Test Footer

Fasa Pra-penerbitan

Pra-penerbitan atau Pra-produksi adalah mekalukan kerja-kerja menulis skrip dan perancangan yang perlu dalam penyediaan skrip untuk rakaman. Pelbagai kerja yang dilakukan dalam fasa ini, iaitu:

1. SINOPSIS 
2. TREATMENT atau OLAHAN CERITA
3. SKRIP 
4. PEMILIHAN PELAKON 
5. RECEE 
6. BELANJAWAN 
7. JADUAL PENGGAMBARAN 
8. SKRIP PENGGAMBARAN dan STORYBOARD 
9. PEMBINAAN SET 
10. PENYEDIAAN KOSTUM atau PAKAIAN 
11. SOLEKAN 

SINOPSIS Sinopsis merupakan maklumat ringkas yang padat dan jelas. Sinopsis yang baik ialah diantara 30-50 patah perkataan dan yang kurang baik melebihi 100 patah perkataan. Sinopsis ini ditulis dalam satu perenggan sahaja. 

Contoh: Forbidden Kingdom merupakan sebuah filem aksi, fantasi, pengembaraan dan lucu. Ia mengisahkan seorang remaja Amerika bernama Jason di abad ke-21 yang amat meminati filem kung fu. Secara tidak sengaja Jason telah terjumpa sebatang tongkat unik yang telah membawanya terlibat dalam satu pengembaraan di era 500 tahun dahulu. 

TREATMENT/ OLAHAN CERITA Ia merupakan satu pengisahan yang lengkap mengenai satu-satu cerita dari kaca mata seorang tukang cerita tanpa sebarang dialog. Olahan cerita ini menggunakan kaedah adegan demi adegan. Mereka yang membaca akan merasa kesan yang sama seperti menonton cerita tersebut. Olahan cerita biasanya untuk filem atau drama satu jam, olahan cerita atau treatment panjangnya dari 40 hingga 60 muka surat. 

Contoh: Waktu siang hari - Long Shot dan Pan. Kita dilihatkan kawasan ladang kelapa sawit yang luas tetapi sebahagiannya ditutupi semak. Kedengaran bunyi anjing dari jauh. Kita lihat anjing dan seorang lelaki Cina melangkah sungai dengan memijak batu-batu di dalamnya. Bunyi anjng semaki n ganas membawa pemburu ke arah sebuah bungkusan. Kamera bergerak ke sebalik bungkusan guni yang besar menampakkan anjing dan pemburu meluru ke arah bungkusan tersebut...... 

SKRIP  Merupakan idea yang dikembangkan menjadi isu dan persoalan. Ia berfungsi untuk memenuhi sesuatu tujuan dengan menggunakan sesuatu jenis media. Skrip dihasilkan oleh penulis skrip. Penulisan sesebuah skrip berlaku berulang kali sehingga diluluskan untuk diterbitkan. Biasanya penerbit akan membeli terus skrip dan mengubah bahagian tertentu jika perlu. 

Sumber idea untuk skrip:

  • Pengalaman sendiri 
  • Pengalaman orang lain 
  • Pembacaan pelbagai bahan 
  • Menonton 
Bentuk Idea - Merupakan cetusan desakan fikiran mengenai sesuatu. Pelbagai bentuk idea:

  • IDEA TERPENDAM, iaitu idea yang tidak aktif. Setiap manusia mempunyai idea ini yangmana ia tidak berkembang. 
  • IDEA TERPERAM, iaitu idea yang masih berlegar dalam fikiran secara aktif yang dicadangkan untuk dilahirkan menjadi skrip. 
  • IDEA LAHIRIAH, iaitu idea yang telah dilahirkan di atas kertas. 
RECEE/ MENINJAU LOKASI Ia merupakan proses mencari tempat yang sesuai untuk penggambaran video atau filem. Tujuan recee ialah 

  • Untuk meminta kebenaran pihak tertentu untuk membuat rakaman di lokasi-lokasi tertentu. 
  • Menentukan arah cahaya matahari yang penting untuk subjek rakaman di luar dan dalam. 
  • Menentukan pencahayaan yang perlu di lokasi berkenaan. 
  • Menentukan plug point yang mencukupi terutama untuk lampu-lampu penggambaran. 
  • Untuk mengetahui bunyi-bunyi yang tidak diperlukan di lokasi berkenaan. 
  • Untuk mengetahui perkara-perkara tertentu dari masyarakat tempatan di mana penggambaran akan diadakan. 
BELANJAWAN - Pelbagai kos perlu diambil kira sepanjang proses penghasilan video. 

SKRIP PENGGAMBARAN - Skrip Penggambaran dibuat oleh Pengarah berdasarkan treatment atau lakon layar yang ditulis oleh penulis skrip. - Skrip penggambaran ditulis mengikut BABAK, URUTAN dan NOMBOR. 

STORYBOARD - Satu siri lakaran lukisan yang memaparkan komposisi dalam sesuatu penerbitan filem atau video. Ia mengandungi imej atau visual, diskripsi ringkas berkaitan visual dan shot-shot kamera. - Pengarah berbincang dengan pelukis untuk menterjemahkan skrip penggambaran ke bentul storyboard. Salah satu faktor diperlukan storyboard ialah untuk memudahkan pengarahan dan juga penyuntingan.

PEMBINAAN SET dan PROPS - Pembinaan set diketuai oleh Pengarah Seni atau Pereka Set. - Sebelum set dibina ia terlebih dulu dilukis - Model juga dibina. - Pembinaan set mengambil kira kedudukan kamera dan penataan lampu. - Bahagian props juga membuat persediaan terhadap hiasan set dengan nasihat Pengarah Seni. - Pengarah Seni bertanggung jawab berkaitan pemilihan PERABOT, PROPS, dan perhiasan set serta tempat untuk meletakkannya. - Props yang tidak boleh dibeli atau disewa akan dibuat sendiri.

MENYEDIAKAN KOSTUM - Kostum direka oleh pereka kostum sebelum penggambaran. - Pereka kostum berbincang dengan Pengarah Seni dan Pengarah Fotografi berkaitan aksesori dan kostum dari sudut warna dan fesyen. - Pereka kostum akan mereka kostum dengan mengambil kira sejarah, masa, lokasi, cuaca dan suasana keseluruhan. - Semua senarai pakaian dan aksesori untuk setiap babak dipegang oleh Pereka Kostum. - Ukuran pelakon-pelakon juga diambil untuk tujuan mereka kostum yang akan dipakai. - Kostum ada yang dibuat, dibeli, disewa, atau didapati dari pihak penaja. - Semasa penggambaran Pereka Kostum akan berbincang dengan Penjaga Kesinambungan(atau contigirl) untuk memastikan kesinambungan kostum adalah betul untuk setiap babak.

SOLEKAN - Jurusolek akan berbincang dengan Pengarah dan Pengarah Seni berkaitan solekan para pelakon. Terdapat tiga(3) katogori solekan iaitu; - Solekan langsung - Solekan watak - Solekan Kesan Khas. SOLEKAN LANGSUNG - Solekan langsung berkaitan aspek personaliti khususnya dilakukan di muka. SOLEKAN WATAK - Solekan watak menukarkan pelakon kepada orang yang berlainan seperti menambah janggut. SOLEKAN KESAN KHAS - Solekan atau make up katogori ini merangkumi bidang yang luas bergantung kepada keperluan watak yang dilakonkan. - Solekan khas merupakan yang lebih sukar seperti kuku tumbuh dari jari dan menjadikan orang yang kurus kepada gemuk.

0 comments:

Post a Comment

 

Pengunjung Blog

Flag Counter

Ahli Blog

Apps Pembelajaran

TRAFIK