1. Konsep
Teori Kecerdasan Pelbagai adalah berdasarkan pada
pemikiran bahawa kemampuan intelektual yang diukur melalui ukuran ujian IQ
adalah sangat terbatas. Ini kerana ukuran ujian IQ menekankan pada kemampuan
logikal-matematik dan bahasa sahaja. Sebenarnya, setiap orang mempunyai caranya
yang tersendiri dan unik untuk menyelesaikan persoalan atau masalah yang
dihadapi mereka. Tambahan lagi, kecerdasan bukan hanya dilihat dari nilai yang
diperolehi seseorang. Hal ini kerana kecerdasan merupakan kemampuan yang
dimiliki oleh seseorang untuk melihat sesuatu masalah dan seterusnya berupaya
menyelesaikan masalah tersebut atau membuat sesuatu yang berguna kepada orang
lain. Definisi kecerdasan pelbagai yang diberikan oleh Gardner (1983) adalah
kepakaran kecerdasan manusia seharusnya mempunyai kemahiran untuk menyelesaikan
masalah, menangani masalah sesuai dengan masa dan tempat dan menghasilkan
output yang efektif.
“An intelligence is the ability to solve
problems, or to create products that are valued within one or more cultural
setting”
(Gardner 1983)
Kecerdasan Pelbagai yang mencakupi sembilan
kecerdasan pada dasarnya merupakan pengembangan dari kecerdasan otak (IQ),
kecerdasan emosional (EQ) dan kecerdasan spiritual (SQ).
Teori Kecerdasan Pelbagai mempunyai pengaruh
signifikan dalm pendidikan serta membawa kesan penting pembelajaran organisasi.
Gardner mengatakan bahawa pendidikan tradisional dengan proses pengujian
tradisional (ujian IQ) telah mengabaikan kecerdasan pelbagai manusia. Menurut
beliau, kebanyakan ujian IQ hanya mengukur kebolehan verbal atau bahasa dan
pemikiran logical atau matematik. Kemahiran lain seperti sosial, interpersonal
dan emosi yang membolehkan manusia berfungsi dengan berkesan telah dikecualikan
daripada ujian IQ tradisional.
Teori Kecerdasan Pelbagai oleh Gardner (2000)
mendasari dua prinsip asas iaitu manusia mempunyai kecerdasan yang pelbagai dan
semua orang dapat mengembangkan kesemua kecerdasan ini ke satu tahap yang
kompeten. Teori ini hasil daripada kajian beliau yang dijalankan terhadap
pelbagai lapisan masyarakat yang mempunyai pelbagai kriteria tersendiri dalam
kalangan kanak-kanak biasa dan kanak-kanak istimewa. Menurut Howard Gardner,
kecerdasan tidak boleh diwarisi semata-mata dan kecerdasan boleh dipengaruhi
oleh budaya, persekitaran, peluang pendidikan, makanan, suasana pembelajaran
dan lain-lain. Teori Kecerdasan Pelbagai yang diperkenalkan oleh Howard Gardner
lebih kepada aspek kognitif dan perkembangan psikologi, antrapologi dan
sosiologi dalam menjelaskan kecerdasan manusia. Pada mulanya teori ini terdiri
daripada tujuh kecerdasan tetapi pada tahun 1999, dua lagi kecerdasan
dimasukkan ke dalam teori ini.
Pendapat yang dikemukakan oleh Howard Gardner
menunjukkan bahawa kecerdasan seseorang dapat ditingkatkan melalui pendidikan
dan latihan. Menurut Gardner, setiap individu mempunyai tahap kecerdasan
yang berbeza kecerdasan dan kecerdasan tersebut boleh ditingkatkan
dengan pendidikan melalui aktiviti yang bersesuian. Dalam konteks pendidikan
guru memainkan peranan penting untuk merancang aktiviti dalam pengajaran
dan pembelajaran supaya dapat memenuhi keperluan kecerdasan iaitu yang terdiri
daripada sembilan kecerdasan yang diperkenalkan oleh Gardner.
2. Pelopor
Howard Gardner
Howard Gardner seorang ahli psikologi
perkembangan yang terkenal mendapat pendidikan di Universiti Harvard. Beliau
telah menulis banyak buku berkenaan dengan psikologi perkembangan yang
mengetengahkan kerja-kerjanya dalam bidang perkembangan kreativiti di kalangan
kanak-kanak dan orang dewasa. Gardner juga sangat dikenali melalui hubungannya
dengan kerja-kerja yang berkaitan dengan perkembangan artistik. Minatnya dalam
kreativiti bermula pada awal tahun 1970-an semasa beliau mengkaji perhubungan
seni dan perkembangan manusia. Bukunya Artful Scribbles yang dihasilkan dalam
tahun 1980 mengkaji kehebatan kreativiti di kalangan kanak-kanak dan kreativiti
ini berkurangan apabila kanak-kanak itu menjadi semakin matang. Gardner membuat
kesimpulan bahawa pada peringkat akhir permulaan kanak-kanak tersebut, mereka
lebih memberi perhatian kepada kemahiran linguistik mereka yang kian berkembang
dan tidak lagi berminat untuk berkomunikasi dalam bentuk nonverbal seperti
melukis.
Sebagai seorang ahli psikologi pendidikan,
Gardner adalah lebih dikenali melalui sumbangannya dalam bidang perkembangan
intelektual dengan teorinya yang diberi nama Kecerdasan Pelbagai (Multiple
Intelligence). Penyelidikan Gardner berkisar di sekitar kemahuannya untuk
melepaskan diri daripada ujian-ujian dan kolerasi antara ujian-ujian dan
memandang di sebalik sumber informasi semulajadi tentang bagaimana manusia di
dunia memperkembangkan kemahiran-kemahiran yang penting untuk kehidupan mereka.
Dalam penerbitannya pada tahun 1983, bukunya
Frames of Mind menjadi titik permulaan kejutan bagi pendidik. Dalam buku yang
berpengaruh ini Gardner melayari pelbagai sifat kecerdasan manusia. Beliau
menunjukkan terdapatnya tujuh kecerdasan manusia yang boleh dibahagikan dalam
tiga kumpulan iaitu kecerdasan berdasarkan perkaitan objek yang melibatkan
matematik dan logik, kecerdasan tanpa objek yang melibatkan muzik dan bahasa
dan kecerdasan personal atau persepsi psikologikal yang kita dan orang lain
miliki. Masalah yang diketengahkan oleh Gardner ialah sistem pendidikan kita
tidak bersedia untuk memenuhi keperluan semua kecerdasan manusia dan
mengenepikan keperluan perkembangan beberapa perkara yang berkaitan dengannya.
Gardner berjuang untuk membuktikan bahawa
kecerdasan yang berasaskan aras kesatuan bukan merupakan satu ukuran keupayaan
intelektual seseorang yang sempurna. Gardner mendakwa bahawa teori Kecerdasan
Pelbagai mengetengahkan fakta bahawa manusia wujud dalam satu konteks yang
pelbagai dan konteks ini digunakan untuk membajai kelainan-kelainan susunan dan
himpunan kecerdasan. Gardner seterusnya menggunakan teori Kecerdasan Pelbagai
dalam bukunya The Unschooled Mind: How Children Think and How Schools Should
Teach (1991). Dalam buku ini beliau membincangkan pelbagai gaya pembelajaran
dan menyarankan supaya meninggalkan pendekatan pintas dalam bidang pendidikan
untuk mendidik semua kanak-kanak dan melihatnya mudah untuk belajar secara
tradisional.
Dr. Howard Gardner menerima MacArthur Prize
Fellowship pada tahun 1981 di Harvard Universiti. Beliau merupakan murid kepada
Piaget. Beliau tidak bersetuju dengan pendapat Piaget yang dianggapnya
mempunyai pandangan yang sempit terhadap kecerdasan manusia. Gardner menilai
semula teori-teori yang dikemukan oleh Piaget sebagai “too narrow a notion of
how the human mind works.” Beliau tidak mempercayai kewujudan satu bentuk
kognitif yang menguasai semua bentuk pemikiran manusia. Gardner memerhatikan
bahawa terdapat sekurang-kurangnya tujuh kecerdasan manusia dan setiap satu
kecerdasan itu mempunyai keupayaan intelektual yang tersendiri.
Seterusnya, Gardner menulis tentang
pemerhatiannya terhadap kepelbagaian kecerdasan yang kemudiannya telah
dijadikan buku seminar dalam komuniti pendidikan, Rangka Minda yang telah
diterbitkan dalam tahun 1983. Teori Kecerdasan Pelbagai yang dicadangkan dalm
bukunya telah menjadi pusat perbincangan dan sebagai rangka kerja bagi strategi
pendidikan kini yang menjana kejayaan dalam mempertingkatkan pencapaian para
pelajar. Gardner menyebut walaupun ia tidak semestinya bergantung sesame
sendiri, namun kecerdasan tersebut kerap beroperasi secara berasingan. Setiap
individu yang normal memiliki kadar yang berbeza-beza terhadap setiap satu
daripada kecerdasan ini, tetapi cara-cara bagaimana kecerdasan itu bergabung
dan bercampur adalah berbagai-bagai sama seperti bagaimana muka dan personaliti
individu tersebut berbeza-beza.
Dr. Gardner ialah Pengarah bersama Project Zero
dan Pofesor Pendidikan di Sekolah Pendidikan Siswazah Harvard. Beliau juga
adalah Profesor Pendidikan Tetamu di Jabatan Neorologi di Universiti Boston di
bahagian Sekolah Perubatan dan pakar penyelidik psikologi Pusat Perubatan
Pentadbiran Vateran Boston. Dr. Gardner telah menghasilkan pelbagai penulisan
yang berkaitan dengan minda manusia seperti The Mind’s New Science, To Open
Minds, The Unshooled Mind, Multiple Intelligences, Creating Minds dan Leading
Minds.
Bagi Gardner (1993), kecerdasan melibatkan
kebolehan menyelesaikan masalah atau fesyen produk yang merupakan kesan dalam
budaya atau komuniti tertentu. Beliau menolak pendapat yang mengatakan bahawa
kita boleh mempelajari tentang kecerdasan dengan mengkaji bagaimana manusia
menjawab soalan-soalan ujian. Bagi Gardner, kita hanya boleh belajar tentang
kecerdasan dengan mengkaji proses kognitif yang digunakan oleh manusia apabila
mereka menyelesaikan masalah budaya yang penting atau mencipta produk budaya
yang penting.
Gardner telah mengenalpasti tujuh kecerdasan yang
terlibat dalam penyelesaian masalah dan beliau mempercayai kesemua tujuh
kecerdasan ini boleh diajarkan di sekolah. Bagi Gardner, penyelesaian masalah
adalah penting untuk kecerdasan. Ini adalah konsisten dengan kebanyakkan
pengetahuan tradisional terhadap kecerdasan. Bagaimanapun, Gardner menekankan
bahawa penyelesaian masalah boleh dipelajari dengan memerhatikan manusia
menyelesaikan masalah atau mencipta produk yang penting kepada mereka dan bukan
dengan memberikan ujian-ujian yang telah distandardkan. Namun pada 1997,
Gardner telah menambah satu lagi kecerdasan iaitu kecerdasan naturalis. Menurut
Gardner, setiap insan mempunyai bukan satu tetapi lapan kecerdasan yang
berbeza. Pada 1999, Gardner menambahkan “Existential Intelligence” yang
berkaitan dengan keadaan kerohanian manusia. Beliau belum bersedia menerima
“Spiritual Intelligence” sebagai kecerdasan kesembilan dalm teorinya.
Gardner juga menekankan perkara-perkara yang
berkaitan dengan konteks budaya kecerdasan pelbagai. Umpamanya, Gardner (1983)
membincangkan keupayaan spatial yang tinggi orang-orang Puluwat yang tinggal di
pulau-pulau Caroline yang menggunakan kemahiran-kemahiran ini untuk menjelajahi
lautan dengan kenu-kenu mereka. Gardner juga membincangkan keseimbangan
kecerdasan personal yang diperlukan dalam masyarakat jepun. Teori Kecerdasan
Pelbagai ini berkongsi beberapa idea umum dengan teori-teori lain yang
menyentuh kelainan-kelainan individu seperti yang terdapat dalam saranan
Carnbach & Snow, Guilford dan Sternberg.
3.
Sembilan Teori Kecerdasan Pelbagai
3.1. Logikal Matematik
Kecerdasan ini mempunyai kaitan dengan logik,
abstrak, penaakulan, dan nombor. Kebolehan dominan di bahagian kiri otak
membolehkan individu menaakul secara deduktif dan induktif serta berfikir
secara konseptual. Walaupun ia sering dianggap bahawa mereka yang mempunyai
kecerdasan ini secara semula jadi cemerlang dalam bidang matematik, catur, pengaturcaraan
komputer dan aktiviti lain yang logik atau berangka, tempat takrif yang lebih
tepat kurang penekanan kepada keupayaan matematik tradisional dan lanjut
mengenai keupayaan penaakulan, mengenal pasti pola abstrak, pemikiran saintifik
dan penyiasatan dan keupayaan untuk melaksanakan penaakulan kiraan. Logikal
kompleks berkait rapat kepada kepintaran bendalir dan keupayaan umum.
Individu yang mempunyai kecerdasan logikal
matematik yang tinggi memperlihatkan minat yang besar terhadap kegiatan yang
berbentuk eksplorasi. Individu ini sering bertanya tentang berbagai-bagai
fenomena yang dilihat yang berlaku di sekeliling. Individu ini suka menuntut
penjelasan logik dari setiap pertanyaan. Selain itu, individu ini suka
mengklasifikasikan benda untuk mudah mengira. Contohnya, saintis, jurutera,
arkitek dan doctor lazimnya memiliki kecerdasan ini.
3.2. Spatial / Visual Ruang
Kecerdasan ini memperkatakan tentang penghakiman
ruang dan keupayaan untuk menggambarkan dengan mata minda. Kerjaya yang sesuai
dengan mereka dengan kepintaran jenis ini termasuk artis, pereka dan arkitek.
Individu yang mempunyai ciri-ciri ruang visual ini juga baik dalam puzzle.
Keupayaan spatial merupakan salah satu daripada tiga faktor di bawahnya dalam
model hierarki kepintaran. Individu ini berkebolehan menceritakan dan
menggambarkan pengalaman yang pernah dilalui serta bijak menghubungkaitkan
antara objek-objek dalam ruang. Kecerdasan ruang visual membolehkan individu
mempersembahkan idea-idea visual dan ruang berkecenderungan dalam aspek
imaginatif dan kreatif.
Kecerdasan ini juga mampu membuat individu selalu
sedar akan posisi relatifnya dalam koordinat ruang dan waktu. Individu yang
ruang tingkat kecerdasan ruang visual rendah akan selalu berasa bingung untuk
mengingat jalan dan tempat di mana dia tinggal meskipun sudah tinggal di tempat
tersebut dalam jangka masa yang agak lama. Individu yang tersesat di dalam
perjalanan adalah individu yang mengalami gangguan orientasi ruang. Individu
ini termasuk dalam golongan tidak cerdas ruang. Manakala individu yang cerdas
ruang mampu menggunakan warna secara sempurna, membaca peta dengan baik serta
mempunyai daya imaginasi yang kuat.
Individu yang mahir dalam bidang ini seperti
juruterbang, ahli pelayaran, angkasawan dan juga termasuk pelukis, arkitek, dan
perancang bandar. Contohnya, Azhar Mansor dan Yuri Gagarin.
3.3. Linguistik
Kecerdasan ini mempunyai kaitan dengan kata-kata,
lisan atau bertulis. Orang dengan kecerdasan verbal-linguistik tinggi
memaparkan kemudahan dengan kata-kata dan bahasa. Individu ini biasanya yang
baik untuk membaca, menulis, bercerita dan menghafal kata-kata bersama-sama
dengan tarikh. Individu ini sensitif terhadap makna perkataan dan mahir untuk
memanipulasikannya. Mereka cenderung untuk belajar dengan lebih baik dengan
membaca, mengambil nota, mendengar kuliah, dan dengan berbincang dan berdebat
mengenai apa yang mereka pelajari. Individu yang mempunyai kecerdasan
verbal-linguistik mempelajari bahasa asing dengan mudah kerana mereka mempunyai
ingatan yang tinggi lisan dan ingatan, dan kebolehan untuk memahami dan
memanipulasi sintaks dan keupayaan struktur. Verbal adalah salah satu kebolehan
yang paling tinggi dalam diri kebanyakan individu.
Individu ini pandai berbicara, gemar bercerita
dan tekun mendengar cerita atau membaca. Kecerdasan jenis ini membolehkan
individu tersebut menyimpan pelbagai informasi yang bererti dan berkaitan
dengan pemikirannya.
Individu yang mahir dalam bidang ini adalah
seperti pengarang, pensyarah, wartawan, penyunting, penyair, penulis skrip dan
novelis. Contoh di Malaysia seperti Munshi Abdullah, A.Samad Said dan di luar
negara seperti William Shakespeare, dan Enid Blyton.
3.4. Kinestetik
Unsur-unsur utama badan-kinestetik mengawal
gerakan badan seseorang dan kapasiti untuk mengendalikan objek mahir. Gardner
memberikan secara terperinci untuk mengatakan bahawa kecerdasan ini juga
termasuk rasa masa, rasa yang jelas matlamat tindakan fizikal, bersama-sama
dengan keupayaan untuk melatih jawapan supaya mereka menjadi seperti refleks.
Secara teori, orang-orang yang mempunyai
kecerdasan badan-kinestetik perlu belajar lebih baik dengan melibatkan
pergerakan otot (contohnya bangun dan bergerak ke dalam pengalaman
pembelajaran), dan secara amnya baik pada aktiviti-aktiviti fizikal seperti
sukan atau tarian. Mereka boleh menikmati bertindak atau membuat persembahan,
dan secara umumnya mereka baik di bangunan dan membuat perkara-perkara. Mereka
sering belajar dengan lebih baik dengan melakukan sesuatu secara fizikal, dan
bukannya dengan membaca atau mendengar tentang hal itu. Mereka yang mempunyai
kuat badan-kinestetik perisikan seolah-olah menggunakan apa yang mungkin
diistilahkan sebagai memori otot – mereka ingat perkara melalui badan mereka
seperti memori lisan.
Kerjaya yang sesuai dengan mereka yang mempunyai
kecerdasan ini termasuk atlit, juruterbang, penari, pemuzik, pelakon, pakar
bedah, doktor, pembina, pegawai polis dan askar. Walaupun kerjaya ini boleh
disalin melalui simulasi maya, mereka tidak akan menghasilkan pembelajaran
sebenar fizikal yang diperlukan dalam badan perisikan ini. Contohnya, Shalin
Zulkifli, Nicole David, dan Lim Chong Wei.
3.5. Muzik
Kecerdasan ini berkaitan dengan kemampuan untuk
menggemari, mendiskriminasi dan meluahkan perasaan melalui muzik. Hal ini
kerana kecerdasan muzik yang terdapat dalam diri seseorang individu
membolehkannya mengesan bunyi tanpa lisan, muzik serta irama yang terdapat di
persekitarannya. Individu yang mempunyai kelebihan ini sangat sensitif kepada
bunyi-bunyian atau suara yang wujud dan timbul di dunia ini, baik yang berasal
daripada suara alat muzik ataupun yang timbul dalam daripada gejala alamiah
seperti suara manusia, binatang, guruh serta suara-suara yang lain. Individu
ini berupaya menggunakan set asas atau elemen-elemen muzik serta dapat bermain
alat muzik dan menghafal lirik muzik dengan baik. Selain itu, individu yang
cenderung dalam kecerdasan ini boleh menggubah rentak dan tempo muzik dan mudah
mengenali dan mengingati nada-nada bunyi atau muzik.
Individu ini juga mampu untuk menggubah kata-kata
menjadi lagu dan boleh mencipta berbagai-bagai alat dan permainan muzik.
Individu ini pintar melantunkan nada lagu dengan baik, pandai menggunakan kosa
kata muzikal dan peka terhadap ritma, ketukan, melodi atau warna suara dalam
sebuah komposisi muzik. Semua orang mempunyai kecerdasan untuk menikmati dan
menghayati pengalaman muzik yang ada berdasarkan tahap yang berbeza-beza.
Contohnya, kehebatan P.Ramlee dengan ciptaanya yang evergreen, Manan
Ngah, Habsah Hassan, Beethovan, Kitaro, dan Kenny G.
3.6. Interpersonal
Kecerdasan ini merupakan kemampuan individu dalam
mendiskriminasi antara pelbagai petanda interpersonal dan kebolehan
untuk berkomunikasi dengan berkesan secara pragmatik terhadap petanda tersebut.
Kecerdasan interpersonal membolehkan seseorang itu memahami perasaan, motivasi,
tabiat dan hasrat orang lain. Seterusnya, mereka dapat berinteraksi dengan
mudah dan boleh bekerjasama dengan orang lain secara praktikal untuk
menghasilkan sesuatu yang berfaedah. Mereka yang mempunyai kecerdasan
interpersonal yang menonjol biasanya memiliki interaksi yang baik dengan orang
lain.
Selain itu, mereka juga mampu berasa sensitif dan
memahami emosi, perasaan, fikiran, tingkah laku dan harapan orang lain. Pada
tahap yang mudah, kecerdasan ini termasuk kemampuan seseorang anak mengenal dan
sensitif terhadap perasaan orang dewasa di sekitarnya. Murid-murid yang
mempunyai kecerdasan ini akan belajar dengan berkesan melalui pembelajaran,
bekerjasama dengan rakan sebaya dan mudah terlibat dengan sebuah pergaulan.
Individu yang mahir dalam bidang ini adalah
seperti pendakwah, kaunselor, jururunding dan imam. Contohnya, Dato’ Dr.
Fadzilah Kamsah.
3.7. Intrapersonal
Kecerdasan intrapersonal merupakan
kesedaran tentang diri sendiri, berfikiran metakognitif dan berkebolehan untuk
menilai diri sendriri. Orang yang memiliki kecerdasan intrapersonal yang
tinggi selalunya dapat mengenali diri sendiri. Orang yang memiliki kecerdasan intrapersonal
yang tinggi selalunya dapat mengenali diri sendiri secara mendalam dan mempunyai
tanggapan tentang kekuatan dan kelemahan diri sendiri. Kebolehan ini memberi
keyakinan diri yang tinggi kepada mereka tentang kebolehan yang terdapat dalam
diri mereka sendiri. Selain itu, mereka pandai menentukan hala tuju kehidupan
serta mempunyai pegangan, prinsip dan azam yang kuat serta boleh berdikari.
Secara keseluruhannya, orang yang mempunyai
kecerdasan intrapersonal yang tinggi biasanya kelihatan murung dan
suka mengelamun, tetapi pada masa yang sama mereka juga sentiasa berwaspada dan
berwawasan dalam melakukan sesuatu. Orang yang seperti ini akan lebih menyukai
belajar secara bersendirian di perpustakaan dan gemar melakukan renungan yang
mendalam dan termenung di persekitaran yang sangat sepi. Biasanya individu
dengan tingkat kecerdasan ini mempunyai peribadi yang tertutup.
Disamping itu, mereka juga memiliki kepekaan
terhadap perasaan dalam situasi yang sedang berlangsung, memahami diri sendiri
dan seterusnya mampu mengendalikan diri dalam situasi konflik. Mereka
mengetahui apa yang dapat dilakukan dan apa yang tidak dapat dilakukan dalam
persekitaran sosial serta mengetahui kepada siapa harus mereka meminta bantuan
pada saat-saat yang diperlukan. Contohnya, pemimpin, ahli falsafah, pendeta dan
pemikir.
3.8. Naturalis
Kecerdasan ini mempunyai kaitan dengan memupuk
maklumat berkaitan persekitaran semulajadi. Individu yang mempunyai kecerdasan
naturalistik yang tinggi biasanya merupakan seseorang pencinta alam yang dapat
mengenali dan mengklasifikasikan flora, fauna, dan galian dengan mudah. Mereka
akan lebih banyak menghabiskan masa di luar dan gemar mendengar bunyi-bunyian
yang terdapat dalam alam sekitar. Mereka mempunyai tarikan yang besar terhadap
alam sekitar termasuk binatang. Dengan itu, mereka merupakan individu yang
sensitif terhadap alam sekitar dan dapat menghubungkait antara kehidupan flora
dan fauna.
Contohnya termasuk mengklasifikasikan
bentuk-bentuk semula jadi seperti haiwan dan spesis tumbuhan dan batu-batu dan
jenis gunung dan pengetahuan yang digunakan semula jadi dalam perladangan,
perlombongan, dan lain-lain Kerjaya mereka dengan kecerdasan ini termasuk
alamiah, petani dan tukang kebun.
Pelajar yang mempunyai kecerdasan naturalistik
akan lebih berkesan kecerdasanya dengan mengadakan aktiviti luar kelas. Ahli
biologi, zoology, petani, nelayan, ahli botani, perancang bandar, ahli geologi,
dan pendaki gunung adalah kerjaya yang sesuai bagi mereka yang mempunyai
kecerdasan naturalistik yang tinggi.
3.9. Spiritual / Eksistensialisme
Individu yang mempunyai kecerdasan ini memiliki
ciri-ciri yang lebih cenderung untuk bertanya mengenai segala kejadian
kewujudan manusia, erti kehidupan, mengapa manusia mengalami kematian dan juga
realiti yang dihadapi oleh manusia dalam hidup. Kecerdasan ini telah diperkenal
dan dikembangkan oleh Gardner pada tahun 1999.
Individu ini mampu menelaah nilai-nilai yang
berkembang di tengah-tengah kehidupan masyarakat, sama ada nilai-nilai
tradisional ataupun nilai-nilai baru yang sedang berkembang. Untuk meningkatkan
kecerdasan ini seseorang boleh membaca banyak buku falsafah dan menyoal diri
sendiri tentang pertanyaan yang membolehkannya menelaah jawapan secara
mendalam.
4.
Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran
Teori kecerdasan banyak membantu para guru melaksanaakn
tanggungjawab bagi mendidik anak bangsa bagi mendapatkan ilmu pengetahuan.
Terdapat tiga peringkat dalam melaksanakan teori
kecerdasan pelbagai dalam pengajaran dan pembelajaran. Antara
peringkat-peringkat tersebut ialah peringkat padanan, percubaan dan
peningkatan.
Pada peringkat pertama, guru perlu memadankan
pengajaran dan pembelajaran dengan kecerdasan pelbagai murid. Guru perlu
mengenalpasti kecerdasan pelajar-pelajarnya bagi memudahkan proses
pembelajaran. Sebagai contohnya, jika majoriti pelajar dalam sesebuah kelas
mempunyai kecerdasan kinestetik, maka guru tersebut, perlu melakukan aktiviti
yang melibatkan pergerakan seperti melakukan ujikaji, senaman dan sebagainya
bagi menarik minat pelajar, walau bagaimanapun aktiviti-aktiviti lain juga
perlu bagi mengasah kecerdasan yang dimiliki oleh pelajar. Hal ini di sebabkan
pelajar mempunyai kebolehan yang berbeza.
Pada peringkat pertama ini, guru mengenal pasti
kekuatan sendiri dalam kecerdasan pelbagai dan juga kekuatan murid. Melalui
mengenal pasti ini, guru dapat memilih strategi pengajaran dan
pembelajaran yang sesuai dan memadankan dengan kecerdasan murid. Dengan ini
guru boleh memperkembangkan potensi murid dalam kecerdasan lain yang
belum menyerlah.
Peringkat kedua bagi melaksanakan atau
mengaplikasikan teori kecerdasn pelbagai dalam pengajaran ialah percubaan. Pada
peringkat ini, guru perlu memikirkan bagaimana teori kecerdasan pelbagai boleh
di aplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran seharian. Terdapat
persoalan-persoalan yang membantu para guru bagi meyediakan rancangan
pengajaran, melalui verbal-linguistik, melibatkan persoalan bagaimanakah saya
boleh menggunakan bahasa lisan , bacaan dan penulisan?. Selain itu, persoalan
logik-matematik ialah bagaimanakah saya boleh memasukkan nombor, pengiraan,
pengelasan atau menggalakkan pemikiran kritis?. Melalui visual-ruang melibatkan
soalan bagaimanakah saya boleh menggunakan alat bantu mengajar visualisasi,
warna, seni, metafora atau penyusun grafik?. Seterusnya elemen muzik, bagaimanakah
saya boleh menggunakan muzik, bunyi-bunyian persekitaran atau unsur ritma dan
melodi?, elemen kinestetik pula bagaimanakah saya boleh melibatkan pengalaman
pergerakan seluruh badan atau aktiviti ‘hands-on’?. Di samping itu,
elemen interpersonal melibatkan persoalan bagaimanakah saya boleh melibatkan
pelajar dalam perkongsian rakan sebaya, pembelajaran kerjasama atau simulasi
kumpulan?, elemen intrapersonal pula bagaimanakah saya boleh memberi pilihan
kepada pelajar merangsang perasaan kendiri?. Akhir sekali elemen naturalis
ialah bagaimanakah saya boleh membawa alam semula jadi ke dalam bilik darjah
atau membawa murid ke luar ke alam semula jadi?
Pada peringkat kedua ini juga, guru memikirkan
cara memaksimumkan potensi persekitaran terutama sekali keadaan di dalam bilik
darjah. Menghias bilik darjah dengan maklumat yang boleh dihargai oleh setiap
kecerdasan, contohnya, murid yang cenderung kepada verbal-linguistik
menyediakan poster beberapa orang penulis terkenal. Membawa murid keluar dari
bilik darjah juga merupakan aktiviti yang dapat menarik minat pelajar, supaya
guru dapat memerhati dan memahami bagaimana setiap individu mempunyai dan
menggunakan kecerdasan pelbagai masing-masing.
Pada peringkat ketiga, iaitu peningkatan, guru
perlu mengaitkan teori kecerdasan pelbagai dengan kemahiran berfikir
untuk perkembangan murid. Melalui peningkatan ini, murid dapat mengaplikasikan
apa yang di ajar dalam hal tertentu. Dalam visual-ruang, murid dapat melakar,
membuat peta minda, membayangkan masalah dan penyelesaiannya. Melalui
kinestetik pula, murid boleh memanipulasi alat, bahan untuk menyelesiakan
masalah. Melalui muzik. murid memahami ritma, harmoni, mengenal pasti
masalah dan penyelesaiannya. Peningkatn dari segi interpersonal pula,
murid mendapat pelbagai idea melalui interaksi dengan orang lain mengenai
masalah dan penyelesaiannya. Peningkatan intrapersonal, murid membuat refleksi
secara mendalam berasaskan pengalaman, perasaan diri mengenai masalah dan
penyelesaiannya. Akhir sekali, naturalis, murid menggunakan contoh daripada
alam semula jadi untuk mengkaji masalah dan penyelesaiannya.
Melalui peningkatan kecerdasan pelajar. Kreatviti
dan inovasi dapat di cungkil daripada pelajar. Pelajar juga dapat memperoleh
pelbagai perspektif mengenai sesuatu perkara serta mengaplikasi pengetahuan
yang sedia ada dalam situasi dan konteks yang baru dan berlainan. Aktiviti
bilik darjah boleh dipelbagaikan dengan menggunakan strategi Teori Kecerdasan
Pelbagai untuk peningkatan perkembangan kognitif mengikut Taksonomi Bloom.
5.
Kelebihan-Kelebihan Menggunakan Teori Kecerdasan Pelbagai .
Teori kecerdasan pelbagai adalah salah satu
konsep yang baru diperkenalkan. Teori ini dilihat adalah sangat baik untuk
diaplikasikan dalam psikologi pendidikan. Teori kecerdasan pelbagai ini adalah
sangat fleksibel dimana ia boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan
pembelajaran untuk kesemua mata pelajaran yang terdapat di sekolah kerana ia
tidak terhad atau menjerumus kepada satu-satu mata pelajaran sahaja contohnya
terhad kepada mata pelajaran matematik.
Teori kecerdasan ini mengiktiraf kesemua
kecerdasan yang terdapat pada manusia,dan ia mempunyai kelebihan apabila
diaplikasikan dalam pendidikan. Antara kelebihan dan kepentingan penggunaan
kecerdasan pelbagai ini adalah seseorang guru itu dapat melihat potensi yang
ada pada pelajar itu sendiri. Ini kerana kecerdasan pelbagai ini bertindak
sebagai petunjuk kepada potensi pelajar. Apabila guru dapat mengenalpasti
potensi yang ada pada murid itu, maka ia dapat membantu guru untuk memperkembangkan
lagi potensi yang ada pada pelajar.
Teori kecerdasan pelbagai ini membolehkan guru
memberi tunjuk ajar sepenuhnya tentang kekuatan dan kelemahan yang ada pada
pelajar. Dengan itu pelajar dapat mengukuhkan lagi kekuatan mereka dan
dapat memperbaiki kelemahan yang ada pada diri mereka. Maka modal insan yang
lengkap dengan segala kecerdasan yang ada dapat dilahirkan.
Pengaplikasian teori kecerdasan pelbagai ini
dapat membantu guru untuk merancang pengajarannya. Guru dapat merancang apa
yang patut diberikan kepada pelajar tentang cara pengajaran, penekanan dan
pemfokusan sewaktu dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana guru
dapat mengenalpasti potensi yang ada dalam diri pelajar dan membolehkan guru
menjalankan pengajaran mengikut kecerdasan pelbagai ini.
Dengan adanya kecerdasan pelbagai ini, maka guru
dapat membangunkan bukan sahaja kesemua bidang akademik malah membangunkan
ko-kurikulum pelajar. Ini kerana,sebagaimana yang kita tahu, kecerdasan
pelbagai bukan sahaja tertumpu kepada bidang akademik tetapi juga mencangkumi
bidang ko-kurikulum seperti kecerdasan kinestetik,kecerdasan muzik dan beberapa
kecerdasan lain.
Teori kecerdasan pelbagai Gardner juga
membolehkan guru untuk mempelbagaikan teknik pengajaran. Ia membolehkan guru
itu untuk menjadi lebih kreatif dalam mengembangkan kecerdasan dan potensi
murid. Kecerdasan pelbagai ini tidak menghadkan guru ke atas cara pengajaran
tertentu tetapi ia membolehkan guru mengaplikasikan pendekatan yang pelbagai.
Ini akan menjadikan pengajaran dan pembelajaran itu satu proses yang seronok
untuk dilalui oleh guru dan diikuti oleh pelajar.
Melalui kecerdasan pelbagai, pelajar juga akan
mendapat kebaikan dari aplikasi kecerdasan pelbagai ini dimana pelajar dapat
memahami potensi yang ada pada diri mereka sendiri dan mereka akan merasa diri
mereka dihargai kerana kecerdasan yang ada pada diri diiktiraf. Selain itu,
pelajar juga akan dapat memahami kecerdasan yang ada pada individu disekeliling
mereka yang dapat membantu lagi untuk mengembangkan potensi dalam diri mereka.
Pelajar tidak akan rasa terasing dan rendah diri
dengan kecerdasan pelbagai. Ini kerana, sesetengah kecerdasan hanya mengiktiraf
kecerdasan dalam logikal-matematik dan apabila seseorang pelajar itu tidak
dapat menguasai kecerdasan logikal-matematik maka pelajar dikategorikan sebagai
lemah. Sedangkan banyak lagi kecerdasan dan kekuatan lain yang ada pada diri
pelajar tidak diberi perhatian. Sebaliknya, kecerdasan pelbagai memberI
perhatian terhadap kecerdasan selain logikal-matematik disamping kecerdasan
logikal-matematik itu sendiri. Maka pelajar akan rasa lebih bersemangat untuk
belajar. Kecerdasan pelbagai ini dapat memberi keyakinan yang jitu kepada
pelajar. Ini kerana kekuatan mereka dalam kecerdasan tertentu diberikan
perhatian dan begitu juga kelemahan mereka akan diperbaiki. Ini dapat menaikkan
lagi semangat dan keyakinan mereka untuk memperkembangkan lagi kecerdasan
mereka dan untuk memperbaiki kelemahan yang ada pada diri mereka.
Kecerdasan pelbagai ini juga mempunyai kelebihan
dimana ia dapat mengenal pasti kecerdasan secara kontekstual. Kegagalan untuk
mengenalpasti kecerdasan ini boleh memberi impak ke atas pengurusan modal insan
dalam pendidikan negara. Dalam erti kata lain, kegagalan ini oleh mengakibatkan
pembaziran sumber manusia. Pengurusan modal insan yang sempurna adalah amat
penting untuk masa depan negara. Kegagalan pengurusan modal insan ini akan
memberi kesan ke atas Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 yang
memfokuskan untuk membangunkan modal insan.
Kecerdasan pelbagai ini, memandangkan ia
memfokuskan hampir kesemua kecedasan pada manusia, maka ia membolehkan
pelajar-pelajar yang dikategorikan sebagai pelajar corot untuk merealisasikan
kebolehan mereka. Dengan menambahkan lagi penilaian disamping penekanan terhadap
verbal-linguistik dan logikal-matematik yang diorientasi oleh sistem pendidikan
pada hari ini, maka pelajar ini akan mendapat peluang untuk menonjolkan
kecerdasan mereka masing-masing. Mereka mungkin mempunyai kecerdasan lain yang
lebih tinggi berbanding rakan lain yang berada dalam kelas yang lebih baik.
Kecerdasan pelbagai, oleh kerana ia memfokus
lebih banyak kecerdasan dan memberi peluang kepada semua individu untuk
menonjolkan kecerdasan yang ada pada diri mereka dilihat sebagai satu bentuk
penilaian kecerdasan yang adil. Ini membolehkan semua pelajar mendapat layanan
yang sama rata dan dapat merasakan diri mereka mempunyai nilai dan
berkepentingan. Maka, semua pelajar akan berpeluang untuk bersama-sama berjuang
untuk mambagunkan diri dan negara.
Perlaksanaan teori kecerdasan pelbagai Gardner
ini juga mempunyai kelebihan kerana ia juga dapat mengatasi masalah seperti
gejala ponteng kelas dan ponteng sekolah. Bagaimana teori kecerdasan pelbagai
ini dapat membantu mengatasi masalah ini? Teori kecerdasan pelbagai dapat
mengatasi masalah ini kerana ia memberi ruang untuk pelajar mengembangkan
potensi dalam diri mereka. Dengan itu minat untuk belajar dapat ditingkatkan
kerana apa yang mereka pelajari dapat mereka kembangkan berdasarkan apa yang
ada dan sesuai dengan diri mereka.Dengan adanya minat, pelajar akan sanggup
untuk melaui apa jua kesukaran demi mengembangkan potensi yang ada dalam diri
mereka kerana telah timbul minat untuk menguasainya.
Kecerdasan pelbagai ini dikatakan dapat mengatasi
masalah bosan dengan sistem pembelajaran sedia ada di sekolah. Minat untuk
belajar memainkan peranan yang amat penting dalam pembelajaran. Ini kerana jika
pelajar merasa pembelajaran yang mereka sedang lalui tidak membawa apa-apa
manfaat, maka mereka akan merasa bosan untuk mengikuti kelas terbabit. Dengan
adanya kecerdasan yang sesuai dengan diri pelajar, maka perasaan bosan untuk
belajar dapat diatasi. Pelajar tentunya tidak akan bosan lagi untuk belajar
sebaliknya akan lebih berminat untuk dating ke sekolah kerana beranggapan
bahawa pelajaran itu menyeronokkan, berfaedah untuk masa hadapan mereka dan
bukannya sebagai satu bebanan.
Teori kecerdasan pelbagai ini mempunyai pelbagai
cara untuk diaplikasikan. Dengan kepelbagaian ini, kita dapat memupuk dan
mencungkil mana-mana kecerdasan yang diingini malah jika kena dengan cara
pengajarannya, seseorang pelajar itu tidak mustahil untuk dapat menguasai
kesemua kecerdasan yang diutarakan oleh Howard Gardner ini.
Antara lainnya, dengan teori kecerdasan pelbagai
ini, kita tentunya tidak perlu menghadapi kemelut yang melanda sistem
pendidikan negara baru-baru ini iaitu masalah pengajaran dan pembelajaran Sains
dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Jika dari dulu kita memahami dan
melaksanakan teori kecerdasan pelbagai, kita tentunya tidak akan menukar sistem
pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik ke dalam Bahasa Inggeris. Ini
kerana, dalam sistem itu, adalah sangat jelas dimana ia hanya menekankan
kecerdasan verbal-linguistik dan kecerdasan logikal-matematik. Sedangkan
terdapat ramai pelajar yang tidak dapat menguasai kecerdasan itu dan penekanan
terhadap hanya dua jenis asas kecerdasan itu sebenarnya boleh memudaratkan anak
bangsa dan tentunya Negara pada masa hadapan. Maka langkah yang diambil untuk
tidak meneruskan PPSMI adalah satu langkah yang bijak kerana ia adalah adil
untuk semua yang sejajar dengan kecerdasan pelbagai Gardner.
Di sini, kita dapat lihat dengan jelas betapa
kecerdasan pelbagai ini adalah sangat adil kerana ia tidak menekankan pada
kecerdasan tertentu yang mungkin tidak dapat dikuasai oleh pelajar atau
individu yang lain. Ia juga tidak bermaksud bahawa pelajar yang mempunyai
kecerdasan tertentu contohnya di sini kecerdasan verbal-linguistik dan
logikal-matematikdibiarkan maju sendiri tanpa perhatian malah mereka ini masih
mempunyai peluang yangsama untuk mereka memgembangkan potensi dalam asas-asas
kecerdasan ini disampingpeluang untuk mengenalpasti kecerdasan lain yang ada
dalam diri yang tidak mungkin ditemuitanpa perhatian yang diberi melalui
kecerdasan pelbagai.
6.
Kelemahan-Kelemahan Teori Kecerdasan Pelbagai
Terdapat kekangan atau masalah bagi
mengaplikasikan teori ini dalam pengajaran dan pembelajaran.
Antara masalah yang dihadapi bagi mengaplikasikan
teori ini ialah guru perlu mengenalpasti kecerdasan yang di hadapi oleh para
pelajarmya. Oleh yang demikian guru perlu melakukan kaji selidik terhadap
kemampuan para pelajar, supaya proses pembelajaran dapat berjalan dengan
lancar.
Selain itu, cara pembelajaran yang tidak
menyeluruh iaitu berfokus kepada kecerdasan tertentu juga merupakan salah satu
masalah dalam mengaplikasikan teori ini dalam pembelajaran. Jika guru
menggunakan pendekatan secara tradisional seperti linguistik atau logikal
sahaja, maka pembelajaran tidak berkesan kerana pelajar merasa bosan. Hal ini
di sebabkan pelajar terdiri daripada tahap kecerdasan yang berbeza serta
mempunyai potensi yang berbeza, sekiranya guru hanya menekankan kepada sesuatu
aspek sahaja dengan tidak mempelbagaikan aktiviti pengajaran, maka ianya
menimbulkan perasaan kurang minat kepada pelajar untuk belajar.
Di samping itu juga, boleh menimbulkan
ketidakadilan sekiranya guru mengamalkan dasar pilih kasih. Sebagai contohnya,
jika guru tertarik dengan kepetahan pelajarnya bercakap serta sering memberi
peluang kepada pelajar tersebut untuk menguasai pengajaran dan mengabaikan
pelajar lain, maka hal ini menimbulkan diskriminasi kerana potensi pelajar lain
tidak dapat digilap. Guru yang mudah tertarik kepada potensi seseorang pelajar
akan mengganggu proses pembelajaran.
Guru tidak kreatif bagi wujudkan suasana yang
berkesan dalam menyampaikan ilmu, merupakan salah satu faktor bakat pelajar
tidak dapat berkembang. Bagi menyampaikan sesuatu ilmu dengan berkesan serta
mengasah potensi atau bakat pelajar, kaedah pengajaran yang pelbagai juga perlu
dilakaukan. Sekiranya guru tidak kreatif bagi menyampaikan pembelajaran,
sebagai contohnya, hanya bercakap di dalam kelas, tanpa menggaplikasikan
peralatan yang sedia ada pada masa kini, seperti penggunaan power point, video
dan lain-lain dalam pengajaran, maka tahap kecerdasan pelajar tidak dapat
berkembang.
7.
Kesimpulan
Bidang pendidikan adalah sangat penting untuk
sesebuah negara. Ia akan menentukan jatuh bangun sesebuah negara itu pada masa
hadapan. Oleh itu, wajarlah kita memberi penekanan yang sesuai untuk setiap
individu bagi memastikan setiap individu itu dapat menguasai kecerdasan yang
ada pada diri mereka dengan baik bagi membolehkan mereka meneraju masa depan
negara dengan baik.
Pendidikan yang adil dilihat dapat memberi
jaminan untuk keutuhan sesebuah tamadun manusia dan dapat menjamin kejayaan
dalam sesuatu sistem pendidikan. Teori kecerdasan pelbagai yang diperkenalkan
oleh Howard Gardner adalah merupakan satu bentuk teori yang memperjuangkan keadilan
dalam pendidikan. Ini kerana kita dapat melihat dengan jelas betapa teori ini
memperjuangkan agar setiap individu diberi ruang dan peluang untuk berjaya
dalam bidang-bidang tertentu.
Mengaplikasikan teori kecerdasan pelbagai adalah
lebih berkesan berbanding pendidikan yang menekankan kecerdasan asas iaitu
kecerdasan verbal-linguistik dan kecerdasan logkal-matematik.
Jika selama ini kita hanya mementingkan kefahaman
tentang teori tersebut di dalam dewan-dewan kuliah untuk tujuan peperiksaan
semata-mata, maka kini telah sampai masanya kita beralih kepada aspek
pelaksanaannya pula. Walaupun belanja yang diperlukan adalah besar, namun
kejayaan projek ini berpotensi menghasilkan insan yang berkualiti tinggi yang
dapat menyumbang kepada pembangunan negara.
Biblografi
Berman, S.(1995). Multiple Intelligences Road
To A Quality Classroom. Illinois: IRI/Skylight Training and Publishing.
Gardner, H. 2006. Multiple Intelligences:
New Horizons. London: Basic Books.
Jamal @ Nordin Yunus, Khuan Wai Bing, Marinah
Awang, Suzyanty Mohd Shokory & Zuraidah Zainol. 2011. Pemikiran Kritis
dan Kreatif. Petaling Jaya, Selangor: Pearson Malaysia Sdn. Bhd.
Kagan, S. & Kagan, M. (1998). Multiple
Intelligences. San Clemente: Kagan Coperating Learning.
Kamarudin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul
Aziz. 2011. Pedagogi: Asas Pendidikan. Kuala Lumpur: Kayazano
Enterprise.
R. Bruce William. (2002). Multiple
Intelligences for Differentiated Learning. United States of America:
Corwin A Sage Company.
Siti Rahayah Ariffin, T.Subhan Mohd Meerah,
Norasmah Othman & Ibrahim Mohamed Zain. 2004. Analisis Kecerdasan
Pelbagai (Multiple Intelligences) di kalangan Pensyarah di sebuah Institusi
Pengajian Tinggi (IPT). Jurnal Teknologi, 41(E) Dis. 2004: 33-42.
Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan & Abdul
Aziz Abdul Shukor. 2008. Siri Pendidikan Guru: Psikologi Pendidikan.
Shah Alam, Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.