Test Footer

Penerbitan

Penerbitan ialah proses meletakkan imej-imej ke atas filem dan bunyi ke dalam pita. Dalam erti kata yang lain PENERBITAN ialah tugas-tugas rakaman yang dibuat oleh krew rakaman di lokasi-lokasi mengikut treatment atau skrip yang telah ditulis. Sebelum membuat rakaman pastikan peralatan rakaman dalam keadaan sempurna dan mampu mengendalikan peralatan berkenaan dengan baik. Ianya merupakan tahap untuk merealisasikan semua langkah yang ada di tahap pra-produksi. Pasukan produksi video biasanya dipimpin oleh seorang pengajarah yang mempunyai peranan untuk menjalankan penerbitan video. Biasanya pengarah dibantu oleh beberapa orang pembantu untuk membantu kelancaran penerbitan video yang sedang berlangsung.


Satu perkara yang penting semasa penggambaran ialah mencatat adegan, shoot atau scene yang sudah diambil oleh jurulkamera. Teknik pencatatan ini dinamakan camera logging. Dalam melakukan catatan, gambar yang sudah diambil tidak hanya mencatat saja, akan tetapi catatan tersebut harus disesuaikan dengan shooting script yang sudah dibuat.

Lakukan penggambaran dengan mengambil kira semua aspek seperti pencahayaan, teknik-teknik shooting dan merakam video dalam stok yang banyak untuk mengelak berlakuknya pengulangan penggambaran disebabkan rakaman yang tidak sesuai atau rosak.

Setelah semua rakaman video siap dijalankan, ada baiknya dilakukan semakan bagi memastikan bahawa semua tahap penggambaran video lengkap sebelum memasuki tahap pasca penerbitan.

0 comments:

Post a Comment

 

Pengunjung Blog

Flag Counter

Ahli Blog

Apps Pembelajaran

TRAFIK