Fungsi utama media pengajaran adalah bagi memudahkan para pelajar memahami isi pengajaran dan mencapai objektif pengajaran guru. Media pengajaran yang berkesan haruslah dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran justeru itu, guru-guru yang mempunyai daya kreativiti, bijak memilih bahan yang sesuai sama ada bahan yang digunakan bahan elektronik atau bukan elektronik, dan mengaplikasikan kaedah pengajaran yang terbaik.
Antara perkara penting yang perlu diperhatikan ialah sejauh manakah alat berkenaan dapat memberi manfaat kepada guru dan pelajar-pelajar. Keberkesanan Bahan Bantu Mengajar bukan sahaja ditentukan oleh kualitinya tetapi juga oleh teknik penggunaannya dalam situasi bilik darjah.
Terdapat berbagai bentuk media yang boleh digunakan seperti peralatan elektronik: komputer, televisyen, radio dan sebarang alat audio video. Peralatan bukan elektronik juga berkesan seperti peta, carta, surat khabar, bahan manipulatif, tangram, papan paku, bongkah kayu dan sebagainya. Yang penting adalah bagaimana media tersebut dapat memberi kesan yang baik kepada pelajar sehingga perubahan dari segi kognitif dan tingkah laku berlaku. Penggunaan media pengajaran dapat mengatasi masalah seperti disiplin pelajar, kekurangan masa, kawalan kelas, dan kurang minat pelajar terhadap pengajaran guru. Media pengajaran bukan sahaja dapat meningkatkan rasa ingin tahu di kalangan pelajar, bahkan dapat menambahkan variasi kepada teknik pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.
Menurut Yusup Hashim (1977), dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah, pelbagai media pengajaran digunakan sebagai satu cara untuk menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan berkesan. Mok Soon Sang (1996), pula mengatakan bahawa penggunaan media pengajaran dalam proses pengajaran adalah amat penting. Ini kerana ia dapat membantu guru menyampaikan pengajaran dengan mudah, cepat serta menarik. Media pengajaran yang disediakan mestilah bersesuaian dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Manakala isi kandungan haruslah tepat dan berkait rapat dengan topik yang hendak diajar.
Pada amnya, cara menggunakan media pengajaran hendaklah diuruskan dengan betul dan cekap supaya pelajar dapat memahami dan mengekalkan konsep atau fakta matematik dalam ingatan mereka. Selain sebagai bahan tambahan kepada penyampaian pengajaran secara lisan oleh guru, penggunaan media pengajaran sebenarnya turut memberi peluang kepada pelajar memperolehi pengetahuan melalui penggunaan pelbagai deria, iaitu deria penglihatan, deria sentuh, dan deria pendengaran. Sebagai contoh media pengajaran untuk pengajaran dan pembelajaran matematik termasuklah:

- Bahan-bahan pembilang seperti manik-manik berwarna, blok-blok kayu pelbagai bentuk, penyedut minuman, butang, kayu aiskrim dan sebagainya.
- Bahan berbentuk kertas seperti kad, carta, kertas graf dan sebarang kertas.
- Alat-alat pengukuran seperti cawan mainan, tin dan botol.
- Alat permainan dan teka teki matematik.
- Alat elektronik seperti computer, kalkulator dan internet
- Model-model pertalian geometri seperti papan paku atau geoboard,
- Tangram, model geometri kayu ataupun plastik.
0 comments:
Post a Comment