Test Footer

01 August 2018

Nota Kursus: Teknologi Untuk Pengajaran dan Pembelajaran

Teknologi Untuk Pengajaran dan Pembelajaran

Nota ini menjelaskan konsep dan peranan teknologi dan media untuk pengajaran dan pembelajaran. Mengguna teknologi dan media pengajaran berdasarkan model rekabentuk pengajaran, menghasil dan menilai keberkesanan media dan sumber pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan instrumen penilaian dengan cekap.



Reka Bentuk Pengajaran


Kandungan nota ini menjelaskan pengertian dan konsep reka bentuk pengajaran serta menjelaskan konsep-konsep dan peranan teknologi dan media untuk pengajaran dan pembelajaran. Perbincangan juga berkaitan peranan reka bentuk pengajaran dan model-model reka bentuk pengajaran.

Nota penuh...




Pemilihan, Penghasilan dan Penilaian Media Pengajaran

Nota berkaitan pemilihan media pengajaran, pengubahsuaian dan penghasilan media untuk pengajaran dan pembelajaran. Aspek penilaian keberkesanan media pengajaran juga diberi penekanan berasaskan aspek-aspek impak media berdasarkan teori tertentu.

Nota penuh...




Visual Untuk Pengajaran dan Pembelajaran

Nota berkaitan prinsip dan elemen grafik. Perbincangan juga tentang peranan visual, jenis-jenis dan penghasilan bahan visual untuk pengajaran dan pembelajaran. Contoh-contoh grafik/ illustrasi juga disediakan.







Audio Untuk Pengajaran dan Pembelajaran

Pengenalan dan peranan Audio dalam pengajaran dan pembelajaran. Membincangkan sumber dan format fail audio digital. Kursus ini juga mengaplikasikan kemahiran penghasilan bahan audio dengan membuat perancangan dan persediaan rakaman seterusnya membuat kerja suntingan.

Nota penuh...




Video untuk Pengajaran dan Pembelajaran


Membincangkan peranan penggunaan video dalam pengajaran dan pembelajaran serta kelebihannya berbanding dengan media yang lain. Sumber dan format video juga dibincangkan bagi memudahkan pelajar memilih format video yang sesuai. Seterusnya membincangkan teknik merakam dan langkah-langkah penghasilan klip video.




Integrasi Perisian Aplikasi Pejabat untuk Pengajaran dan Pembelajaran

Nota ini akan membincangkan tentang sistem komputer - input,output dan unit pemprosesan. Seterusnya nota berkaitan jenis-jenis Perisian Aplikasi seperti Pemprosesan Perkataan, Persembahan Elektronik, Hamparan Elektronik dan Pangkalan Data. Perbincangan juga ditulis berkaitan Integrasi perisian aplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran.

Nota penuh...


Multimedia Interaktif Untuk Pengajaran Dan Pembelajaran

Nota berkaitan konsep multimedia untuk pembelajaran serta model yang digunakan dalam pembangunan perisian. Pengahasilan pakej pembelajaran multimedia interaktif diberi penekanan seperti Perancanagan dan penyediaan bahan multimedia, Elemen Interaktif Penilaian bahan multimedia dan sebagainya.

Nota penuh...




Internet Untuk Pengajaran Dan Pembelajaran


Apakah Pembelajaran Dalam Talian? Bagaimanakah pembelajaran secara dalam talian berlaku? Apakah jenis-jenis pembelajaran dalam talian? Apakah kesannya? Apakah peralatan dan aplikasi yang diperlukan untuk pembelajaran? Apakah aplikasi internet untuk pengajaran? Semuanya dijawab dalam nota ini.

Nota penuh...




Isu Harta Intelek, Undang-undang Siber, Plagiat, Kerahsiaan, Keselamatan, Penyebaran Maklumat

Hak Cipta adalah hak eksklusif yang diberikan oleh undang-undang untuk tempoh masa tertentu kepada pencipta karya untuk mengawal penggunaan karya mereka. Perlindungan hakcipta di Malaysia adalah berasaskan kepada Akta Hakcipta 1987.

 

Pengunjung Blog

Flag Counter

Ahli Blog

Apps Pembelajaran

TRAFIK