Test Footer

27 April 2014

Penetapan (setting) / Kawalan Kamera

Tiada setting dan kawalan yang ditetapkan dan berubah mengikut kreativiti dan keadaan. Berikut adalah panduan umum sahaja. 

Histogram

  1. Histogram ialah salah satu cara untuk menentukan Imej yang dirakam mempunyai EXPOSURE(dedahan cahaya) yang cukup atau pun tidak. Kita tak perlu bergantung pada LCD kamera yang mungkin tidak tepat.
  2. Histogram mempamirkan secara digital maklumat dan data Imej yang dirakam. Ianya terdiri dari graf piksel berdasarkan kecerahan.
  3. Jika imej yang dirakam itu gelap,gambarajah pada graf akan lebih tertumpu pada sebelah kiri manakala jika imej yang dirakam itu terlebih cerah gambarajah akan lebih tertumpu pada sebelah kanan.
  4. Imej yang cukup pencahayaanya akam mempunyai graf yang sekata dimana tiada lebihan tertumpu pada kiri dan kanan graf. Graf akan menunjukan seakan sebuah bukit yang mempunyai satu puncak sahaja ditengah.
  5. Jika imej yang dirakam itu menunjukkan lebihan pada kiri atau kanan graf, eloklah kita membetulkan nilai APERTURE & SHUTTER kita. Bagi yang tiada fungsi ini, gunakanlah fungsi EV. 
  6. Kebanyakan kamera sekarang sudah mempunyai fungsi histogram yang akan muncul di LCD anda sebelum anda merakam imej.Ini sangat membantu.

Burst Mode
  1. Fungsi yang membolehkan kita merakam imej dalam kuantiti yang banyak hanya dalam sesaat.
  2. Fungsi ini elok digunakan untuk merakam SUBJEK yang bergerak. Supaya tidak terlepas saat saat yang beharga, terutamanya acara sukan.
  3. Apabila fungsi ini diaktifkan, kamera akan merakam imej SUBJEK dalam kelajuan 3 hingga 5 imej per saat. Kamera DSLR mempunyai kelajuan yang lebih tinggi sekitar 9 imej sesaat.
Fungsi kawalan Manual,Aperture Priority dan Shutter Priority
  1. Dail kawalan MANUAL, APERTURE PRIORITY dan SHUTTER PRIORITY terletak diatas kamera. Dail ini tertera A/S/M pada kamera Olympus dan Nikon. Berlainan pada canon Av/Tv/M. Av untuk fungsi APERTURE PRIORITY dan Tv untuk fungsi SHUTTER PRIORITY.
  2. Seperti yang telah dibincangkan sebelum ini, fungsi APERTURE PRIORITY adalah untuk mengawal bukaan Lensa dan fungsi SHUTTER PRIORITY adalah untuk mengawal berapa lama SHUTTER dibiarkan terbuka.Faham tak setakat ini?
  3. Fungsi kedua dua ini mempunyai hubungkait untuk menghasilkan imej yang berkualiti. Pada fungsi otomatik, kamera akan menentukur sendiri gabungan nilai APERTURE dan SHUTTER SPEED dan kadang kadang fungsi otomatik ini tidak memberikan hasil mengikut apa yang kita inginkan. Di sinilah fungsi APERTURE PRIORITY dan SHUTTER PRIORITY diperlukan.
  4. Kita sendiri akan mengawal nilai APERTURE bila kita menggunakan fungsi APERTURE PRIORITY manakala kamera akan mengubah nilai SHUTTER SPEED mengikut kesesuaian nilai APERTURE yang kita tentukan. Begitulah sebaliknya.
  5. Dalam fungsi APERTURE PRIORITY, apabila kita menggunakan nilai APERTURE yang tinggi seperti f8 atau f10, ini bermaksud bukaan lensa adalah kecil. Ini akan menyebabkan kamera memilih nilai SHUTTER SPEED yang amat rendah. Keadaan ini agak rumit sedikit jika kita mempunyai tangan yang bergetar atau jika kita tidak menggunakan tripod imej yang terhasil kemungkinan besar akan kabur.

Kawalan ISO
  1. Terma ISO ini dibawa dari era kamera filem. Filem yang digunakan diklasifikasikan mengikut kelajuan filem iaitu nilai kepekaan filem terhadap cahaya.
  2. Sekarang, terma ISO masih lagi diguna pakai dan membawa maksud dan kegunaan yang sama, cuma ianya diaplikasikan ke sensor digital.Kita kadang-kadang menghadapi masalah untuk mengambil gambar dalam keadaan sekitaran yang gelap,jika gambar yang diambil itu pasti akan kabur dan gelap. Disinilah peranan ISO berfungsi dengan meningkatkan nilai ISO dan seterusnya kita mampu meningkatkan nilai APERTURE dan nilai SHUTTER SPEED.
  3. ISO memberikan kita kebebasan dan kemampuan untuk merakam imej di dalam keadaan yang gelap dan pencahayaan yang tidak sekata.
  4. Kekurangan ISO ini terletak pada nilainya. Semakin tinggi nilai yang kita tetapkan semakin banyak NOISE yang terhasil.
  5. NOISE adalah biji-bijian yang terhasil pada imej yang dirakam. Juga dalam bentuk piksel halus yang bewarna yang tidak sepatutnya berada didalam imej.
  6. Rakamlah imej dalam beberapa nilai ISO yang berlainan dan perhatikan yang mana satu boleh diterima.

0 comments:

Post a Comment

 

Pengunjung Blog

Flag Counter

Ahli Blog

Apps Pembelajaran

TRAFIK