Test Footer

26 June 2016

Model Gaya Pembelajaran Dunn dan Dunn


Model Gaya Pembelajaran oleh Dunn dan Dunn menyatakan gaya pembelajaran seseorang pelajar bergantung kepada unsur-unsur yang disukainya di bawah lima stimulus yang ditunjukkan dalam Jadual 1.2.1 di bawah.

Model Gaya Pembelajaran Dunn dan Dunn
Stimulus
Unsur
Ciri-ciri
1.
Alam Sekitar
Bunyi
Suka belajar tanpa bising atau dengan mendengar muzik.

Cahaya
Suka belajar di tempat yang cerah atau di tempat yang kurang cahaya.

Suhu
Suka belajar di tempat yang sejuk atau panas.

Pola
Suka belajar di tempat formal yang ada kerusi dan meja atau di tempat tidak formal seperti berbaring atau duduk di atas lantai.
2.
Emosi
Motivasi
Boleh merangsang diri untuk belajar atau perlu dirangsang oleh guru.

Ketabahan
Boleh belajar dalam jangka masa yang pendek atau panjang.

Tanggung-
jawab
Bertanggungjawab untuk belajar atau perlu bimbingan oleh guru.

Struktur
Suka belajar mengikut jadual waktu atau suka belajar sekiranya lebih masa diberi untuk sesuatu mata pelajaran atau perkara.
3.
Sendiri
Suka belajar secara sendirian.
Sosiologi
Pasangan
Suka belajar secara pasangan.

Rakan
sebaya
Suka belajar dengan rakan sebaya.

Pasukan
Suka belajar dalam pasukan.

Guru
Suka belajar dengan bimbingan guru

Pelbagai
cara
Dapat belajar dengan mana-mana cara  yang tersebut di atas.
4.
Fizikal
Persepsi
Suka belajar dengan benda/perkara maujud atau abstrak  atau melalui pengalaman.

Makan
Suka atau tidak suka makan dan minum semasa belajar.

Waktu
Suka belajar sesuatu mata pelajaran pada waktu yang sesuai atau pada bila-bila masa.

Gerakan
Suka atau tidak suka bergerak semasa belajar.
5.
Psikologi
Global 
atau
Analitik
Pelajar global suka belajar secara menyeluruh; pelajar analitik suka belajar mengikut urutan dan membuat analisis.
Otak Kiri 
atau
Otak Kanan
Pelajar yang memproses maklumat menggunakan otak kiri suka belajar bahagian-bahagian bahasa, dan membuat pengiraan dan analisis;
Pelajar yang  memproses maklumat menggunakan otak kanan suka belajar secara keseluruhan, membuat sintesis, melukis, membuat gerakan dan mencipta sesuatu.
Impulsif 
atau 
Reflektif
Pelajar yang impulsif bertindak secara spontan manakala pelajar yang reflektif berfikir sebelum bertindak.

Pembelajaran Abad Ke-21

Dalam meniti abad ke 21, kemahiran pedagogi menuntut seseorang guru memiliki kemahiran pembelajaran dan inovasi (Learning and innovation skills), kemahiran maklumat, media dan teknologi

(Information, media and technology skills) dan kemahiran hidup dan kerjaya (Life and career skills). Selain itu terdapat pelbagai elemen yang perlu diberi perhatian dalam menguasai kemahiran abad ke-21 ini. Elemen-elemen tersebut adalah seperti yang berikut;
  • Kreativiti dan Inovasi (Creativity and Innovation)
  • Pemikiran kritis dan Penyelesaian Masalah (Critical Thinking and Problem Solving)
  • Komunikasi dan Kolaborasi (Communication and Collaboration)
  • Literasi Maklumat (Information Literacy)
  • Literasi Media (Media Literacy)
  • Literasi Teknologi, Maklumat dan Komunikasi (TMK) (ICT (Information,Communications and Technology) Literacy)
  • Fleksibiliti dan mempunyai keupayaan menyesuaikan diri (Flexibility and Adaptability)
  • Berinisiatif dan Mempunyai Haluan Diri (Initiative and Self-Direction)
  • Kemahiran Sosial dan Antara-Budaya (Social and Cross-Cultural Skills)
  • Produktiviti dan Akauntabiliti (Productivity and Accountability)
  • Kepimpinan dan Tanggungjawab (Leadership and Responsibility)
Dalam kita melihat kemahiran yang perlu ada bagi seorang guru, penting juga kita mengetahui ciri-ciri guru abad ke-21. Antara ciri-ciri guru yang diperlukan bagi memenuhi kehendak Falsafah Pendidikan Negara adalah seperti berikut;
  • menguasai subjek (kandungan kurikulum)
  • mahir dan bertrampilan dalam pedagogi (pengajaran & pembelajaran)
  • memahami perkembangan murid-murid dan menyayangi mereka
  • memahami psikologi pembelajaran (cognitive psychology)
  • memiliki kemahiran kaunseling
  • menggunakan teknologi terkini
 Manakala ciri-ciri pelajar abad ke-21 pula merangkumi pelbagai aspek iaitu;
• Berupaya membuat hubung-kait
• Bijak menyoal
• Yakin berkomunikasi
• Mengambil risiko
• Dahagakan ilmu
• Ingin tahu
• Menjana idea
• Fleksibel
• Tidak berputus asa
• Mendengar dan membuat refleksi
• Berkemahiran kritis
• Menguasai kemahiran literasi
• Berani mencuba
• Mampu berfikir sendiri
• Membuat inisiatif
• Mampu bekerja dengan orang lain
• Membuat perubahan
• Berintegriti
• Berkeperibadian tinggi

Bentuk pengajaran dan pembelajaran ini perlu dipraktikkan demi meneruskan kelangsungan pendidikan bertaraf dunia.

Kaedah Amali

Kaedah amali juga dikenali sebagai kaedah bengkel. Menurut Zol Azlan (2000), kaedah amali boleh didefinisikan sebagai seorang, sepasang ataupun sekumpulan kecil pelajar dibekalkan dengan alatan untuk menjalankan kerja amali. Guru yang menggunakan kaedah ini, bertindak sebagai fasilitator, pelajar akan menjalankan kerja-kerja amali manakala guru hanya memainkan peranan sebagai pemerhati dan juga membimbing.

Teknik simulasi

Teknik Simulasi merupakan satu situasi yang diwujudkan untuk menyerupai keadaan sebenar dengan cara menggunakan masalah atau kejadian atau peristiwa yang benar wujud dalam kehidupan seharian untuk diselesaikan di dalam keadaan terkawal dan selamat.  Simulasi membolehkan seorang guru menyampaikan secara olok-olok mengenai sesuatu pengalaman yang benar jika sebenarnya dilakukan akan menelan belanja yang besar, memakan masa, merbahaya atau rumit. Salah satu kaedah yang baik untuk menjalankan simulasi ialah dengan menggunakan komputer.

Kaedah Koperatif

Unsur- unsur pembelajaran koperatif ialah 
  1. murid terlibat dalam memberi penerangan kepada rakan. Ahli berinteraksi diantara satu sama lain untuk mewujudkan persefahaman dan kemajuan
  2. murid bekerja sebagai satu kumpulan untuk menyelesaikan satu masalah. Ahli kumpulan bergantung secara positif.
  3. murid belajar secara aktif danbukan hanya bergantung kepada guru. Ahli kumpulan bertanggungjawab untuk pencapaian pembelajaran kumpulan.
  4. murid tidak terlalu bergantung kepada guru untuk menyelesaikan masalah. Ahli berusaha untuk menyumbangkan idea dan pendapat untuk menyelesaikan masalah atau tugasan yang diberikan.
  5. Ahli harus menguasai dan mengamalkan kemahiran sosial seperti ikut giliran,memberi galakan,mendengar,memberi pertolongan,memberi penjelasan untuk membolehkan kumpulan berfungsi dengan efektif.
  6. Ahli kumpulan menilai kembali usaha mereka serta kemajuan dari segi pencapaian matlamat.

Kaedah Kaedah Inkuiri (Penemuan)

Kaedah Inkuiri (Penemuan) yang menekankan kepada 5 prosedur iaitu : 
P1- Kenal pasti masalah 
P2- Rancang penyelesaian 
P3- Kumpul maklumat 
P4- Buat tafsiran 
P5- Buat kesimpulan

 

Pengunjung Blog

Flag Counter

Ahli Blog

Apps Pembelajaran

TRAFIK