Pendekatan induktif melibatkan aktiviti mengumpul 
dan mentafsir maklumat-maklumat, kemudian membuat generalisasi atau 
kesimpulannya.
Dalam penggunaan kaedah ini,guru akan memulakan 
pengajarannya dengan menberikan beberapa contoh yanh khusus tetapi 
mengandungi satu prinsip yang sama.berdasarkan kepada contoh-contoh yang
 diberikan,murid-murid dibimbing memikir,mengkaji,mengenalpasti dan 
mentafsir maklumat yang terkandung dalam contoh-contoh khusus 
itu,kemudian membuat generalisasi atau kesimpulan yang berkenaan.
Di
 dalam sesuatu situasi pelajaran yang menggunakan pendekatan 
induktif,guru boleh mengemukakan beberapa contoh yang khusus,diikuti 
dengan aktiviti soal jawab untuk membimbing murid-muridnya 
memerhati,mengkaji,mengenal pasti prinsip atau fakta penting yang 
terkandung dalam setiap contoh itu.Semasa menjalankan aktiviti 
pengajaran dan pembelajaran,guru tidak digalakkan memberi sebarang 
penerangan atau menghuraikan kesimpulan itu.Guru hanya membimbing 
murid,melalui aktiviti soal jawab ,mentafsir dan membuat kesimpulan 
daripada contoh –contoh khusus yang dikemukakan.
Kaedah
 induktif merupakan salah satu kaedah mengajar yang sesuai digunakan 
dalam pengajaran berbagai-bagai mata pelajaran,khususnya Matematik,Sains
 dan Bahasa.kaedah inkuiri-penemuan yang banyak diamalkan apabila 
mengajar Sains sebagai aktiviti pelajarannya,adalah berlandaskan kepada 
pendekatan induktif.
Jenis-Jenis Pendekatan Induktif :
Pendekatan induktif mempunyai pelbagai kaedah pengajaran yang digunakan untuk mengajar pelbagai jenis mata pelajaran contohnya :
Membentuk satu generalisasi daripada contoh-contoh tertentu misalnya mencari segitiga yang sama dari pelbagai jenis segitiga.
Membentuk
 satu prinsip daripada ujikaji tertentu. Misalnya mendapat prinsip 
gravity daripada ujikaji benda-benda yang dijatuhkan dari atas ke bawah.
Membentuk
 satu hokum daripada pernyataan-pernyataan tertentu. Misalnya mendapat 
hukum tatabahasa daripada analisis terhadap struktur ayat atau bahasa.
Membentuk
 satu teorem daripada aktiviti-aktiviti induktif. Misalnya mencari hasil
 tambah sudut-sudut dalam pelbagai jjenis segitiga untuk mendapat teorem
 sudut segitiga.
Mendapat teori daripada satu urutan pemikiran. Contohnya memerhati tingkah laku manusia untuk mendapat satu teori pembelajaran.
Prinsip=prinsip Pendekatan Induktif.
Untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti induktif dengan berkesan,guru perlulah memahami dan mematuhi prinsip-prinsip penggunaan strategi pengajaran induktif yang dihuraikan berikut iaitu
Sebelum memulakan aktiviti p&p guru harus menyediakan contoh-contoh yang sesuai iaitu yang boleh membantu murid membuat rumusan. Di samping itu soalan juga harus disediakan supaya murid mendapat kesimpulan yang berkenaan
Guru tidak harus memberi penerangan dan menghurikan isi pelajaran yang berkaitan dengan kesimpulan. Murid harus dibimbing melalui aktiviti soal jawab.Jenis contoh yang khusus harus dipelbagaikan tetapi mempunyai cirri yang sama serta mudah untuk murid mengenalpastinya.
Selepas contoh dikemukakan , murid digalakkan memberi contoh lain yang serupa.Guru tidak harus mengemukakan contoh sekaligus tetapi mempersembahkan satu persatu supaya dapat menarik minat murid dan membolehkan mereka mengenalpasti cirri pada contoh itu dengan lebih mudah.Alat bantu mengajar harus disediakan untuk membantu murid membuat kesimpulan.Melibatkan penggunaan deria murid seperti penglihatan dan pendengaran.

Boleh buat ciri² penaakulan induktif kh?
ReplyDelete