PDF (atau Format Dokumen Mudah Alih) ialah format standard Internet untuk memindah dan memapar fail dokumen. Semua dokumen Word sehinggalah fail Excel dan grafik yang rumit, boleh ditukarkan menjadi “PDF” oleh program Adobe Acrobat. Acrobat ialah aplikasi berkuasa tinggi yang mengekalkan fon, format, warna dan grafik untuk dilihat dan dicetak secara konsisten dari satu komputer ke komputer lain. Apa yang anda perlukan untuk memapar dan mencetak fail-fail PDF ialah program percuma, Adobe Acrobat Reader. Disebabkan PDF biasa ditemui dalam web, anda patut melayari www.Adobe.com untuk memuat turun satu salinan Acrobat Reader jika anda belum memilikinya.