Salam sejahtera,
Semua pelajar perlu menyiapkan rakaman bagi skrip yang telah dirancang. Hanya gunakan Audacity untuk kerja rakaman dan suntingan. Berikut diberikan panduan bagaimana menghasilkan kualiti rakaman yang baik.
Skrip intro, narasi, dialog watak perlu disediakan. Setiap dialog perlu dihafal dan dilatih supaya lancar sebutan dan sesuai dengan watak. Semasa rakaman, buat berulang kali sehingga mendapat kualiti rakaman yang terbaik.
Rakaman dijalankan di studio rakaman, sila buat tempahan dulu. Kalau dibuat di rumah / bilik, pastikan dapat mengawal gangguan bunyi. Bilik tersebut perlu ada penyerap bunyi seperti kusyen atau kain tebal untuk mengelak gema / echo.
Gunakan mikrofon tunggal (Dinamik / Kondenser), jangan guna mikrofon pada headphone. Lindungi mikrofon dengan penapis angin / span untuk mengelak kesan angin dalam rakaman. Tutup kipas. Jangan bercakap teralalu hampir dengan mikrofon.
Semasa rakaman, pastikan bentuk waveform mencapai paras maksima dalam trek / jangan melebihi paras yang dibenarkan. Sudah diterangkan dalam kuliah.
Bersabar semasa rakaman. Jangan harapkan nak cepat siap..
Bila semua rakaman telah selesai, buat suntingan dengan membuang rakaman yang tidak diperlukan. Laraskan semua hasil rakaman dengan Effect > Amplify.
Akhirnya masukkan muzik latar. Laraskan Fade in (FI), Fade Down (FD), Fade Down (FD) dan Fade Out (FO). Pastikan ada muzik intro dan penutup. Muzik latar perlu sesuai dengan cerita dan audien.
Muatkan semua kerja amali tersebut ke dalam CD. Masukkan semua perancangan, skrip dan cd audio je dalam folder portfolio.
Selamat Maju Jaya.