Test Footer

15 September 2011

Video Dalam Pendidikan

Salam sejahtera,

Sebulan lebih tak buat post disebabkan terlalu sibuk dengan urusan kerja, penyelidikan dan inovasi dan yang lebihnya melayan kerenah anak-anak menyambut Hari Raya aidilfitri. Mungkin belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya aidilfiri kepada pengunjung blog ini.

Post sebelum ini ada dijelaskan nota berkaitan penerbitan video, sejarah, ciri-ciri dan penerbitannya khusus untuk pendidikan. Kali ini akan membicarakan tentangamali penerbitan video untuk pendidikan dan minggu ini dan minggu sebelumnya (sebelum raya) pelajar PISMP sibuk dengan amali video untuk menyiapkan klip video pendidikan untuk tempoh 3 - 5 minit. Nampaknya semuanya bersemangat dan kreatif menghasilkan yang terbaik. Antara jenis video yang dihasilkan oleh pelajar ialah:

  • Tunjukcara
  • Lakonan
  • Animasi
  • Temuramah
  • Puppet

Antara amali yang menarik dan kreatif ialah penghasilan animasi berkaitan dengan pendidikan. Pelajar menggunakan lukisan dan cebisan kertas yang difotokan dengan kamera DSLR. Dengan setting kamera yang betul berpuluh-puluh / ratus keping foto perlu diambil dengan perancangan yang rapi. Foto-foto itu kemudiannya diedit dengan Movie Maker untuk dijadikan video.Langkah seterusnya ialah memasukkan narasi, muzik latar dan kesan bunyi. Diharapkan amali seperti ini dapat mengasah bakat mereka untuk menjadi bakal guru yang kreatif dalam penghasilan media yang menarik untuk pnp.



Bersama pelajar juga, sebuah muzikal drama dihasilkan untuk sambutan kemerdekaan ke-54. Lakonan dan nyanyian pelajar memberangsangkan walaupun penggambaran hanya dibuat di sekitar institut. Tahniah kepada pelajar yang menjayakan lakonan tersebut.
Diharapkan pengalaman sepanjang penggambaran akan memberikan pengalaman yang bermakna kepada pelajar.

12 September 2011

Apakah alamat IP?

Intranet ialah “Internet mini” yang direka bentuk untuk komuniti tertutup pengguna. Selalunya digunakan dalam syarikat dan organisasi untuk berkongsi maklumat secara cepat dan mudah, intranet adalah cara yang berkuasa untuk kumpulan internal berkongsi akses selamat dan serta merta ke program, fail dan perkhidmatan. Walaupun intranet mungkin tidak berlokasi di web, reka bentuknya sama. Seperti juga web, kekuatannya datang dari sumber yang dikongsi datang dari sejumlah komputer berangkai.

Apakah Internet?

Internet ialah rangkaian global, atau “web,” komputer yang saling berhubung. Juga dikenali sebagai “rangkaian sejagat” (WWW), Internet merangkumi setiap komputer yang berhubung di sekeliling dunia yang digunakan oleh orang untuk berkongsi maklumat, menghantar emel, melayari laman web, menjalankan bisnes dan banyak lagi.

07 September 2011

Aapakah Laman Utama?

Laman utama ialah muka surat utama laman web, dan muka surat pertama yang muncul bila anda memasukkan nama domain pada perayau anda. Seperti juga muka surat buku atau muka surat hadapan surat khabar, laman utama menjadi titik permulaan untuk navigasi dan perayauan yang lebih mendalam.

 

Pengunjung Blog

Flag Counter

Ahli Blog

Apps Pembelajaran

TRAFIK