Test Footer

07 October 2014

Fotografi dalam Pendidikan

Gambar foto atau fotograf adalah  merupakan suatu sumber pengajaran pembelajaran yang digunakan oleh guru dan pelajar.  Foto  dapat mempengaruhi keberkesanan proses pengajaran pembelajaran di bilik darjah sekiranya digunakan dengan betul dan sistematik. Foto adalah dianggap sebagai media pengajaran apabila digunakan untuk membawa maklumat (mesej) dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Foto adalah sebagai suatu media atau  medium yang bermaksud  'antara'. Dalam proses komunikasi, sesuatu maklumat dihantar kepada penerima melalui satu perantaraan yang dikenali sebagai media. Proses komunikasi berlaku di dalam bilik darjah, antara guru dan pelajar.


Kenapa Perlu Foto dalam Pendidikan?

Manusia menggunakan pelbagai deria yang ada untuk tujuan pembelajaran dan ingatan. Deria yang ada pada manusia ialah pancaindera kita iaitu mata (lihat), telinga (dengar), lidah (rasa), hidung (bau) dan kulit (sentuhan). Disamping itu manusia menggunakan mulut untuk berkata-kata (bercakap). Menurut kajian, manusia dikatakan dapat mengingat apa yang dipelajari:

10% daripada apa yang mereka baca,
20% daripada apa yang mereka dengar,
30% daripada apa yang mereka lihat,

Sekiranya perbuatan di atas digabungkan, maka peratus ingatan manusia dikatakan akan bertambah:

50% daripada apa yang mereka lihat dan dengar,
70% daripada apa yan mereka tulis dan cakap,
90% daripada apa yang mereka cakap dan lakukan.

Gabungan pelbagai deria atau pancaindera membolehkan manusia menambah kekuatan daya ingatan mereka dan mengekalkan ingatan tersebut dalam jangka waktu tertentu sama ada ingatan jangka pendek atau ingatan jangka panjang. Apa hubungannya dengan foto? Foto adalah suatu media yang membolehkan manusia menggunakan deria mata untuk melihat dan sumbangan foto bagi menambah ingatan manusia ialah pada tahap 30%. Oleh itu, foto adalah begitu penting dalam proses pembelajaran manusia untuk mengingat sesuatu perkara atau ilmu.

Pepatah China lama ada menyatakan:

"What I hear, I forget; 
What I see, I remember; 
What I do, I understand."

Pepatah ini menunjukkan bahawa foto memainkan peranan penting kepada manusia dalam proses mengingat sesuatu perkara atau fakta.


Peranan Foto dalam Pendidikan

Penggunaan foto dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah oleh guru dapat menarik perhatian pelajar kepada isi kandungan subjek yang diajar dan mengembangkan minat mereka kepada subjek tersebut. Peranan foto di sini adalah untuk menyediakan suatu persekitaran pembelajaran yang dapat sekali gus dapat meningkatkan penerimaan idea dalam isi kandungan yang disampaikan. Peranan foto di sini adalah dapat menggabungkan pengalaman konkrit pelajar bagi memudahkan mereka memahami konsep yang abstrak.

07 July 2014

Tips pergerakan kamera secara Trucking menggunakan slider


06 July 2014

Buat Jib-Crane secara mudah untuk penggambaran video


30 April 2014

Seni Fotografi dan pencahayaan

  1. Fotografi adalah Seni Cahaya. Tiada cahaya, tiada berlaku aktiviti fotografi. Jadi, fotografi memerlukan cahaya walaupun sedikit. 

29 April 2014

DSLR Basic Settings Tutorial - Photography/Videography 101

28 April 2014

Bagaimana menggunakan kamera DSLR: Belajar Asas Kamera DSLR - Shutter Aperture ISO

Anda diminta mempelajari asas kamera daripada video di bawah. Berikan tumpuan kepada: 
1. Binaan kamera DSLR 
2. Shutter 
3. Aperture 
3. ISO a

Tonton video berikut dan baca nota yang dipaparkan di bawah.



<!--google_ad_section_start-->
What is DSLR Camera?
Digital single-lens reflex camera (also called a digital SLR or DSLR) is a digital cameracombining the optics and the mechanisms of a single-lens reflex camera with a digital imaging sensor, as opposed to photographic film. The reflex design scheme is the primary difference between a DSLR and other digital cameras.

How DSLR Camera works?
When you look through the viewfinder on the back of the camera, whatever you see is exactly what you are going to get in the photograph. The scene that you are taking a picture of passes through the lens in a form of light into a reflex mirror (#2) that sits at a 45 degree angle inside the camera chamber, which then forwards the light vertically to an optical element called a “pentaprism” (#7). The pentaprism then converts the vertical light to horizontal by redirecting the light through two separate mirrors, right into the viewfinder (#8).
When you take a picture, the reflex mirror (#2) swings upwards, blocking the vertical pathway and letting the light directly through. Then, the shutter (#3) opens up and the light reaches the image sensor (#4). The shutter (#3) remains open for as long as needed for the image sensor (#4) to record the image, then the shutter (#3) closes and the reflex mirror (#2) drops back to the 45 degree angle to continue redirecting the light into the viewfinder.
Obviously, the process doesn’t stop there. Next, a lot of complicated image processing happens on the camera. The camera processor takes the information from the image sensor, converts it into an appropriate format, then writes it into a memory card. The whole process takes very little time and some professional DSLRs can do this 11 times in one second!
<!--google_ad_section_end-->

27 April 2014

Penetapan (setting) / Kawalan Kamera

Tiada setting dan kawalan yang ditetapkan dan berubah mengikut kreativiti dan keadaan. Berikut adalah panduan umum sahaja. 

Histogram

  1. Histogram ialah salah satu cara untuk menentukan Imej yang dirakam mempunyai EXPOSURE(dedahan cahaya) yang cukup atau pun tidak.

Kamera SLR vs DSLR

SLR merupakan singkatan untuk Single-Lens Reflex. Kamera SLR menggunakan pergerakan cermin (mirror) otomatik untuk memantulkan imej 45 darjah kearah viewfinder seperti yang ditunjukkan pada gambarajah dibawah. Apabila menggunakan kaedah ini, sesuatu imej yang hendak dirakamkan oleh sesorang fotografer, pada permulaannya, akan melalui sistem lensa (1), dipantulkan oleh cermin (2), melalui focusing screen (5), condensing lens (6), pentaprism (7) dan akhir sekali boleh dilihat melalui viewfinder (8). Dengan cara begini seseorang fotografer boleh melihat akan komposisi, fokus dan sebagainya perihal

26 April 2014

ISO


ISO merupakan salah satu lagi function di dalam kamera DSLR slain aperture dan shutter speed yang telah aku terangkan sebelum ini. Penggunaa ISO sangat penting dalam dunia fotografi untuk memastikan gambar yang dihasilkan adalah cantik dan menarik.

Shutter Speed



Shutter Speed Cepat

Shutter Speed adalah kecepatan bukaan rana yang dapat mempengaruhi pencahayaan yang sempurna, mengontrol blur, dan membuat efek yang menarik. Salah satu hal yang sangat penting dikuasai seorang fotografer adalah shutter Speed yang merupakan salah satu dari tiga elemensegitiga eksposur.

Apertur

Apertur merupakan bukaan lubang kanta yang berfungsi mengawal kadar kemasukan cahaya. Ukuran saiz apertur ini dihasilkan dengan menggunakan bilah-bilah logam atau plastik yang disusun secara pusingan bagi menghasilkan bukaan luas atau sempit. Apertur diukur dengan simbol dengan ukuran san f/1.4 hingga f22. Ukuran standard f bagi sesebuah kamera ialah f5.6. Penentuan saiz bukaan apertur yang betul memberi kesan kepada kejelasan / ketajaman gambar, bentuk dedahan (Over expose, normal expose, Lower expose).

 

Pengunjung Blog

Flag Counter

Ahli Blog

Apps Pembelajaran

TRAFIK