Test Footer

Showing posts with label Media Pengajaran. Show all posts
Showing posts with label Media Pengajaran. Show all posts

25 June 2016

Whatsaap dalam pnp

Penggunaan teknologi maklumat dan telekomunikasi memberi impak pada kehidupan manusia. Ianya merupakan tren terkini pada masa sekarang.

Berdasarkan kajian, penggunaan teknologi di dalam industi pengajaran merupakan suatu respons positif kepada dunia pengajaran dan pembelajaran.

Penggunaan Whatsapp sebagai medium berbicara menjadi-jadi sekarang. Bukan setakat perbualan secara santai malah terdapat perkumpulan profesional menggunakan Whatsapp sebagai medium untuk bertukar-tukar pendapat. Ramai juga sekarang menggunakan medium ini dalam urusniaga, pembelajaran dan sebagainya.

Bagaimana aplikasi ini boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran?

Perbincangan secara berkumpulan berdasarkan topik tertentu mudah dijalankan. Pelbagai bentuk penyampaian nota/ komen dapat digunakan. Admin fikir, langkah berikut boleh dijalankan:


  1. Create WhatsApp Group dengan nama yang sesuai.
  2. Admin daftar para ahli.
  3. Moderator/ Guru berikan rangsangan berbentuk tema/ topik perbincangan seperti teks/ gambar/ video.
  4. Buka persoalan - mungkin sesuai dalam persoalan berbentuk metakognitif.
  5. Perbincangan yang berlaku perlu mendapat maklum balas dari moderator.
  6. Akhiri dengan kenyataan kesimpulan/ pandangan.
Sekadar cadangan. Mungkin ada idea lain. 

07 October 2014

Fotografi dalam Pendidikan

Gambar foto atau fotograf adalah  merupakan suatu sumber pengajaran pembelajaran yang digunakan oleh guru dan pelajar.  Foto  dapat mempengaruhi keberkesanan proses pengajaran pembelajaran di bilik darjah sekiranya digunakan dengan betul dan sistematik. Foto adalah dianggap sebagai media pengajaran apabila digunakan untuk membawa maklumat (mesej) dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Foto adalah sebagai suatu media atau  medium yang bermaksud  'antara'. Dalam proses komunikasi, sesuatu maklumat dihantar kepada penerima melalui satu perantaraan yang dikenali sebagai media. Proses komunikasi berlaku di dalam bilik darjah, antara guru dan pelajar.


Kenapa Perlu Foto dalam Pendidikan?

Manusia menggunakan pelbagai deria yang ada untuk tujuan pembelajaran dan ingatan. Deria yang ada pada manusia ialah pancaindera kita iaitu mata (lihat), telinga (dengar), lidah (rasa), hidung (bau) dan kulit (sentuhan). Disamping itu manusia menggunakan mulut untuk berkata-kata (bercakap). Menurut kajian, manusia dikatakan dapat mengingat apa yang dipelajari:

10% daripada apa yang mereka baca,
20% daripada apa yang mereka dengar,
30% daripada apa yang mereka lihat,

Sekiranya perbuatan di atas digabungkan, maka peratus ingatan manusia dikatakan akan bertambah:

50% daripada apa yang mereka lihat dan dengar,
70% daripada apa yan mereka tulis dan cakap,
90% daripada apa yang mereka cakap dan lakukan.

Gabungan pelbagai deria atau pancaindera membolehkan manusia menambah kekuatan daya ingatan mereka dan mengekalkan ingatan tersebut dalam jangka waktu tertentu sama ada ingatan jangka pendek atau ingatan jangka panjang. Apa hubungannya dengan foto? Foto adalah suatu media yang membolehkan manusia menggunakan deria mata untuk melihat dan sumbangan foto bagi menambah ingatan manusia ialah pada tahap 30%. Oleh itu, foto adalah begitu penting dalam proses pembelajaran manusia untuk mengingat sesuatu perkara atau ilmu.

Pepatah China lama ada menyatakan:

"What I hear, I forget; 
What I see, I remember; 
What I do, I understand."

Pepatah ini menunjukkan bahawa foto memainkan peranan penting kepada manusia dalam proses mengingat sesuatu perkara atau fakta.


Peranan Foto dalam Pendidikan

Penggunaan foto dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah oleh guru dapat menarik perhatian pelajar kepada isi kandungan subjek yang diajar dan mengembangkan minat mereka kepada subjek tersebut. Peranan foto di sini adalah untuk menyediakan suatu persekitaran pembelajaran yang dapat sekali gus dapat meningkatkan penerimaan idea dalam isi kandungan yang disampaikan. Peranan foto di sini adalah dapat menggabungkan pengalaman konkrit pelajar bagi memudahkan mereka memahami konsep yang abstrak.

25 August 2011

Apa istilah yang sesuai????

Salam sejahtera,

Sudah seminggu saya letakkan undian tentang apa istilah yang sesuai :
  • Alat Bantu Mengajar
  • Bahan Bantu Mengajar
  • Media Pengajaran
  • Media Pembelajaran
  • Media Pengajaran dan Pembelajaran
Undian setakat ini memihak kepada Bahan Bantu Mengajar. Mungkin sebutan ini biasa didengar atau disebut oleh pensyarah atau guru-guru di sekolah. Dalam rekabentuk pengajaran, media diistilahkan sebagai saluran komunikasi antara pengirim dan penerima yang boleh merangsang fikiran, minat, tumpuan yang boleh mengakibatkan perubahan tingkah laku. Secara umum juga disebut MEDIA MASSA bukan  'BAHAN MASSA'. Media massa membawa maksud medium yang digunakan untuk menyampaikan berita secara meluas kepada umum. Tetapi di sekolah masih kekal menyebut bahan bantu mengajar.

Pendidikan dalam era teknologi disesuaikan dengan mengintegrasikan ICT dalam semua mata pelajaran, tugas guru sudah menjadi fasilitator, bukan sebagai pakar berpidato di depan kelas. Dengan kata lain, istilah sage on stage tiada lagi tetapi menjadi Guide on side. Bermakna ICT menjadi media pengganti guru dengan pembelajaran berasaskan PPBK. Pada ketika itu, bahan bukan menjadi pembantu guru, tetapi media mengambil alih tugas pengajaran dan pembelajaran. Pembelajaran menggunakan pelbagai media: video, audio, animasi, teks, grafik dan sebagainya menjadikan pembelajaran lebih mudah difahami, menarik minat kerana media tersebut merangang pelbagai pancaindera murid-murid. Pembelajaran bukan lagi teacher centered tetapi lebih kepada student centered.

Dengan jelasnya maksud media berbanding bahan, rasanya media pembelajaran atau media pengajaran dan pembelajaran lebih sesuai.
>>>Sama-sama difikirkan.












14 August 2011

Media Pengajaran Dan Pelajar

Fungsi utama media pengajaran adalah bagi memudahkan para pelajar memahami isi pengajaran dan mencapai objektif pengajaran guru. Media pengajaran yang berkesan haruslah dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran justeru  itu, guru-guru yang mempunyai daya kreativiti, bijak memilih bahan yang sesuai sama ada bahan yang digunakan bahan elektronik atau bukan elektronik, dan  mengaplikasikan kaedah pengajaran yang terbaik. 

Antara perkara penting yang perlu diperhatikan ialah sejauh manakah alat berkenaan dapat memberi manfaat kepada guru dan pelajar-pelajar. Keberkesanan Bahan Bantu Mengajar bukan sahaja ditentukan oleh kualitinya tetapi juga oleh teknik penggunaannya dalam situasi bilik darjah. 

Terdapat berbagai bentuk media yang boleh digunakan seperti peralatan elektronik: komputer, televisyen, radio dan sebarang alat audio video. Peralatan bukan elektronik  juga berkesan seperti peta, carta, surat khabar, bahan manipulatif, tangram, papan paku, bongkah kayu dan sebagainya. Yang penting adalah bagaimana media tersebut dapat memberi kesan yang baik kepada pelajar sehingga perubahan dari segi kognitif dan tingkah laku berlaku. Penggunaan media pengajaran dapat mengatasi masalah seperti disiplin pelajar, kekurangan masa, kawalan kelas, dan kurang minat pelajar terhadap pengajaran guru. Media pengajaran bukan sahaja dapat meningkatkan rasa ingin tahu di kalangan pelajar, bahkan dapat menambahkan variasi kepada teknik pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.

Menurut Yusup Hashim (1977), dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah, pelbagai media pengajaran digunakan sebagai satu cara untuk menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan berkesan. Mok Soon Sang (1996), pula mengatakan bahawa penggunaan media pengajaran dalam proses pengajaran adalah amat penting. Ini kerana ia dapat membantu guru menyampaikan pengajaran dengan mudah, cepat serta menarik. Media pengajaran yang disediakan mestilah bersesuaian dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Manakala isi kandungan haruslah tepat dan berkait rapat dengan topik yang hendak diajar.

Pada amnya, cara menggunakan media pengajaran hendaklah diuruskan dengan betul dan cekap supaya pelajar dapat memahami dan mengekalkan konsep atau fakta matematik dalam ingatan mereka. Selain sebagai bahan tambahan kepada penyampaian pengajaran secara lisan oleh guru, penggunaan media pengajaran sebenarnya turut memberi peluang kepada pelajar memperolehi pengetahuan melalui penggunaan pelbagai deria, iaitu deria penglihatan, deria sentuh, dan deria pendengaran. Sebagai contoh media pengajaran untuk pengajaran dan pembelajaran matematik termasuklah:
  1. Bahan-bahan pembilang seperti manik-manik berwarna, blok-blok kayu pelbagai    bentuk, penyedut minuman, butang, kayu aiskrim dan sebagainya.
  2. Bahan berbentuk kertas seperti kad, carta, kertas graf dan sebarang kertas.
  3. Alat-alat pengukuran seperti cawan mainan, tin dan botol.
  4. Alat permainan dan teka teki matematik.
  5. Alat elektronik seperti computer, kalkulator dan internet
  6. Model-model pertalian geometri seperti papan paku atau geoboard,
  7. Tangram, model geometri kayu ataupun plastik.

Ciri-ciri Video Yang Berkesan Untuk Pnp

Era teknologi ICT memberikan kelebihan kepada pendidikan untuk memberikan yang terbaik dalam ruang pembelajaran. Penggunaan video sebagai media pengajaran memberikan satu pengalaman baru kepada sebilangan pelajar. Media video sama ada ditayangkan melalui LCD atau dipancarkan terus melalui televisyen dapat membawa pelajar ke mana-mana sahaja, terutama sekali jika tempat atau peristiwa yang ditayangkan itu terlalu jauh untuk dilawati, atau merbahaya. Dengan penayangan video, pelajar dapat merasa seolah-olah mereka berada atau turut serta dalam suasana yang digambarkan.

Sebagai contoh, proses penjanaan elektrik dapat ditunjukkan kepada pelajar melalui video. Ianya dapat membantu pelajar membayangkan cara kerja stesen janakuasa elektrik di samping memberi pengalaman kepada para pelajar secara visual. Menurut Norizan (2002) di dalam Norhaziana (2005), beliau menyatakan bahawa sesuatu media berbentuk simulasi adalah perisian yang memberi gambaran situasi sesuatu keadaan. Pengguna akan seolah-olah berada di tempat kejadian dan boleh bertindak balas terhadap keadaan tersebut.

Video juga dapat memanipulasi masa samada mempercepatkan waktu (Contoh: percambahan biji benih) atau melambatkan waktu (Contoh: memperlahakan pergerakan proses seperti mesin). Video juga dapat membantu dalam mengubah sikap seseorang pelajar dengan menarik minat mereka sewaktu mengikuti pembelajaran. 

Disebabkan video memaparkan imej sebenar berbanding animasi, ianya lebih "dipercayai" terutama di kalangan kanak-kanak. Seringkali video digunakan sebagai agen pemujuk  (persuasive) dan ianya lebih berkesan jika dibandingkan dengan kaedah syarahan. Sebagai contoh dalam mengajar pelajar mengenai gula dalam diet. Contoh yang menunjukkan kesan daripada mengambil makanan yang mengandungi terlalu banyak gula dapat membantu pelajar mengubah sikap untuk mengurangkan pengambilan gula dalam diet mereka.

Bagaimanakah yang dikatakan video yang berkesan untuk pnp?
  1. Video yang digunakan hanya untuk tempoh 3-5 minit tetapi mencakupi kandungan yang perlu.
  2. Video yang terus fokus kepada kandungan pengajaran
  3. Berlatarbelakangkan muzik yang sesuai dan mempunyai kesan bunyi sesuai dengan paparan.
  4. Gambar jelas dengan syot yang boleh menjelaskan imej.
  5. Tiada gangguan iklan, perkataan atau simbol yang tidak relevan
  6. Berwarna, bunyi audio dan plot yang mudah.

30 July 2011

Guru dan Kreativiti

Kreativiti dan inovasi selalu diwar-warkan oleh kerajaan dalam segenap aspek. KIK dan inovasi dinobatkan sebagai satu cara penyelesaian pengurusan peringkat organisasi malah boleh dilanjutkan sehingga ke peringkat yang lebih luas.


Sebagai seorang guru, anda seharusnya selalu berinovasi dan kreatif untuk klien anda (murid-murid). Sekarang ni nazir sedang observe bakal guru-guru cemerlang dan salah satu aspek yang dinilai adalah inovasi, kreativiti dan penulisan. Seseorang guru seharusnya mengetahui banyak perkara tentang penghasilan media dan jangan hanya pandang komputer sahaja sebagai media utama anda. Seseorang guru harus kreatif dalam menarik minat pelajarnya. Selalu guna LCD/laptop pun, pelajar jemu jugak tengok apalagi kalau masih format yang sama (Powerpoint) sudah tentunya tiada apa yang menariknya. Guru-guru yang kreatif akan guna apa sahaja yang ada, tak semestinya dibeli. Biji saga, lidi, batu-batu kecil boleh dijadikan pembilang, botol mineral dijadikan terrarium, potongan akhbar + belon dijadikan topeng, setoking sebelah (basuh dulu) dijadikan puppet dan macam-macam lagi. Terkini sedikit, rajin cari bahan dalam internet - Google, Youtube, Scholar, panoramio dll.

Bagaimana nak hasilkan media yang berkesan???

Mudah je..banyak model yang boleh digunakan untuk penghasilan bahan seperti ASSURE, ADDIE dll.Latih diri menggunakan model ni. Kebanyakan model penghasilan media terutama yang berasaskan kepada bilik darjah bersandarkan kepada 6 bidang:  
  1. Menentukan keperluan pelajar
  2. Menentukan matlamat dan objektif
  3. Membina prosedur penilaian
  4. Mereka bentuk dan memilih strategi penyampaian
  5. Mencuba sistem pengajaran
  6. Menilai keseluruhan sistem
    Maknanya, segala media yang nak dihasilkan perlu memikirkan bagaimana pelajar anda (Dah diterangkan dalam kuliah- Psikologi trait/gaya pembelajaran/l.belakang dll). Jangan lupa objektif pnp dan seterusnya.. Dalam pembinaan media, terdapat 3 kaedah:
    1. Buat sendiri
    2. Ubahsuai media sedia ada
    3. Beli
    Semua perkara di atas ada prosedur masing-masing (telah dikuliahkan) Jadi terpulang pada guru bagaimana membentuk media pnpnya.

    OK. Bagi pelajar H2 dan H3 PISMP, dah siap bahan 3D anda? Saya harapkan semua kumpulan perlu bertanggungjawab menyiapkannya. 2 kumpulan telah siap dan letakkannya di dalam display cabinet. Semua pelajar boleh tengok dan nilai. Nampak cantik dan kreatif. Kalau ada masa, saya akan postkan dalam blog ni. Cepat hantar supaya media anda juga tersiarrr..

    Selamat Maju Jaya.

    25 July 2011

    Media Pengajaran

    Konsep Media dan Media Pengajaran.
    Media atau medium bermakna saluran komunikasi atau juga perantara. Maksud asal merujuk kepada pembawa maklumat seperti filem, televisyen, radio, rakaman audio, gambar foto, bahan bercetak, komputer dan pengajar.

    Heinich (2002), media digunakan untuk membantu proses komunikasi.
    Pervicel dan Elington (1984) Membahagikan media kepada dua:
    –Pelbagai Alatan Fizikal Teknologi Pendidikan
    Perkataan bercetak, filem, pita, pring hitam, slaid dan kombinasi di antaranya.
    –Pelbagai Saluran Komunikasi Media
    Surat khabar, radio dan televisyen

    Reiser dan Gagne (1983)
    Mendefinisikan media sebagai sebarang cara fizikal yang membolehkan mesej pengajaran disampaikan.
    Guru, pengajar, bahan bercetak, persembahan slaid bersuara dan seumpamanya yang boleh menyampaikan mesej digolongkan sebagai media.

    Konsep media menurut Torkleson
    a) Mesej: lsi kandungan, apa sahaja yang terkandung dalam media sama ada mesej berbentuk memberitahu, menaikkan semangat dan lain-lain yang dianggap sebagai mesej yang ingin disampaikan.

    b) Bentuk Mesej: lbagaimana mesej disimpan, terangkum dalam satu ruang yang luas, bermula dari bentuk
    bahan sebenar hingga ke bentuk yang abstrak. Mesej boleh disimpan dalam bentuk perkataan, lisan, gambar, objek, simbol dan lain-lain.

    c) Saluran Mesej:
    lperalatan fizikal sama ada berbentuk elektrikal atau mekanikal yang membolehkan
    mesej dipersembahkan kepada pelajar seperti televisyen, projektor filem, projektor LCD
    dan sebagainya.

    Media Pengajaran
    Menurut Heinich (2002), jika media membawa mesej tentang pengajaran, maka media digelar sebagai media pengajaran. Menurut Kemp dan Semellie (1994), media pengajaran sebagai audio visual dan bahan-bahan yang berkaitan dengannya yang berfungsi dalam pelaksanaan sesuatu pengajaran.

    Definisi Media Pengajaran.
    lMedia pengajaran adalah segala sesuatu yang dapat digunakan untuk menyalurkan pesanan daripada pengirim kepada penerima sehingga dapat merangsang fikiran, perasaan, minat serta perhatian pelajar dan seterusnya terjadi proses pembelajaran. Dari sudut penggunaan media pengajaran, Ngui Kuan Sang (1989), berpandangan bahawa ia adalah satu pengalaman yang melibatkan penggunaan penglihatan dan /atau pendengaran seseorang serta teknik-teknik pengajaran, termasuk proses pengalaman, persediaan dan perasaan. Ini bermakna ia adalah satu proses pengalaman yang total.

    Fungsi Media Pengajaran (MP)
    Kelebihan MP
    1. Memperjelaskan Penyampaian Mesej, adalah lebih berkesan jika perkataan disertakan dengan gambar atau simbol yang lebih konkrit maknanya. Dengan media, segala simbol, verbal yang abstrak, dapat dijelaskan. Dengan teknologi komputer, penjelasan lebih berkesan dan menarik seperti penggunaan animasi, bunyi dan muzik.
    2. Mengatasi Batasan Ruang, Waktu dan Pancaindera, contoh;
    i.Objek yang terlalu besar atau kecil boleh digantikan dengan model, gambar, transparensi, filem atau video.
    ii.Gerak yang terlalu lambat atau terlalu cepat dapat dibantu dengan timelapse atau high-speed photography.
    iii.Kejadian yagn berlaku pada masa lalu dapat ditampilkan dalam bentuk filem, gambar foto atau pun lisan.
    iv.Objek yang terlalu kompleks dapat ditunjukkan dalam bentuk model, gambar rajah dll.
    v.Konsep yang terlalu luas atau abstrak dapat divisualkan.
    3. Penggunaan Media Pengajaran Secara Betul dan Bervariasi, akan dapat mengatasi sikap pasif pelajar kerana ia boleh menimbulkan minat, meningkatkan interaksi dan kefahaman pelajar tentang realiti. Pelajar boleh belajar kendiri

     

    Pengunjung Blog

    Flag Counter

    Ahli Blog

    Apps Pembelajaran

    TRAFIK