Test Footer

25 June 2016

Teori kecerdasan pelbagai (Multiple Intelligences (Howard Gardner)

Mengikut pandangan tradisional, kecerdasan seseorang telah ditetapkan semasa ia dilahirkan dan ia meliputi hanya tiga bidang, iaitu bahasa, matematik dan “visual/spatial”. Dr. H.Gardner yang membuat kajian tentang teori kognitif di Universiti Harvard telah memperkenalkan satu model kecerdasan yang pelbagai jenis. Mengikut model Gardner, kecerdasan seseorang boleh dipelajari, dikembang dan dipertingkatkan. Kecerdasan ini dibahagikan kepada 9 jenis, iaitu, Verbal/Linguistic, Logical-Mathematical, Musical/Rhythmic, Visual/Spatial, Bodily-Kinesthetic, Interpersonal, Intrapersonal, Naturalistic, Ethical/Spiritual.

Whatsaap dalam pnp

Penggunaan teknologi maklumat dan telekomunikasi memberi impak pada kehidupan manusia. Ianya merupakan tren terkini pada masa sekarang.

Berdasarkan kajian, penggunaan teknologi di dalam industi pengajaran merupakan suatu respons positif kepada dunia pengajaran dan pembelajaran.

Penggunaan Whatsapp sebagai medium berbicara menjadi-jadi sekarang. Bukan setakat perbualan secara santai malah terdapat perkumpulan profesional menggunakan Whatsapp sebagai medium untuk bertukar-tukar pendapat. Ramai juga sekarang menggunakan medium ini dalam urusniaga, pembelajaran dan sebagainya.

Bagaimana aplikasi ini boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran?

Perbincangan secara berkumpulan berdasarkan topik tertentu mudah dijalankan. Pelbagai bentuk penyampaian nota/ komen dapat digunakan. Admin fikir, langkah berikut boleh dijalankan:


  1. Create WhatsApp Group dengan nama yang sesuai.
  2. Admin daftar para ahli.
  3. Moderator/ Guru berikan rangsangan berbentuk tema/ topik perbincangan seperti teks/ gambar/ video.
  4. Buka persoalan - mungkin sesuai dalam persoalan berbentuk metakognitif.
  5. Perbincangan yang berlaku perlu mendapat maklum balas dari moderator.
  6. Akhiri dengan kenyataan kesimpulan/ pandangan.
Sekadar cadangan. Mungkin ada idea lain. 

Model Gaya Pembelajaran VAK (Visual, Auditouri, Kinestetik)

Gaya VAK mengandungi tiga aspek , iaitu  gaya pembelajaran Visual , Auditori  dan  Kinestetik.

  Gaya Pembelajaran  Visual
  1. Murid belajar lebih baik dengan melihat sesuatu teks berbentuk perkataan / ayat  dalam buku , papan hitam atau paparan komputer. 
  2. Mereka lebih mengingati dan memahami arahan dan penerangan menerusi pembacaan ayat atau teks berkenaan.
  3. Murid “Visual “  tidak memerlukan penerangan lisan seperti murid “auditori”  tetapi mereka selalunya dapat belajar melalui pembacaan.
  4. Mereka selalunya menulis nota syarahan / arahan lisan jika mereka hendak mengingati sesuatu
 Gaya Pembelajaran Auditor
  1. Murid “Auditori” belajar dengan mendengar perkataan / ayat yang disebut dan juga arahan lisan.
  2. Mereka boleh mengingati penerangan melalui bacaan kuat atau menggerakkan bibir ketika membaca terutama apabila mempelajari sesuatu yang baru.
  3. Mereka dapat mengukuhkan ingatan dengan mendengar semula rakaman pita audio, mengajar murid lain dan berbincang dengan guru.
Gaya Pembelajaran Kinestetik

  1. Murid “Kinestetik” belajar dengan baik dan berkesan melalui pengalaman dan akan melibatkan diri secara fizikal dalam aktiviti di kelas.
  2. Mereka  biasanya dapat menginagti sesuatu dengan baik dan berkesan apabila melakukan aktiviti secara “hands-on”.

 

Pengunjung Blog

Flag Counter

Ahli Blog

Apps Pembelajaran

TRAFIK