Test Footer

24 June 2016

Pendekatan Tingkahlaku

Pendekatan Tingkahlaku menumpukan perhatian kepada pemilikan kandungan mata pelajaran.  Ia muncul dari aplikasi psikologi operan(operant psychology) yang dipelopori oleh Skinner(1974).  Pendekatan ini menggunakan penguasaan isi kandungan mata pelajaran sebagai pengukur kejayaan pengajaran. Skinner(1974) mencadangkan tiga perkara untuk interaksi antara tingkahlaku dan persekitaran iaitu ketika bila tingkahlaku berlaku, tingkahlaku itu sendiri dan aktiviti pengukuhan.  Matlamat pendekatan  ini ialah untuk membentuk tingkahlaku terakhir yang boleh diperhati dan dinilai.  Aplikasi prinsip psikologi operan ini mencipta suatu alat untuk Pendidikan Jasmani mencapai matlamat bertanggungjawab.

Kaedah Pengajaran Integrasi

Konsep :
Adalah satu cara mengorganisasikan program pengajaran supaya bahan dan kemahiran dalam kurikulum boleh disalingkaitkan dan digunakan berasakan fungsinya. Kaedah ini menyatukan topik-topik dalam kurikulum dengan pengalaman sekolah seorang kanak-kanak.

Konsep kaedah ini adalah kaedah yang berasaskan individu dan harus diamalkan dalam persekitaran pembelajaran yang bebas. Kaedah ini juga berorientasikan kaedah penyelesaian masalah.
Tujuan Kaedah.
Tujuan kaedah ini dijalankan ialah untuk mengajar murid-murid menjadi penyelesai masalah yang berdikari.Kaedah ini turut membantu murid memahami dan menghargai bahawa pembelajaran sekolah adalah saling kait dan bukit unit-unit yang tersendiri.

Menekankan proses pembelajaran dan bukannya subjek dan kemahiran spesifik.Mementingkan pembelajaran nilai sosial di mana murid-murid digalakkan bekerjasama di antara satu sama lain secara koperatif.

Peranan Guru Dalam Kaedah Pengajarn Integrasi.
Sediakan tempat dan menyediakan persekitaran di mana murid-murid dapat melibatkan diri dalam kegiatan dari segi minat, kebolehan, keperluan, personality dan motivasi. Persekitaran mestilah mesra dan bebas dari tekanan.

Menstruktur dan membimbing penerokaan kanak-kanak tetapi haruslah menggalakkan mereka berinisiatif.

Menyediakan bahan-bahan permainan yang sesuai untuk membina, mengguna, memanipulasi, mencuba, meneroka dan memerah otak.Belajar bersama murid-murid.

23 June 2016

Kaedah Projek

Professor William Kilpatrick (1871- 1965) dlm Sharani (2007) telah memperkenalkan kaedah projek ini. Kaedah projek ini diperkenalkan berlandaskan teori pembelajaran yang menyatakan bahawa hasil pembelajaran pelajar akan menjadi lebih berkesan jika pelajar sering bersedia untuk melaksanakan aktiviti pembelajaran yang dirancangkan

Kaedah Kolaboratif

Kolaboratif bermakna satu situasi di mana terdapat unsur bermuafakat serta tolak ansur di antara beberapa individu atau pihak untuk menghasilkan sesuatu yang berkesan. Maka pembelajaran kolaboratif adalah satu kaedah di mana sekumpulan murid bermuafakat serta berganding bahu untuk melakukan aktiviti pembelajaran dengan bimbingan sebaya demi untuk menuju ke arah satu matlamat.  Ahli kumpulan berbincang, merancang dan membuat persediaan untuk menyelesaikan masalah tugasan yang diberikan oleh guru.  Pembelajaran kolaboratif memerlukan semangat setiakawan, saling percaya, mempercayai dan mampu menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi.  Prinsip pembelajaran ini ialah kesebayaan, eksperimen, berinteraksi dan kepimpinan.

Kaedah Tradisional

Ia meliputi:
  • Tugasan membaca buku teks 
  • Kuliah 
  • Mengucap dengan kuat 
  • Tumpuan kepada perbendaharaan 
  • Laporan secara lisan oleh murid 
  • Mengkaji semula(riview) 
  • Ujian,kuiz dan peperiksaan

Pendekatan Humanistik

Pendekatan Humanistik menekankan perasaan seseorang itu terhadap pengalaman pembelajaran. Fokus ditumpukan kepada seseorang pelajar dan memberi peluang untuk penglibatan individu secara mendalam.  .Pembelajaran adalah melalui pengalaman.di mana pelajar digalak untuk bertindak sendiri untuk menemui sesuatu.  Pendekatan ini mementingkan pelajar sebagai individu yang berpotensi dan menitikberatkan pembangunan sosial dan emosi individu.

Mengikut Hellison (1973) dalam bukunya Humanistic Physical Education terdapat empat matlamat yang boleh menolong seseorang guru untuk membentuk cara pengajaran Pendidikan Jasmani ke arah kemanusiaan iaitu penghargaan diri(self esteem), merealisasikan diri(self-actualization), kefahaman diri(self-understanding) dan pertimbangan sosial(social consideration).

22 June 2016

Teknik main peranan

Satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan lakonan spontan mengenai sesuatu situasi atau masalah oleh sekumpulan murid yang dipilih.  Melalui aktiviti ini murid boleh mendapat gambaran dan pengalaman yang baru.  Lakonan ini dilakukan tanpa menggunakan sebarang skrip.  Ia boleh dilakukan secara berstruktur atau tidak berstruktur.

01 May 2016

Penggunaan Perisian Suntingan Audio Percuma

Sekiranya anda memerlukan perisian suntingan audio untuk kerja-kerja rakaman audio atau menyunting semula audio seperti muzik, syarahan, lakunan dan sebagai, Audacity boleh membantu. Sila dapatkan maklumat lanjut... modul dan pautan disediakan.

26 March 2016

Cikgu guna la Google for educator

Anda seorang guru? Sudah selongkar apa yang ada dalam Google? Google rr Uncle Google adalah jenama yang cukup terkenal, sebut apa nak cari, tanya je Uncle Google.

Kalau korang seorang guru, Google sediakan khas aplikasi Google For Educators. Saya menyarankan kepada Guru Malaysia, jangan tunggu pihak kementerian menyediakan sistem LMS untuk anda gunakan untuk pelajaran, kemudahan yang disediakan oleh Google dalam Aplikasi Google For Educators adalah lengkap, malah yang terbaik setakat ini berbanding LMS yang terdapat di pasaran. Aplikasi ini adalah percuma dan hanya memerlukan pengaktifan akaun gmail. Tiada sebarang kos kepada Kementerian Pelajaran Malysia dan juga pengguna. Jika semua aplikasi dalam pakej ini digunakan sepenuhnya, perkongsian maklumat dapat dilaksanakan dengan berkesan. Pembelajaran dan pengajaran kolaboratif dapat diaplikasikan, malah secara kreatif boleh menjadikan perjalanan kelas lebih menarik tanpa kos yang tinggi. Kemudahan seperti Google doc, Calendar, iGoogle, Picasa, Google Map, iBook dan Blog boleh diakses dengan hanya berasaskan kepada akaun gmail sahaja.

Ok, apa tunggu lagi. Cikgu canggih, carapun kena canggih!!

30 October 2015

Teknologi dan Media Pengajaran - TPACK

29 September 2015

Smartphone: Berbaloi ke membeli yang mahal?

Sekarang ni seperti menjadi satu kemestian setiap orang memiliki smartphone. Dunia semakin canggih dan masing-masing tidak mahu ketinggalan dalam arus informasi yang semakin hangat. Sama ada menjadi penghantar atau penerima berita, setiap orang di mana sahaja sibuk 'menguruskan' tugas masing-masing....hmm kekadang duk semeja pun senyap-sunyi, selesa chating online, cek post teks, video dan gambar. Semua urusan ofis pun pakai online je. Tidak dinafi semua itu hanya boleh menggunakan smartphone sahaja.

Smartphone ni melambak di pasaran. Lorong terang, lorong gelap, pasar malam, gedung membeli-belah sampailah dalam online, penjual Smartphone berlumba-lumba mempamerkan barangan dengan tawaran hebat. Harga pun, kalau versi baru tu harganya cecah ribuan ringgit. Tetapi ada yang hobinya tukar Smartphone tidak kira berapa harga. Berbaloi ke? Di bawah ni diberi panduan yang boleh dipertimbangkan:

Keperluan atau kehendak?
Telefon memang satu keperluan sebab komunikasi berlaku setiap masa. Kehendak pula adalah naluri atau lebih tepat nafsu. Tak salah memiliki Smartphone yang mahal tetapi berkiralah dengan bajet. 

Telefon yang mahal memang tahan lama dan lasak. Belilah yang mahal jika mampu, tetapi yang murah pun boleh digunakan. Kalau asyik tukar bila keluar Smartphone baru, itu kehendak....abaikan sikap ni ya. Kalau Trade-in pun harganya jauh dari yang sepatutnya.

Taksub dengan resolusi kamera..
Bila nak beli Smartphone soalan yang ditanya: Kamera dari berapa megapixel? 5, 8, 10 12? Ada betulnya beli pixel yang besar - untuk dapat imej yang cantik, tetapi harganya mahal. Sebenarnya, 5 megapixel pun sudah mencukupi kecualilah anda memang mempunyai citarasa besar. Biasanya megapixel ini lebih dominan untuk cetakan, justeru kamera dslr memang perlukan justifikasi megapixel besar. Kalau setakat dipapar dalam Smartphone, cukuplah ala kadar. 

Kita guna kamera Smartphone untuk snap gambar instant, jadi yang penting adalah kelajuan shutterspeed kamera Smartphone ni. Shutter yang laju akan menajamkan gambar disupport pula dengan ISO yang tinggi.

Terpersona dengan kepintaran Smartphone
Pengeluar Smartphone berlumba-lumba mengiklankan kehebatan smartphone masing-masing. Teringat saya bila membeli Smartphone pertama, pilihan utama adalah Smartphone yang mempunyai pen stylus. Kononnya untuk membuat catatan semasa mesyuarat atau buat nota ringkas. Tambahan pula, dengan pen tu boleh buat macam-macam ;) Guna dua tiga kali je dan akhirnya, pen tu senyap dalam sarungnya. Cantik lagi.

Cuba kira, berapa peratus kemudahan tersebut digunakan? Beli spec yang biasa sudahlah asalkan ada kamera dan boleh akses internet.

Jadi, fikirkan jika hendak tukar Smartphone anda...Berbaloikah beli yang mahal?


 

Pengunjung Blog

Flag Counter

Ahli Blog

Apps Pembelajaran

TRAFIK