Test Footer

Showing posts with label Penyelidikan dan inovasi. Show all posts
Showing posts with label Penyelidikan dan inovasi. Show all posts

27 June 2016

Teori Kecerdasan Pelbagai Untuk Gaya Pembelajaran EDU3105

Penyediaan dan perancangan reka bentuk pengajaran terutama yang berasaskan kepada Model ASSURE memerlukan pertimbangan dari aspek gaya pembelajaran murid-mnurid. Penentuan objektif, pemilihan kaedah dan media serta aktiviti yang bakal dirancang perlu mempertimbangkan gaya pembelajaran. Terdapat pelbagai teori yang dikemukakakan berkaitan gaya pembelajaran

26 June 2016

Model Gaya Pembelajaran Dunn dan Dunn


Model Gaya Pembelajaran oleh Dunn dan Dunn menyatakan gaya pembelajaran seseorang pelajar bergantung kepada unsur-unsur yang disukainya di bawah lima stimulus yang ditunjukkan dalam Jadual 1.2.1 di bawah.

Model Gaya Pembelajaran Dunn dan Dunn
Stimulus
Unsur
Ciri-ciri
1.
Alam Sekitar
Bunyi
Suka belajar tanpa bising atau dengan mendengar muzik.

Cahaya
Suka belajar di tempat yang cerah atau di tempat yang kurang cahaya.

Suhu
Suka belajar di tempat yang sejuk atau panas.

Pola
Suka belajar di tempat formal yang ada kerusi dan meja atau di tempat tidak formal seperti berbaring atau duduk di atas lantai.
2.
Emosi
Motivasi
Boleh merangsang diri untuk belajar atau perlu dirangsang oleh guru.

Ketabahan
Boleh belajar dalam jangka masa yang pendek atau panjang.

Tanggung-
jawab
Bertanggungjawab untuk belajar atau perlu bimbingan oleh guru.

Struktur
Suka belajar mengikut jadual waktu atau suka belajar sekiranya lebih masa diberi untuk sesuatu mata pelajaran atau perkara.
3.
Sendiri
Suka belajar secara sendirian.
Sosiologi
Pasangan
Suka belajar secara pasangan.

Rakan
sebaya
Suka belajar dengan rakan sebaya.

Pasukan
Suka belajar dalam pasukan.

Guru
Suka belajar dengan bimbingan guru

Pelbagai
cara
Dapat belajar dengan mana-mana cara  yang tersebut di atas.
4.
Fizikal
Persepsi
Suka belajar dengan benda/perkara maujud atau abstrak  atau melalui pengalaman.

Makan
Suka atau tidak suka makan dan minum semasa belajar.

Waktu
Suka belajar sesuatu mata pelajaran pada waktu yang sesuai atau pada bila-bila masa.

Gerakan
Suka atau tidak suka bergerak semasa belajar.
5.
Psikologi
Global 
atau
Analitik
Pelajar global suka belajar secara menyeluruh; pelajar analitik suka belajar mengikut urutan dan membuat analisis.
Otak Kiri 
atau
Otak Kanan
Pelajar yang memproses maklumat menggunakan otak kiri suka belajar bahagian-bahagian bahasa, dan membuat pengiraan dan analisis;
Pelajar yang  memproses maklumat menggunakan otak kanan suka belajar secara keseluruhan, membuat sintesis, melukis, membuat gerakan dan mencipta sesuatu.
Impulsif 
atau 
Reflektif
Pelajar yang impulsif bertindak secara spontan manakala pelajar yang reflektif berfikir sebelum bertindak.

Kaedah Amali

Kaedah amali juga dikenali sebagai kaedah bengkel. Menurut Zol Azlan (2000), kaedah amali boleh didefinisikan sebagai seorang, sepasang ataupun sekumpulan kecil pelajar dibekalkan dengan alatan untuk menjalankan kerja amali. Guru yang menggunakan kaedah ini, bertindak sebagai fasilitator, pelajar akan menjalankan kerja-kerja amali manakala guru hanya memainkan peranan sebagai pemerhati dan juga membimbing.

Teknik simulasi

Teknik Simulasi merupakan satu situasi yang diwujudkan untuk menyerupai keadaan sebenar dengan cara menggunakan masalah atau kejadian atau peristiwa yang benar wujud dalam kehidupan seharian untuk diselesaikan di dalam keadaan terkawal dan selamat.  Simulasi membolehkan seorang guru menyampaikan secara olok-olok mengenai sesuatu pengalaman yang benar jika sebenarnya dilakukan akan menelan belanja yang besar, memakan masa, merbahaya atau rumit. Salah satu kaedah yang baik untuk menjalankan simulasi ialah dengan menggunakan komputer.

Kaedah Koperatif

Unsur- unsur pembelajaran koperatif ialah 
  1. murid terlibat dalam memberi penerangan kepada rakan. Ahli berinteraksi diantara satu sama lain untuk mewujudkan persefahaman dan kemajuan
  2. murid bekerja sebagai satu kumpulan untuk menyelesaikan satu masalah. Ahli kumpulan bergantung secara positif.
  3. murid belajar secara aktif danbukan hanya bergantung kepada guru. Ahli kumpulan bertanggungjawab untuk pencapaian pembelajaran kumpulan.
  4. murid tidak terlalu bergantung kepada guru untuk menyelesaikan masalah. Ahli berusaha untuk menyumbangkan idea dan pendapat untuk menyelesaikan masalah atau tugasan yang diberikan.
  5. Ahli harus menguasai dan mengamalkan kemahiran sosial seperti ikut giliran,memberi galakan,mendengar,memberi pertolongan,memberi penjelasan untuk membolehkan kumpulan berfungsi dengan efektif.
  6. Ahli kumpulan menilai kembali usaha mereka serta kemajuan dari segi pencapaian matlamat.

Kaedah Kaedah Inkuiri (Penemuan)

Kaedah Inkuiri (Penemuan) yang menekankan kepada 5 prosedur iaitu : 
P1- Kenal pasti masalah 
P2- Rancang penyelesaian 
P3- Kumpul maklumat 
P4- Buat tafsiran 
P5- Buat kesimpulan

25 June 2016

Model Gaya Pembelajaran VAK (Visual, Auditouri, Kinestetik)

Gaya VAK mengandungi tiga aspek , iaitu  gaya pembelajaran Visual , Auditori  dan  Kinestetik.

  Gaya Pembelajaran  Visual
  1. Murid belajar lebih baik dengan melihat sesuatu teks berbentuk perkataan / ayat  dalam buku , papan hitam atau paparan komputer. 
  2. Mereka lebih mengingati dan memahami arahan dan penerangan menerusi pembacaan ayat atau teks berkenaan.
  3. Murid “Visual “  tidak memerlukan penerangan lisan seperti murid “auditori”  tetapi mereka selalunya dapat belajar melalui pembacaan.
  4. Mereka selalunya menulis nota syarahan / arahan lisan jika mereka hendak mengingati sesuatu
 Gaya Pembelajaran Auditor
  1. Murid “Auditori” belajar dengan mendengar perkataan / ayat yang disebut dan juga arahan lisan.
  2. Mereka boleh mengingati penerangan melalui bacaan kuat atau menggerakkan bibir ketika membaca terutama apabila mempelajari sesuatu yang baru.
  3. Mereka dapat mengukuhkan ingatan dengan mendengar semula rakaman pita audio, mengajar murid lain dan berbincang dengan guru.
Gaya Pembelajaran Kinestetik

  1. Murid “Kinestetik” belajar dengan baik dan berkesan melalui pengalaman dan akan melibatkan diri secara fizikal dalam aktiviti di kelas.
  2. Mereka  biasanya dapat menginagti sesuatu dengan baik dan berkesan apabila melakukan aktiviti secara “hands-on”.

24 June 2016

Teknik sumbangsaran

Teknik Sumbangsaran adalah satu kaedah untuk mendapatkan alternatif penyelesaian masalah.  Ia juga dikenali sebagai percambahan fikiran di mana semua orang dalam kumpulan dapat menyumbangkan fikiran dan pendapat terhadap sesuatu topik yang dibincangkan.  Untuk membolehkan aktiviti sumbangsaran dijalankan dengan berkesan prinsip asas  sumbangsaran harus dipatuhi iaitu 
  1. Topik perbincangan hendaklah sesuai dengan kebolehan murid.
  2. Pengerusi dan pelapor kumpulan memainkan peranan untuk memastikan perjalanan aktiviti berjalan lancar.
  3. Setiap ahli diberi giliran untuk memberi pendapat atau cadangan.
  4. Semua cadangan hendaklah dicatat untuk dibincangkan secara umum.
  5. Cadangan yang kurang baik atau salah tidak boleh dikritik.
  6. Kumpulan terdiri dari murid yang pelbagai kebolehan

Pendekatan Tingkahlaku

Pendekatan Tingkahlaku menumpukan perhatian kepada pemilikan kandungan mata pelajaran.  Ia muncul dari aplikasi psikologi operan(operant psychology) yang dipelopori oleh Skinner(1974).  Pendekatan ini menggunakan penguasaan isi kandungan mata pelajaran sebagai pengukur kejayaan pengajaran. Skinner(1974) mencadangkan tiga perkara untuk interaksi antara tingkahlaku dan persekitaran iaitu ketika bila tingkahlaku berlaku, tingkahlaku itu sendiri dan aktiviti pengukuhan.  Matlamat pendekatan  ini ialah untuk membentuk tingkahlaku terakhir yang boleh diperhati dan dinilai.  Aplikasi prinsip psikologi operan ini mencipta suatu alat untuk Pendidikan Jasmani mencapai matlamat bertanggungjawab.

Kaedah Pengajaran Integrasi

Konsep :
Adalah satu cara mengorganisasikan program pengajaran supaya bahan dan kemahiran dalam kurikulum boleh disalingkaitkan dan digunakan berasakan fungsinya. Kaedah ini menyatukan topik-topik dalam kurikulum dengan pengalaman sekolah seorang kanak-kanak.

Konsep kaedah ini adalah kaedah yang berasaskan individu dan harus diamalkan dalam persekitaran pembelajaran yang bebas. Kaedah ini juga berorientasikan kaedah penyelesaian masalah.
Tujuan Kaedah.
Tujuan kaedah ini dijalankan ialah untuk mengajar murid-murid menjadi penyelesai masalah yang berdikari.Kaedah ini turut membantu murid memahami dan menghargai bahawa pembelajaran sekolah adalah saling kait dan bukit unit-unit yang tersendiri.

Menekankan proses pembelajaran dan bukannya subjek dan kemahiran spesifik.Mementingkan pembelajaran nilai sosial di mana murid-murid digalakkan bekerjasama di antara satu sama lain secara koperatif.

Peranan Guru Dalam Kaedah Pengajarn Integrasi.
Sediakan tempat dan menyediakan persekitaran di mana murid-murid dapat melibatkan diri dalam kegiatan dari segi minat, kebolehan, keperluan, personality dan motivasi. Persekitaran mestilah mesra dan bebas dari tekanan.

Menstruktur dan membimbing penerokaan kanak-kanak tetapi haruslah menggalakkan mereka berinisiatif.

Menyediakan bahan-bahan permainan yang sesuai untuk membina, mengguna, memanipulasi, mencuba, meneroka dan memerah otak.Belajar bersama murid-murid.

23 June 2016

Kaedah Projek

Professor William Kilpatrick (1871- 1965) dlm Sharani (2007) telah memperkenalkan kaedah projek ini. Kaedah projek ini diperkenalkan berlandaskan teori pembelajaran yang menyatakan bahawa hasil pembelajaran pelajar akan menjadi lebih berkesan jika pelajar sering bersedia untuk melaksanakan aktiviti pembelajaran yang dirancangkan

Kaedah Kolaboratif

Kolaboratif bermakna satu situasi di mana terdapat unsur bermuafakat serta tolak ansur di antara beberapa individu atau pihak untuk menghasilkan sesuatu yang berkesan. Maka pembelajaran kolaboratif adalah satu kaedah di mana sekumpulan murid bermuafakat serta berganding bahu untuk melakukan aktiviti pembelajaran dengan bimbingan sebaya demi untuk menuju ke arah satu matlamat.  Ahli kumpulan berbincang, merancang dan membuat persediaan untuk menyelesaikan masalah tugasan yang diberikan oleh guru.  Pembelajaran kolaboratif memerlukan semangat setiakawan, saling percaya, mempercayai dan mampu menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi.  Prinsip pembelajaran ini ialah kesebayaan, eksperimen, berinteraksi dan kepimpinan.

Kaedah Tradisional

Ia meliputi:
  • Tugasan membaca buku teks 
  • Kuliah 
  • Mengucap dengan kuat 
  • Tumpuan kepada perbendaharaan 
  • Laporan secara lisan oleh murid 
  • Mengkaji semula(riview) 
  • Ujian,kuiz dan peperiksaan

Pendekatan Humanistik

Pendekatan Humanistik menekankan perasaan seseorang itu terhadap pengalaman pembelajaran. Fokus ditumpukan kepada seseorang pelajar dan memberi peluang untuk penglibatan individu secara mendalam.  .Pembelajaran adalah melalui pengalaman.di mana pelajar digalak untuk bertindak sendiri untuk menemui sesuatu.  Pendekatan ini mementingkan pelajar sebagai individu yang berpotensi dan menitikberatkan pembangunan sosial dan emosi individu.

Mengikut Hellison (1973) dalam bukunya Humanistic Physical Education terdapat empat matlamat yang boleh menolong seseorang guru untuk membentuk cara pengajaran Pendidikan Jasmani ke arah kemanusiaan iaitu penghargaan diri(self esteem), merealisasikan diri(self-actualization), kefahaman diri(self-understanding) dan pertimbangan sosial(social consideration).

22 June 2016

Teknik main peranan

Satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan lakonan spontan mengenai sesuatu situasi atau masalah oleh sekumpulan murid yang dipilih.  Melalui aktiviti ini murid boleh mendapat gambaran dan pengalaman yang baru.  Lakonan ini dilakukan tanpa menggunakan sebarang skrip.  Ia boleh dilakukan secara berstruktur atau tidak berstruktur.

25 April 2012

Apakah perbezaan di antara Real Player dan Media Player?

Bila memainkan fail video dan audio, Media Player dan Real Player menjalankan tugasan tanpa beza. Walaupun Real Player memerlukan anda melayari laman luar untuk dimuatturunkan, Microsoft termasuk Media Player secara percuma dengan Windows. Untuk menonton pemprogaman HBN, anda memerlukan sekurang-kurangnya Media Player 9. Jika anda belum mempunyainya, jika anda memuatturunkannya secara percuma semasa anda  mengakses HBN, atau dapati ia di http://www.microsoft.com/windows/windowsmedia/download/default.asp

17 April 2012

Apakah itu nama Domain?

Nama domain adalah alamat internet yang unik, URL, sebuah laman web. Secara teknikal, ia adalah nama teks biasa, (seperti “e-rticle.com”) yang sepadan dengan nombor IP (protokol Internet) alamat komputer. Dua laman web tidak akan mempunyai nama domain yang sama, tetapi setiap komputer, bisnes atau orang boleh mendaftar atau mencipta laman web untuk sebanyak mana nama domain unik seperti apa yang mereka pilih.

19 February 2012

Pendekatan dan Strategi Pengajaran

Di dalam konteks pendidikan,konsep pendekatan bermakna cara mendekati sesuatu,misalnya objektif pelajaran yang ditentukan untuk pengajaran sesuatu mata pelajaran.Dengan perkataan lain,pendekatan merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran diajarkan berdasarkan objektifnya.

Menurut Edward M.Anthony (1963),pendekatan ialah satu set andaian yang saling berkait dengan proses pengajaran dan pembelajaran serta mempunyai unsur aksiomatik.

Berdasarkan kepada huraian Edward M.Anthony,kita boleh merumuskan bahawa pendekatan harus berlandaskan kepada model,prinsip atau prinsip atau teori pembelajaran,misalnya daripada konkrit kepada abstrak,daripada konkrit kepada abstrak,daripada mudah kepada kompleks,daripada keseluruhan kepada bahagian,daripada umum kepada spesifik(deduktif),daripada spesifik kepada umum(induktif) daripada dekat kepada jauh,daripada diketahui kepada belum diketahui.

Pendekatan adalah aksiomatik,iaitu kenyataan dianggap benar tanpa memerlukan sebarang bukti atau alasan.jika kita menggunakan cara-cara melaksanakan model,prinsip atau teori pembelajaran terhadap sesuatu pelajaran,maka model,prinsip atau teori pembelajaran boleh dijadikan sebagai suatu pendekatan dalam pelajaran yang berkenaan.

Pendek kata,pendekatan di dalam bidang pendidikan merujuk kepada satu set teori pembelajaran yang beraksiomatik dan diamalkan dalam pengajaran sesuatu mata pelajaran berdasarkan kepada objektifnya.

14 February 2012

Kaedah - Pendekatan - Teknik

Pendekatan ialah cara mendekati sesuatu mata pelajaran.  Iaitu cara bagaimana suatu mata pelajaran diajar berdasarkan objektifnya dan ia merupakan satu set teori yang sistematik. 

Kaedah pula ialah satu siri tindakan yang sistematik dengan tujuan mecapai objektif pelajaran dalam jangka masa pendek.  Kaedah mengajar ialah cara mendekati sesuatu objektif pelajaran dengan langkah penyampaian yang tersusun.  

Teknik pula ialah kemahiran guru dalam pengelolan dan pelaksanaan  kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Teknik itu apa yang dilihat dalam bilik darjah.  Kalau guru mengajar bahasa dengan menggunakan alat-alat komunikasi canggih dalam makmal bahasa, maka itu satu teknik.  Sekiranya seorang guru Pendidikan Islam mengajar pelajar menghafaz Al-Qur`an dengan mendengar bacaan dalam pita kaset, maka ini dikatakan teknik. 

Sharifah Alwiah Alsagoff (1986) mengatakan bahawa kaedah mengajar ialah peredaran ke arah satu tujuan pengajaran yang telah dirancangkan dengan teratur.  Hasan Langgulung (1981) pula mengatakan bahawa kaedah itu sebenarnya bermaksud jalan untuk mencapai tujuan.  Jadi, apa saja cara yang guru lakukan untuk memberi faham kepada pelajar bagi mencapai objektif pengajaran, maka itu adalah kaedah.  Contoh kaedah ialah kaedah kuliah, demonstrasi, Socrates, simulasi, inquiri penemuan, Forebel dan sebagainya.
Abu Saleh (1988) mengatakan bahawa kaedah itu ialah satu aktiviti pengajaran yang mengandungi langkah-langkah yang tersusun dan dalam tiap-tiap langkah itu pula mempunyai kemahiran dan latihan yang terancang.  Padanya, kaedah mengajar bukanlah tujuan utama pengajaran, tetapi ia merupakan wasilah, iaitu satu jalan untuk mencapai obektif pengajaran.
Tidak ada satu kaedah yang terbaik untuk semua mata pelajaran bagi semua   pelajar  dalam semua keadaan.  Kaedah harus berubah  mengikut keadaan masa, tempat dan pelajar.  Dengan demikian, guru harus pandai memilih kaedah yang baik, yang sesuai dengan keadaan masa, tempat dan pelajar.  
            
Al-Kailany (1986) menyenarai sedikit panduan kepada guru sebelum mengaplikasi sesuatu kaedah pengajaran, antaranya ialah: 
  1. Kaedah mestilah sesuai dengan tujuan dan matlamat pelajaran.
  2. Kaedah mesti sejajar dengan objektif pelajaran yang hendak dicapai.
  3. Kaedah juga haruslah sesuai dang tabiat (nature) pelajaran yang diajar.
  4. Kaedah mesti sepadan atau setara dengan umur pelajar
  5. Kaedah itu mestilah yang boleh atau mampu diaplikasi oleh guru
  6. Mempunyai masa yang cukup untuk mengaplikasikan kaedah bekenaan
  7. Kaedah yang dipilih mestilah sesuai dengan kemudahan yang ada.
An-Nashmy (1980) mencadangkan supaya guru memilih kaedah yang boleh memberi kesan yang mendalam bukan sahaja kepada kefahaman pelajar  yang diajar, malah yang memberi kesan kepada jiwa dan menyentuh perasaan pelajar.  Dengan cara ini pelajar akan memberi tumpuan yang padu dan dapat mengingati pelajaran dengan lebih cepat dan bertahan lebih lama.  Untuk mencapai hasrat ini guru haruslah pandai memilih pendekatan yang sesuai dan teknik yang menarik dan ditambah pula dengan Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang canggih dan menarik.
           
Kaedah pengajaran yang baik ialah yang mempunyai langkah-langkah dan strategi yang tersusun serta objektif yang tepat dan boleh dicapai. Di samping itu, matlamat yang hendak dituju juga mestilah terang dan jelas.  Strategi pengajaran ialah satu yang sangat penting dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Congelosi (1992) mencadangkan bahawa setiap pengajaran harus terlebih dahulu disediakan rancangannya dan dalam rancangan pengajaran ini harus mempunyai perkara-perkara berikut, iaitu: 
  1. Tujuan am (learning goal)
  2. Objektif pelajar (specific objective)
  3. Langkah-langkah pengajaran yang mengandungi aktiviti-aktivit tertentu untuk menolong pelajar mencapai objektif pelajaran
  4. Perlu ada makanisma untuk memantau kemajuan pelajar
  5. Penilaian (sumative evaluation) untuk mengukur pencapaian pelajar

13 February 2012

Apakah itu alamat IP?

Alamat IP (Protokol Internet) ialah nombor kod unik yang mengenal pasti komputer di Internet. Mengandungi 4 segmen angka yang dipisahkan oleh “titik” (contohnya, 165.113.245.2), alamat IP diberikan kepada setiap komputer yang dihubungkan kepada Internet.

 

Pengunjung Blog

Flag Counter

Ahli Blog

Apps Pembelajaran

TRAFIK