Test Footer

07 October 2014

Fotografi dalam Pendidikan

Gambar foto atau fotograf adalah  merupakan suatu sumber pengajaran pembelajaran yang digunakan oleh guru dan pelajar.  Foto  dapat mempengaruhi keberkesanan proses pengajaran pembelajaran di bilik darjah sekiranya digunakan dengan betul dan sistematik. Foto adalah dianggap sebagai media pengajaran apabila digunakan untuk membawa maklumat (mesej) dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Foto adalah sebagai suatu media atau  medium yang bermaksud  'antara'. Dalam proses komunikasi, sesuatu maklumat dihantar kepada penerima melalui satu perantaraan yang dikenali sebagai media. Proses komunikasi berlaku di dalam bilik darjah, antara guru dan pelajar.


Kenapa Perlu Foto dalam Pendidikan?

Manusia menggunakan pelbagai deria yang ada untuk tujuan pembelajaran dan ingatan. Deria yang ada pada manusia ialah pancaindera kita iaitu mata (lihat), telinga (dengar), lidah (rasa), hidung (bau) dan kulit (sentuhan). Disamping itu manusia menggunakan mulut untuk berkata-kata (bercakap). Menurut kajian, manusia dikatakan dapat mengingat apa yang dipelajari:

10% daripada apa yang mereka baca,
20% daripada apa yang mereka dengar,
30% daripada apa yang mereka lihat,

Sekiranya perbuatan di atas digabungkan, maka peratus ingatan manusia dikatakan akan bertambah:

50% daripada apa yang mereka lihat dan dengar,
70% daripada apa yan mereka tulis dan cakap,
90% daripada apa yang mereka cakap dan lakukan.

Gabungan pelbagai deria atau pancaindera membolehkan manusia menambah kekuatan daya ingatan mereka dan mengekalkan ingatan tersebut dalam jangka waktu tertentu sama ada ingatan jangka pendek atau ingatan jangka panjang. Apa hubungannya dengan foto? Foto adalah suatu media yang membolehkan manusia menggunakan deria mata untuk melihat dan sumbangan foto bagi menambah ingatan manusia ialah pada tahap 30%. Oleh itu, foto adalah begitu penting dalam proses pembelajaran manusia untuk mengingat sesuatu perkara atau ilmu.

Pepatah China lama ada menyatakan:

"What I hear, I forget; 
What I see, I remember; 
What I do, I understand."

Pepatah ini menunjukkan bahawa foto memainkan peranan penting kepada manusia dalam proses mengingat sesuatu perkara atau fakta.


Peranan Foto dalam Pendidikan

Penggunaan foto dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah oleh guru dapat menarik perhatian pelajar kepada isi kandungan subjek yang diajar dan mengembangkan minat mereka kepada subjek tersebut. Peranan foto di sini adalah untuk menyediakan suatu persekitaran pembelajaran yang dapat sekali gus dapat meningkatkan penerimaan idea dalam isi kandungan yang disampaikan. Peranan foto di sini adalah dapat menggabungkan pengalaman konkrit pelajar bagi memudahkan mereka memahami konsep yang abstrak.

 

Pengunjung Blog

Flag Counter

Ahli Blog

Apps Pembelajaran

TRAFIK