30 October 2015

Teknologi dan Media Pengajaran - TPACK

29 September 2015

Smartphone: Berbaloi ke membeli yang mahal?

Sekarang ni seperti menjadi satu kemestian setiap orang memiliki smartphone. Dunia semakin canggih dan masing-masing tidak mahu ketinggalan dalam arus informasi yang semakin hangat. Sama ada menjadi penghantar atau penerima berita, setiap orang di mana sahaja sibuk 'menguruskan' tugas masing-masing....hmm kekadang duk semeja pun senyap-sunyi, selesa chating online, cek post teks, video dan gambar. Semua urusan ofis pun pakai online je. Tidak dinafi semua itu hanya boleh menggunakan smartphone sahaja.

Smartphone ni melambak di pasaran. Lorong terang, lorong gelap, pasar malam, gedung membeli-belah sampailah dalam online, penjual Smartphone berlumba-lumba mempamerkan barangan dengan tawaran hebat. Harga pun, kalau versi baru tu harganya cecah ribuan ringgit. Tetapi ada yang hobinya tukar Smartphone tidak kira berapa harga. Berbaloi ke? Di bawah ni diberi panduan yang boleh dipertimbangkan:

Keperluan atau kehendak?
Telefon memang satu keperluan sebab komunikasi berlaku setiap masa. Kehendak pula adalah naluri atau lebih tepat nafsu. Tak salah memiliki Smartphone yang mahal tetapi berkiralah dengan bajet. 

Telefon yang mahal memang tahan lama dan lasak. Belilah yang mahal jika mampu, tetapi yang murah pun boleh digunakan. Kalau asyik tukar bila keluar Smartphone baru, itu kehendak....abaikan sikap ni ya. Kalau Trade-in pun harganya jauh dari yang sepatutnya.

Taksub dengan resolusi kamera..
Bila nak beli Smartphone soalan yang ditanya: Kamera dari berapa megapixel? 5, 8, 10 12? Ada betulnya beli pixel yang besar - untuk dapat imej yang cantik, tetapi harganya mahal. Sebenarnya, 5 megapixel pun sudah mencukupi kecualilah anda memang mempunyai citarasa besar. Biasanya megapixel ini lebih dominan untuk cetakan, justeru kamera dslr memang perlukan justifikasi megapixel besar. Kalau setakat dipapar dalam Smartphone, cukuplah ala kadar. 

Kita guna kamera Smartphone untuk snap gambar instant, jadi yang penting adalah kelajuan shutterspeed kamera Smartphone ni. Shutter yang laju akan menajamkan gambar disupport pula dengan ISO yang tinggi.

Terpersona dengan kepintaran Smartphone
Pengeluar Smartphone berlumba-lumba mengiklankan kehebatan smartphone masing-masing. Teringat saya bila membeli Smartphone pertama, pilihan utama adalah Smartphone yang mempunyai pen stylus. Kononnya untuk membuat catatan semasa mesyuarat atau buat nota ringkas. Tambahan pula, dengan pen tu boleh buat macam-macam ;) Guna dua tiga kali je dan akhirnya, pen tu senyap dalam sarungnya. Cantik lagi.

Cuba kira, berapa peratus kemudahan tersebut digunakan? Beli spec yang biasa sudahlah asalkan ada kamera dan boleh akses internet.

Jadi, fikirkan jika hendak tukar Smartphone anda...Berbaloikah beli yang mahal?


31 July 2015

Projek Koswer Multimedia Interaktif Berasaskan Model ASSURE dan ADDIE

Tugasan kali ini adalah menghasilkan koswer multimedia interaktif berasaskan model ADDIE. Pelajar juga dikehendaki merancang pengajaran dan pembelajaran berdasarkan model ASSURE.

Sila ikut langkah-langkah berikut sebagai panduan:
Merancang satu sesi pengajaran dan pembelajaran bagi satu topik subjek major/ minor untuk satu sesi pengajaran berasaskan model ASSURE.

Contoh:
  • Subjek: Pendidikan Seni Visual
  • Tahun: Empat Bestari
  • Topik: Menggambar
  • Tema: Buah-buahan Tempatan
Perancangan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan model ASSURE
  • Analisis murid tahun Empat Bestari (3 aspek dianalisis)
  • Tentukan objektif
  • Memilih media (Koswer yang dihasilkan berdasarkan model ADDIE), Kaedah yang digunakan dan Sumber Pembelajaran
  • Jelaskan bagaimana media (Koswer) digunakan dalam pembelajaran tersebut (Persediaan peralatan, persekiran, kesediaan murid dan sebagainya)
  • Penglibatan murid (Bincangkan bagaimana anda dapat menyediakan aktivti pembelajaran murid dengan menggunakan koswer yang telah dihasilkan. Aktivti yang dirancang ke arah mencapai objektif.
  • Membuat penilaian keberkesanan media dalam pengajaran dan pembelajaran yang dirancang.
Merancang pembangunan koswer bagi berdasarkan model ADDIE iaitu:
1.   Membuat analisis keperluan pengguna dengan merujuk kepada subjek dan topik yang dirancang di dalam model ASSURE di atas, iaitu:
  • Membuat analisis keperluan pengguna.
  • Subjek: Pendidikan Seni Visual
  • Tahun: Empat Bestari
  • Topik: Menggambar
  • Tema: Buah-buahan Tempatan
2.  Merekabentuk koswer, membangun, pelaksanaan dan penilaian.
Membangunkan koswer dengan perisian (Authoring Tools) yang sesuai seperti Flash, Articulate Storyline atau Authorware. Pastikan perisian yang digunakan mempunyai lesen yang sah atau gunakan perisian percuma seperti CourseLab.

Sila kemuakan persoalan anda di ruangan komen!

 

Pengunjung Blog

Flag Counter

Ahli Blog

TRAFIK