Test Footer

05 January 2012

Apakah itu http:// ?

HTTP  atau http:// (atau, “Hypertext Transfer Protocol”) ialah set universal peraturan komunikasi yang digunakan oleh Internet untuk bertukar maklumat di antara mesin. Secara mudahnya, HTTP mendefinisikan alamat web dengan memberitahu pelayan dengan tepat apa yang mesti dihantar ke pengguna yang mengklik pautan atau meminta URL.

03 January 2012

Bolehkah Windows Media Player berfungsi pada Mac?

Ya, jika anda mempunyai sistem pengoperasian MAC “OSX” dengan Windows Media Player 9, anda boleh menonton fail video dan audio Herbalife pada MAC anda.

08 December 2011

Pendekatan Sistem

Pendekatan Sistem pula menganggap proses pengajaran pembelajaran melibatkan prosedur langkah demi langkah.  Pendekatan ini digunakan oleh guru untuk menunjukkan langkah yang digunakan oleh seseorang guru untuk membawa perubahan  kepada tingkahlaku.  Ciri penting pendekatan ini ia sangat produktif dan ia menunjukkan pertalian antara komponen-komponen yang merangkumi seluruh sistem. Menurut Straub(1976) menyenaraikan sepuluh proses yang terlibat dalam sistem ini iaitu mengenal pasti matlamat, analisis pengajaran, mengenalpasti kemahiran kemasukan pelajar, pembangunan objektif tingkahlaku, pembangunan alat penilaian, rekabentuk strategi pengajaran, pemilihan media, pembangunan atau pemilihan bahan pengajaran dan penilaian formatif.

30 November 2011

Kekurangan PPBK

  1. Memerlukan perkakasan dan perisian kursus yang mencukupi
  2. Kekurangan perisian kursus yang berkualiti tinggi
  3. Boleh jadi membosankan
  4. Penyalahgunaan jika tidak dipantau
  5. Kebanyakan perisian tutorial tidak boleh berdialog secara bermakna
  6. Kebanyakan perisian tidak mempunyai kepintaran seperti guru Simulasi tidak semestinya menggambarkan dunia sebenar
  7. Perisian permainan dan simulasi tidak memastikan pelajar memberi respon yang baik
  8. Pelajar tidak boleh ditinggalkan dengan komputer sahaja

29 November 2011

Kebaikan PPBK

  1. Berkeupayaan meningkatkan kefahaman dan penguasaan pelajar terhadap pelajaran
  2. Meningkatkan motivasi murid dlm pembelajaran
  3. Mewujudkan suasana pembelajaran yg menyeronokkan dan mencabar
  4. Membolehkan murid melaksanakan eksperimen yg terlalu sukar,mahal,mustahil dan bahaya
  5. Membentuk pemb koperatif serta memberi peluang kpd murid belajar secara berkesan dgn bimbingan yg minimum serta masa berinteraksi dpt dijimatkan
  6. Peneguhan serta merta dan bersistematik
  7. Menggalakkan penggunaan kaedah inkuriri-penemuan
  8. Memupuk kemahiran penyelesaian masalah dan kemahiran berfikir aras tinggi
  9. Perisian simulasi membawa dunia sebenar ke dalam bilik darjah
  10. Kajian yang lama dan model yang berbahaya dapat dilakukan dengan selamat
  11. Meningkatkan pencapaian akademik
  12. Mencepatkan pembelajaran
  13. Menambah tumpuan pelajar
  14. Menambahkan daya ingatan pelajar
  15. Meningkatkan motivasi untuk belajar secara berterusan
  16. Meningkatkan konsep kendiri pelajar
  17. Memupuk persepsi kawalan kendiri
  18. Mempunyai kesan sosial yang positif
  19. Memupuk sikap positif terhadap komputer

Empat Fasa Penting Dan Kandungan PPBK

Empat Fasa
  1. Menyampaikan maklumat
  2. Mesra pengguna
  3. Latihan oleh pelajar
  4. Mengukur pencapaian pelajar

Kandungan PPBK
a. Komponen Asas
· Set Induksi
· Perkembangan
· Penilaian

b. Komponen Tambahan
· Ulangkaji
· Pengayaan
· Pemulihan
· Pengukuhan

c. Komponen Maklumat
· Maklumat mencukupi & menepati sukatan pelajaran dan berkaitan dgn tajuk
· Menggunakan bahasa penyampaian yg sesuai & mudah difahami oleh pengguna
· Tidak banyak melakukan kesilapan ejaan,tatabahasa dan nahu

PPBK - Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer

PPBK ialah pengajaran yang disampaikan menggunakan pakej perisian pendidikan menggunakan komputer. Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) dilaksanakan secara berfikrah, terancang dan disesuaikan dengan proses pnp, dan pembelajaran dilakukan dengan menggunakan perisian khusus yang dihasilkan untuk disampaikan melalui komputer. Penggunaan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) secara terancang akan menghasilkan pembelajaran yang berkesan, aktif dan bermutu. PPBK dikenali di Malaysia, namun begitu di negara lain dikenali sebagaimana berikut:

Computer-Assisted Instruction (CAI) - Amerika Syarikat
Computer-Aided Learning (CAL) - United Kingdom
Computer-Based Learning (CBL) - negara-negara lain
Computer-Aided/Assisted Language Learning

Berdasarkan keberkesanan yang sedia diketahui maka, berikut ialah jenis atau teknik PPBK yang diadaptasi dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran:

i. Tutorial
Berguna untuk mempersembahkan bahan pengajaran yang baru dan mempunyai langkah-langkah penerangan yang tersusun (Alessi dan Trollip, 1991) dan bertindak sebagai tutor yang menyampaikan pengajaran. Pelajar boleh belajar mengikut kemampuan dan merekodkan aktiviti pembelajaran mereka jika tutorial dibangunkan dengan baik.

Tutorial turut digunakan dalam latihan (Scheafermeyer, 1990), pengukuhan dan penyelesaian masalah (Alessi & Trollip, 1985) serta untuk mengajar konsep-konsep yang konkrit dan abstrak dengan menggunakan ilustrasi, animasi, soalan serta teks juga video dan audio yang mampu merangsang pelajar.

ii. Latih Tubi
Latih tubi dilaksanakan untuk menilai pemahaman pelajar atau pengukuhan dan dilaksanakan secara kendiri. Pelajar diberi beberapa soalan manakala komputer akan memberi maklum balas berdasarkan jawapan mereka.

Alessi dan Trollip (1991) telah mencadangkan cara pemilihan yang sesuai secara pilihan rawak

iii. Permainan
PPBK yang semakin popular masa kini dengan mengguanakan pendekatan belajar sambil bermain 
untuk menarik minat pelajar menjadikan pembelajaran sesuatu yang menyeronokkan.

Dalam melaksanakan permainan dalam pengajaran, guru perlu berhati-hati agar objektif permainan adalah sesuai dengan objektif pengajaran (MacFarlane & Sparrowhawk, 2002).

iv. Simulasi
Didefinisi sebagai keadaan atau sistem yang dimodelkan melalui komputer yang mengandungi maklumat tentang bagaimana keadaan atau sistem itu berfungsi. Pelajar berpeluang untuk menjalankan aktiviti untuk menguji hipotesis dan memahami kesan sesuatu tindakan terhadap sesuatu sistem atau keadaan sebelum menghadapi sesuatu keadaan sebenar.

Pengunaan simulasi selepas sesuatu pengajaran akan mengukuhkan pemahaman pelajar dan dapat memperbetulkan kesilapan persepsi yang mungkin diperolehi semasa pembelajaran sebenar.

v. Tunjuk Cara
Berguna untuk menunjukkan kepada pelajar sesuatu prosedur. Pelajar boleh memahami sesuatu prosedur sebelum melakukannya dalam keadaan sebenar. Lebih-lebih lagi melibatkan sesuatu proedur yang tidak boleh atau tidak sesuai dilakukan di dalam kelas disebabkan kekurangan peralatan, berbahaya atau terlalu kompleks.

Penggunaan beberapa gambar bersiri, simulasi atau animasi boleh digunakan untuk kaedah ini. Perlakuan secara interaktif, latihan berulang kali sehingga mahir dan lebih yakin diberi kepada pelajar sebelum melaksanakannya sesuatu prosedur dalam keadaan sebenar.

28 November 2011

Integrasi ICT dalam pendidikan

Pengajaran dan pembelajaran lebih menarik jika diintregrasikan dengan ICT. Ini akan memberi satu kelebihan dalam pnp dan dapat dimanafaatkan oleh pelajar.

19 October 2011

Kawal penggunaan komputer oleh anak-anak dengan aplikasi Windows

Bingung dengan penggunaan komputer yang sukar dikawal oleh anak-anak. Gunakan aplikasi Windows untuk menentukan masa penggunaan komputer. Penerangan ini khas untuk Windows 7 dan hampir sama dengan Windows Vista. Untuk memulakannya, gunakan built-in parental controls, log in dengan akaun administrator privileges and klik Start>Control Panel>User Accounts and Family  
 
Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman berikut: http://my-cikgu.blogspot.com/

13 October 2011

ICT/TMK dan peranannya dalam pendidikan di Malaysia

Pengenalan
 
ICT adalah merupakan gabungan kemajuan dalam komunikasi teknologi elektonik mikro dan telekomunikasi untuk menyalur maklumat supaya dapat membuat keputusan yang tepat. Dalam pendidikan, ICT boleh digunakan untuk mengumpul, menyimpan, memproses dan menyalurkan serta menyebarkan maklumat secara pantas seperti hantaran elektronik (e-mail) atau CD Rom untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran. ICT boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah pengajaran dan pembelajaran dengan menggabungkan kaedah dan teori pengajaran dengan teknologi komunikasi seperti pengajaran berasaskan komputer. Kebolehan menstruktur dan menyusun maklumat untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran merupakan kemahiran yang perlu ada pada setiap orang guru dalam zaman maklumat ini. Sistem pendidikan kini mengalami perubahan berikutan dengan perkembangan teknologi komputer dan telekomunikasi. Secara tidak langsung ia akan mempengaruhi kurikulum serta proses pengajaran dan pembelajaran dan sekolah akan dibanjiri oleh maklumat yang dibawa oleh teknologi-teknologi maklumat baru. Oleh itu proses pengajaran dan pembelajaran memerlukan pendekatan yang lebih inovatif untuk mengambil peluang daripada perkembangan teknologi maklumat serta untuk menghadapi cabaran ini, guru, pelajar, pusat sumber pendidikan,ibu bapa dan Kementerian Pendidikan mestilah menilai semula peranan masing-masing bersesuaian dengan revolusi zaman maklumat.

 
Peranan Guru, Pelajar, Pusat Sumber Pendidikan dan Kementerian Pendidikan
 
Menurut Reigelath (1987) semakin jauh kita berada dalasm masyarakat yang berteknologi tinggi, cepat berubah dan berorientasikan maklumat, semakin rendah struktur sistem pendidikan. Berdasarkan kenyataan ini kita perlu mengubah dan menilai semula cara pentadbiran sekolah, pendekatan dan cara murid belajar untuk disesuaikan dengan arus perkembangan ICT kini. Guru memainkan peranan penting dalam mengubah pendekatan dan cara murid belajar.  Pertama guru berperanan bukan lagi sebagai sumber utama memberi dan menyampaikan maklumat tetapi bertindak sebagai pemudah cara atau pengurus untuk mendapatkan maklumat.  Kedua guru harus mempunyai kebolehan menyusun semula ledakan maklumat yang diperolehi dari berbagai sumber supaya dapat dijadikan maklumat yang berstruktur untuk tujuan pengajaran. Pengetahuan dalam reka bentuk pengajaran boleh membantu guru membina bahan-bahan pembelajaran seperti hipermedia atau multimedia. Ketiga guru-guru harus tahu menggunakan teknologi komunikasi seperti CD Rom, cakera padat, hantaran melalui telesidang audio, video dan komputer untuk memudahkan proses penerimaan, penyaluran atau penyebaran maklumat kepada pelajar. Kemudahan yang dibekalkan oleh teknologi-teknologi telekomunikasi ini dapat meningkatkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran. 


Manakala peranan pelajar pula untuk mendapat faedah dari perkembangan teknologi maklumat ini, 

Pertama pelajar harus bijak mengesan, mencari, menilai, memilih dan menggunakan maklumat yang sesuai secara berkesan untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau membuat keputusan tanpa mengira daripada mana sumber tersebut diperolehi. Pelajar juga harusmempunyai kemahiran membaca, belajar dan menjalankan ujikaji serta penyelidikan untuk menjadi pengguna maklumat yang berkesan.

Kedua pelajar hendaklah mendapatkan dan melengkapkan diri dengan maklumat yang sebanyak mungkin sesuai dengan matlamat kerajaan mewujudkan masyarakat yang kaya dengan maklumat menjelang tahun 2020.

Ketiga, pelajar juga harus tahu menggunakan teknologi maklumat yang terdapat di pusat sumber sekolah. Pelajar tidak hanya bergantung kepada guru untuk mendapatkan ilmu pengetahuan tetapi hendaklah berusaha sendiri untuk mendapatkannya. Pendekatan pengajaran akan berubah daripada tingkahlaku dan kognitif ke konstruktif di mana pelajar digalakkan berfikir dan membina model mental sendiri menggunakan teknologi maklumat. Cara pelajar belajar tidak lagi terikat dalam bilik darjah tetapi belajar di pusat sumber elektronik melalui maklumat yang disalurkan oleh satelit ke pusat sumber elektronik.


Pusat Sumber Pendidikan (PSP) juga memainkan peranan dalam memastikan para pelajar dan kakitangan menjadi pengguna idea serta maklumat yang berkesan dengan :
  1. Menyediakan kemudahan yang membolehkan akses fizikal dan intelek kepada bahan-bahan pelbagai format.
  2. Menyampaikan pengajaran bagi memupuk kecekapan dan minat untuk membaca, menonton, menggunakan maklumat dan idea.
  3. Memberikan kepimpinan, pengajaran dan bantuan nasihat dalam teknologi pengajaran dan teknologi maklumat serta penggunaan prinsip-prinsip reka bantuk pengajaran yang baik.
  4. Menyediakan sumber-sumber dan aktiviti-aktiviti yang dapat menyumbangkan kepada pembelajaran sepanjang hayat.
  5. Menyediakan tempat yang dapat berfungsi sebagai pusat maklumat di sekolah yang mana kegiatan pembelajaran bersepadu antara semua mata pelajaran, semua tahap dan aktiviti pembelajaran seluruh sekolah dapat dijalankan.
  6. Mengadakan berbagai sumber dan aktiviti pembelajaran yang menggambarkan kepelbagaian pengalaman, pendapat perspektif sosial dan kebudayaan yang dapat menyokong konsep kebebasan intelektual dan akses kepada maklumat dalam sebuah masyarakat.

  Bagi Kementerian Pendidikan pula memainkan peranan penting untuk menghadapi zaman globalisasi ini. Kementerian perlu memasukkan kurikulum ICT dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) secara menyeluruh. Kementerian Pendidikan, juga harus menyelaras dan bekerjasama di antara pengeluar atau penerbit filem atau video dokumentari seperti Jendela Dunia, Hari Dalam Sejarah dan sebagainya agar program-program pendidikan ini boleh digunakan oleh institusi-institusi pendidikan. Langkah ini akan memberi peluang kepada pelajar memperolehi maklumat yang terkini dan memperkayakan lagi pengalaman pembelajaran pelajar. Selain peranan guru,pelajar, PSP , Kementerian Pendidikan, ibu bapa dan masyarakat setempat juga harus prihatin terhadap perkembangan ICT serta kesannya terhadap pembelajaran seumur hidup. Proses pembelajaran tidak hanya bergantung kepada bilik darjah tetapi akan sentiasa dipengaruhi oleh perkembangan ICT. Peluang-peluang pembelajaran pula tidak terhad dan terkongkong oleh umur, tempat, masa dan bentuk kerana ICT melahirkan suasana pembelajaran sepanjang hayat.  


KOMPUTER  DALAM  PENDIDIKAN PENGENALAN
 
     Perkembangan teknologi masa kini mempengaruhi setiap bidang kehidupan. Aspek teknologi telah digabungkan dalam kurikulum sekolah sebagai satu daya usaha ke arah menyemai dan memupuk minat serta sikap yang positif terhadap perkembangan teknologi. Budaya persekolahan seharusnya diubah daripada sesuatu yang berdasarkan memori kepada yang berpengetahuan, berpemikiran, kreatif,dan penyayang dengan menggunakan teknologi terkini. Pihak kerajaan melalui Kementerian Pendidikan berhasrat untuk  mengujudkan Sekolah Bestari yang sekali gus bertindak mengisi agenda perancangan , dan perlaksanaan Koridor Raya Multimedia (MSC). Perlaksanaan Sekolah Bestari akan membuka ruang seluas-luasnya kepada  teknologi komputer yang akan membolehkan kepelbagaian dibina dalam sistem pendidikan. Suasana ini akan  mengurangkan jurang antara mereka yang berada dan berupaya menggunakan teknologi terkini di rumah  dengan mereka yang kurang berada.

 PENGGUNAAN KOMPUTER  DALAM  PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
MATEMATIK
 
    Penggunaan komputer dalam pengajaran matematik dapat memperkembang dan memperkayakan lagi  tajuk yang diajar. Cockcroft (1982) menyarankan bahawa penggunaan komputer dalam pengajaran matematik bukan sahaja boleh memperbaiki kualiti pengajaran matematik malah penggunaan komputer juga boleh merubah kepentingan sesuatu tajuk dalam silibus matematik. Keadaan yang sama juga mungkin wujud dalam pengajaran dan pembelajaran  matapelajaran lain di sekolah. Aktiviti penyelesaian masalah adalah bahagian terpenting dalam pendidikan matematik. Pencapaian yang tinggi dalam matematik tidak bermakna jika seseorang pelajar tidak mampu melakukan proses penyelesaian masalah.     Masalah matematik harus diterjemahkan kepada sebutan dan bahasa matematik sebelum ianya diselesaikan. Langkah terjemahan seperti ini memerlukan fahaman yang lengkap terhadap struktur konsep yang terkandung dalam masalah tersebut. Keadaan ini telah enyebabkan kesukaran pembelajaran di kalangan setengah-setengah pelajar. 

    Dalam beberapa kajian yang telah dijalankan (Henderson and Landersman, 1992) mendapati :
  1. Pelajar yang menggunakan komputer dalam matematik mempunyai sikap yang lebih positif terhadap dirinya     sebagai ahli matematik dan berkeupayaan menyelesaikan masalah yang lebih kompleks.
  2. Perisian komputer yang digunakan dalam proses pengajaran akan dapat membantu pelajar memahami      konsep dan prinsip matematik dengan mudah dan berkesan.
  3. Pencapaian pelajar dalam peperiksaan akhir menunjukkan peningkatan yang ketara.
  4. Kumpulan yang belajar berbantukan komputer mempunyai kemampuan mengekalkan maklumat dalam jangka masa yang lebih lama dan dapat menggunakannya dalam bidang-bidang lain.
    Dalam pendidikan matematik, komputer boleh berperanan untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti berikut:-
  1. Penghasilan Bahan Kurikulum.
  2. Latih Tubi.
  3. Tutorial.
  4. Ulangkaji
  5. Pemulihan dan Pengayaan.
  6. Simulasi
  7. Pengiraan.
  8. Alat Bantu Mengajar
      Selain daripada itu, menurut (Baharuddin & Mohd, 1995) komputer banyak memberi kebaikan dalam pengajaran dan pembelajaran khususnya :-
  1. Memberi peluang kepada pelajar untuk belajar sendiri berdasarkan kemampuan masing-masing.
  2. Memudah dan mempercepatkan kefahaman sesuatu konsep matematik.
  3. Menjadikan aktiviti pembelajaran menarik dan menyeronokkan
  4. Membekalkan lebih banyak maklumat dan pengetahuan kepada pelajar
  5. Membantu pelajar mengulangi sesuatu isi pelajaran berulang kali
 
KESIMPULAN
    Penggunaan komputer dalam pendidikan adalah merupakan langkah awal ke arah mewujudkan masyarakat berteknologi selaras dengan hasrat Wawasan 2020. Institusi pendidikan sebagai wadah terpenting bagi mencapai matlamat tersebut. Potensi dan kecanggihan teknologi perlu dimanfaatkan sepenuhnya. Untuk mancapai matlamat pendidikan di Malaysia, satu anjakan paradigma diperlukan dalam cara pemikiran dan penggunaan teknologi ( Wan Zahid, 1996 ). Usaha perlu dibuat dan penglibatan secara menyeluruh perlu dilakukan sehingga kita mampu mereka dan menghasilkan sesuatu mengikut acuan pemikiran kita sendiri, tanpa bersandar dan berharap kepada orang lain. Selagi kita bertaraf ‘pengguna’, selagi itulah kita tidak mampu merubah apa-apa.




14. Blog Hanz


15. Cikgu-zaki



15 September 2011

Video Dalam Pendidikan

Salam sejahtera,

Sebulan lebih tak buat post disebabkan terlalu sibuk dengan urusan kerja, penyelidikan dan inovasi dan yang lebihnya melayan kerenah anak-anak menyambut Hari Raya aidilfitri. Mungkin belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya aidilfiri kepada pengunjung blog ini.

Post sebelum ini ada dijelaskan nota berkaitan penerbitan video, sejarah, ciri-ciri dan penerbitannya khusus untuk pendidikan. Kali ini akan membicarakan tentangamali penerbitan video untuk pendidikan dan minggu ini dan minggu sebelumnya (sebelum raya) pelajar PISMP sibuk dengan amali video untuk menyiapkan klip video pendidikan untuk tempoh 3 - 5 minit. Nampaknya semuanya bersemangat dan kreatif menghasilkan yang terbaik. Antara jenis video yang dihasilkan oleh pelajar ialah:

  • Tunjukcara
  • Lakonan
  • Animasi
  • Temuramah
  • Puppet

Antara amali yang menarik dan kreatif ialah penghasilan animasi berkaitan dengan pendidikan. Pelajar menggunakan lukisan dan cebisan kertas yang difotokan dengan kamera DSLR. Dengan setting kamera yang betul berpuluh-puluh / ratus keping foto perlu diambil dengan perancangan yang rapi. Foto-foto itu kemudiannya diedit dengan Movie Maker untuk dijadikan video.Langkah seterusnya ialah memasukkan narasi, muzik latar dan kesan bunyi. Diharapkan amali seperti ini dapat mengasah bakat mereka untuk menjadi bakal guru yang kreatif dalam penghasilan media yang menarik untuk pnp.



Bersama pelajar juga, sebuah muzikal drama dihasilkan untuk sambutan kemerdekaan ke-54. Lakonan dan nyanyian pelajar memberangsangkan walaupun penggambaran hanya dibuat di sekitar institut. Tahniah kepada pelajar yang menjayakan lakonan tersebut.
Diharapkan pengalaman sepanjang penggambaran akan memberikan pengalaman yang bermakna kepada pelajar.

 

Pengunjung Blog

Flag Counter

Ahli Blog

Apps Pembelajaran

TRAFIK