Test Footer

SLR vs DSLR

SLR VS DSLR

SLR merupakan singkatan untuk Single-Lens Reflex. Kamera SLR menggunakan pergerakan cermin (mirror) otomatik untuk memantulkan imej 45 darjah kearah viewfinder seperti yang ditunjukkan pada gambarajah dibawah. Apabila menggunakan kaedah ini, sesuatu imej yang hendak dirakamkan oleh sesorang fotografer, pada permulaannya, akan melalui sistem lensa (1), dipantulkan oleh cermin (2), melalui focusing screen (5), condensing lens (6), pentaprism (7) dan akhir sekali boleh dilihat melalui viewfinder (8). Dengan cara begini seseorang fotografer boleh melihat akan komposisi, fokus dan sebagainya perihal imej tersebut sebelum merakamkannya.

Setelah berpuas hati dengan komposisi imej tersebut, fotografer akan menekan butang shutter. Ini menyebabkan cermin (2) naik keatas secara otomatik (lihat arah anak panah), membuka bidaishutter atau shutter curtain (3) dan membenarkan imej tersebut dirakamkan pada filem atau sensor kamera (4). Setelah selesai proses rakaman, bidai shutter atau shutter curtain (3)akan tutup dan cermin (2) akan kembali ketempat asal secara otomatik. Ini membenarkan fortografer itu melihat semula melalui viewfinder (8)untuk rakaman imej seterusnya.


DSLR adalah ringkasan bagi Digital Single Lens Reflex. DSLR sama seperti kamera SLR yang mengandungi prima -- biasanya pentaprisma -- yang memusingkan imej supaya bahagian atas imej kelihatan di atas. Dari sini datangnya istilah "reflex" atau pantulan. Cuma penambahan huruf D adalah untuk Digital iaitu pengoprasiannya dikawal secara digital.

Perbezaan penting antara kamera SLR dengan DSLR ialah SLR menggunakan filem untuk merakamkan gambar manakala DSLR menggunakan sensor untuk merakamkan gambar dan merekodkannya ke dalam cip memory.

Rekabentuk SLR/DSLR membenarkan satu kamera menampung pelbagai panjang fokus, dan inilah sebab utama SLR popular dalam fotografi serius. Kenapa? Dengan kamera bukan SLR, sudut pandangan lensa yang mengambil foto mesti dipadankan dengan lensa yang digunakan untuk memenang. Ini perkara mudah untuk lensa tetap atau zoom pendek, tetapi sistem pemadanan menjadi kompleks dan mahal apabila kamera menggunakan zoom panjang. Dengan SLR, masalah ini tidak berlaku kerana lensa pengambil dan lensa penenang adalah lensa yang sama. Dari sinilah datangnya istilah "single lens".

Kebanyakan DSLR kini mempunyai mode Live View, yang membolehkan jurufoto menggunakan LCD untuk komposisi foto sama dengan "kamera tunjuk dan petik" (point-and-shoot camera). Kaedah paling mudah ialah mengunci cermin ke atas, dan prisma mengalihkan imej ke suatu sensor kecil yang boleh dipantau dari LCD, bukan ke sensor penangkap. Ini sebenarnya melambatkan prestasi.

0 comments:

Post a Comment

 

Pengunjung Blog

Flag Counter

Ahli Blog

Apps Pembelajaran

TRAFIK