Sejarah Video

Filem dan video merupakan bahan media yang penting pada masa kini. Bahan-bahan ini mampu mempengaruh pemikiran penonton. Media mampu menentukan topik perbualan manusia setiap hari. 

Sejarah video, bermula dengan perkembangan 'gambar bergerak'. Gambar bergerak bermula dengan penciptaan peralatan filem. Dua orang yang terkenal dalam penciptaan peralatan gambar bergerak ialah THOMAS EDISON dan LUMIERE BERSAUDARA. Thomas Edison Thomas Edison telah mencipta alat yang dikenali sebagai KINETOSCOPE pada tahun 1887. Ia merupakan alat merakam dan menayang gambar. Gambar dirakam atas pita celluloid yang berupa plastik yang telah dicipta oleh GEORGE EASTMAN. 

Lumiere bersaudara pula telah mencipta alat CINEMATOGRAPHE pada tahun 1895 yang merupakan kombinasi kamera, alat memproses filem dan projektor. Dalam tahun 1895 juga dia telah menayangkan sejumlah 10 buah filem pendek kepada umum di Paris yang mengambil masa selama 20 minit. Salah sebuah filem terkenal yang ditayangkan ialah 'WORKERS LEAVING THE LUMIERE FACTORY'. 

Perakam video yang pertama dipasarkan oleh AMPEX dalam tahun 1956 yang menggunakan pita bersaiz 2 inci dan ia hanya digunakan di stesen televisyen. SONY dan PHILLIP pula telah memasarkan VTR yang pertama dalam tahun 1963. SONY juga telah memasarkan perakam video untuk kegunaan umum atau rumah dalam tahun 1965. VTR atau alat perakam video format U-Matic telah dikeluarkan dalam tahun 1971 dan U-Matic Hi-Band dalam tahun 1980 an oleh SONY. Sementara itu pita VHS ( VIDEO HOME SYSTEM) telah diperkenalkan oleh JVC dalam tahun 1977.

0 comments:

Post a Comment

 

Pengunjung Blog

Flag Counter

Ahli Blog

TRAFIK