Salam sejahtera,
Sudah seminggu saya letakkan undian tentang apa istilah yang sesuai :
- Alat Bantu Mengajar
- Bahan Bantu Mengajar
- Media Pengajaran
- Media Pembelajaran
- Media Pengajaran dan Pembelajaran
Undian setakat ini memihak kepada Bahan Bantu Mengajar. Mungkin sebutan ini biasa didengar atau disebut oleh pensyarah atau guru-guru di sekolah. Dalam rekabentuk pengajaran, media diistilahkan sebagai saluran komunikasi antara pengirim dan penerima yang boleh merangsang fikiran, minat, tumpuan yang boleh mengakibatkan perubahan tingkah laku. Secara umum juga disebut MEDIA MASSA bukan 'BAHAN MASSA'. Media massa membawa maksud medium yang digunakan untuk menyampaikan berita secara meluas kepada umum. Tetapi di sekolah masih kekal menyebut bahan bantu mengajar.
Pendidikan dalam era teknologi disesuaikan dengan mengintegrasikan ICT dalam semua mata pelajaran, tugas guru sudah menjadi fasilitator, bukan sebagai pakar berpidato di depan kelas. Dengan kata lain, istilah sage on stage tiada lagi tetapi menjadi Guide on side. Bermakna ICT menjadi media pengganti guru dengan pembelajaran berasaskan PPBK. Pada ketika itu, bahan bukan menjadi pembantu guru, tetapi media mengambil alih tugas pengajaran dan pembelajaran. Pembelajaran menggunakan pelbagai media: video, audio, animasi, teks, grafik dan sebagainya menjadikan pembelajaran lebih mudah difahami, menarik minat kerana media tersebut merangang pelbagai pancaindera murid-murid. Pembelajaran bukan lagi teacher centered tetapi lebih kepada student centered.
Dengan jelasnya maksud media berbanding bahan, rasanya media pembelajaran atau media pengajaran dan pembelajaran lebih sesuai.
>>>Sama-sama difikirkan. | |||||