari langit.
  3. Cahaya dari langit amat luas dan ianya tersebar. Cahaya yang tesebar tidak akan menghasilkan bayang bayang yang jelas.
  4. Katakan kita hendak mengambil gambar subjek dihadapan OBJEK yang disinari oleh cahaya matahari yang terik,kita tak perlu la mengubah posisi SUBJEK ini kerana OBJEK yang terkena sinaran matahari tadi telah memantulkan cahaya yang baik untuk SUBJEK kita.
  5. Kita akan dapat pencahayaan yang baik jika kita rajin menunggu, lihat perubahan matahari dan kesan sinaranya. Selalunya waktu awal pagi dan waktu senja adalah waktu yang amat menarik dan cahaya nya cukup seimbang antara SUBJEK dan BACKGROUND.
  6. Bagi fotografer professional yang sentiasa mengejar masa, mereka akan menggunakan REFLECTOR untuk memantulkan cahaya pada SUBJEK. Pembantu fotografer yang selalu pegang reflector ini. Mereka juuga meletakan REFLECTOR bewarna perak,emas atau putih dibawah SUBJEK untuk membantu lagi pantulan cahaya Ke arah SUBJEK,lantas mengurangkan bayang bayang.
  7. Flash - Ada juga yang dipanggl Cahaya tiruan. Apabila kita menggunakan FLASH dan dihalakan ke SUBJEK, ianya akan membesarkan lagi kawasan pencahayaan itu. Cahaya dari FLASH akan mengisi dan mengurangkan bayang bayang pada SUBJEK. Proses ini dikenali sebagai FILL FLASH.
  8. FLASH elektronik mempunyai sama warna seakan akan matahari sekitar waktu tengahari.Jikakita menggunakan FLASH pada waktu ala pagi atau senja,hasilnya seperti tidak asli.Profesional mengatasi masalah ini dengan memasang GEL bewarna dihadapan FLASH.

0 comments:

Post a Comment

 

Pengunjung Blog

Flag Counter

Ahli Blog

TRAFIK