Test Footer

14 August 2011

Media Pengajaran Dan Pelajar

Fungsi utama media pengajaran adalah bagi memudahkan para pelajar memahami isi pengajaran dan mencapai objektif pengajaran guru. Media pengajaran yang berkesan haruslah dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran justeru  itu, guru-guru yang mempunyai daya kreativiti, bijak memilih bahan yang sesuai sama ada bahan yang digunakan bahan elektronik atau bukan elektronik, dan  mengaplikasikan kaedah pengajaran yang terbaik. 

Antara perkara penting yang perlu diperhatikan ialah sejauh manakah alat berkenaan dapat memberi manfaat kepada guru dan pelajar-pelajar. Keberkesanan Bahan Bantu Mengajar bukan sahaja ditentukan oleh kualitinya tetapi juga oleh teknik penggunaannya dalam situasi bilik darjah. 

Terdapat berbagai bentuk media yang boleh digunakan seperti peralatan elektronik: komputer, televisyen, radio dan sebarang alat audio video. Peralatan bukan elektronik  juga berkesan seperti peta, carta, surat khabar, bahan manipulatif, tangram, papan paku, bongkah kayu dan sebagainya. Yang penting adalah bagaimana media tersebut dapat memberi kesan yang baik kepada pelajar sehingga perubahan dari segi kognitif dan tingkah laku berlaku. Penggunaan media pengajaran dapat mengatasi masalah seperti disiplin pelajar, kekurangan masa, kawalan kelas, dan kurang minat pelajar terhadap pengajaran guru. Media pengajaran bukan sahaja dapat meningkatkan rasa ingin tahu di kalangan pelajar, bahkan dapat menambahkan variasi kepada teknik pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.

Menurut Yusup Hashim (1977), dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah, pelbagai media pengajaran digunakan sebagai satu cara untuk menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan berkesan. Mok Soon Sang (1996), pula mengatakan bahawa penggunaan media pengajaran dalam proses pengajaran adalah amat penting. Ini kerana ia dapat membantu guru menyampaikan pengajaran dengan mudah, cepat serta menarik. Media pengajaran yang disediakan mestilah bersesuaian dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Manakala isi kandungan haruslah tepat dan berkait rapat dengan topik yang hendak diajar.

Pada amnya, cara menggunakan media pengajaran hendaklah diuruskan dengan betul dan cekap supaya pelajar dapat memahami dan mengekalkan konsep atau fakta matematik dalam ingatan mereka. Selain sebagai bahan tambahan kepada penyampaian pengajaran secara lisan oleh guru, penggunaan media pengajaran sebenarnya turut memberi peluang kepada pelajar memperolehi pengetahuan melalui penggunaan pelbagai deria, iaitu deria penglihatan, deria sentuh, dan deria pendengaran. Sebagai contoh media pengajaran untuk pengajaran dan pembelajaran matematik termasuklah:
  1. Bahan-bahan pembilang seperti manik-manik berwarna, blok-blok kayu pelbagai    bentuk, penyedut minuman, butang, kayu aiskrim dan sebagainya.
  2. Bahan berbentuk kertas seperti kad, carta, kertas graf dan sebarang kertas.
  3. Alat-alat pengukuran seperti cawan mainan, tin dan botol.
  4. Alat permainan dan teka teki matematik.
  5. Alat elektronik seperti computer, kalkulator dan internet
  6. Model-model pertalian geometri seperti papan paku atau geoboard,
  7. Tangram, model geometri kayu ataupun plastik.

Ciri-ciri Video Yang Berkesan Untuk Pnp

Era teknologi ICT memberikan kelebihan kepada pendidikan untuk memberikan yang terbaik dalam ruang pembelajaran. Penggunaan video sebagai media pengajaran memberikan satu pengalaman baru kepada sebilangan pelajar. Media video sama ada ditayangkan melalui LCD atau dipancarkan terus melalui televisyen dapat membawa pelajar ke mana-mana sahaja, terutama sekali jika tempat atau peristiwa yang ditayangkan itu terlalu jauh untuk dilawati, atau merbahaya. Dengan penayangan video, pelajar dapat merasa seolah-olah mereka berada atau turut serta dalam suasana yang digambarkan.

Sebagai contoh, proses penjanaan elektrik dapat ditunjukkan kepada pelajar melalui video. Ianya dapat membantu pelajar membayangkan cara kerja stesen janakuasa elektrik di samping memberi pengalaman kepada para pelajar secara visual. Menurut Norizan (2002) di dalam Norhaziana (2005), beliau menyatakan bahawa sesuatu media berbentuk simulasi adalah perisian yang memberi gambaran situasi sesuatu keadaan. Pengguna akan seolah-olah berada di tempat kejadian dan boleh bertindak balas terhadap keadaan tersebut.

Video juga dapat memanipulasi masa samada mempercepatkan waktu (Contoh: percambahan biji benih) atau melambatkan waktu (Contoh: memperlahakan pergerakan proses seperti mesin). Video juga dapat membantu dalam mengubah sikap seseorang pelajar dengan menarik minat mereka sewaktu mengikuti pembelajaran. 

Disebabkan video memaparkan imej sebenar berbanding animasi, ianya lebih "dipercayai" terutama di kalangan kanak-kanak. Seringkali video digunakan sebagai agen pemujuk  (persuasive) dan ianya lebih berkesan jika dibandingkan dengan kaedah syarahan. Sebagai contoh dalam mengajar pelajar mengenai gula dalam diet. Contoh yang menunjukkan kesan daripada mengambil makanan yang mengandungi terlalu banyak gula dapat membantu pelajar mengubah sikap untuk mengurangkan pengambilan gula dalam diet mereka.

Bagaimanakah yang dikatakan video yang berkesan untuk pnp?
  1. Video yang digunakan hanya untuk tempoh 3-5 minit tetapi mencakupi kandungan yang perlu.
  2. Video yang terus fokus kepada kandungan pengajaran
  3. Berlatarbelakangkan muzik yang sesuai dan mempunyai kesan bunyi sesuai dengan paparan.
  4. Gambar jelas dengan syot yang boleh menjelaskan imej.
  5. Tiada gangguan iklan, perkataan atau simbol yang tidak relevan
  6. Berwarna, bunyi audio dan plot yang mudah.

09 August 2011

Modul Suntingan Audio - AUDACITY

Berikut disertakan Modul Audacity secara asas untuk menjadi panduan dalam pelaksanaan amali audio. Modul ini asas sahaja, kemahiran lain akan didedahkan dalam kuliah nanti. Seperti biasa, setiap kumpulan perlu menghasilkan hasil kerja amali. Kali ini, rancang sebuah cerita kanak-kanak untuk tempoh 3 -5 minit. Masukkan narasi, muzik latar dan bunyi efek. Fail efek boleh diambil dari laman web yang dipaut dari laman ini. Gunakan Audacity sepenuhnya dan simpan dalam format WAV atau MP3. Saya harap semua pelajar akan memberi kerja sama.

Perisian Suntingan Audio Audacity

08 August 2011

Teknik Penghasilan Transparensi

Ada yang menganggap OHP dan transparensi tidak relevan lagi digunakan di era serba canggih ini. Cikgu-cikgu lebih selesa guna MS Powerpoint dan LCD. Andainya LCD rosak, OHP yang tersorok celah almari dan berabuk boleh menyelamatkan keadaan. Tetapi kalau nak guna OHP, janganlah guna sekeping transparensi je, be creative.. Berikut ditunjukkan 6 teknik penghasilan transparensi yang boleh dibuat dengan mudah:

1. Teknik terbuka
 
Transpernsi teknik terbuka


Teknik ini paling mudah dihasilkan. Dengan hanya sekeping transparensi dan kalau boleh ada bingkai (Tak wajib), lukis le apa yang hendak dilukis dengan pen OHP Menggunakan kaedah fotostat di kedai fotostat . Sediakan illustrasinya samada dilukis ada dicetak dengan komputer. Boleh juga guna cetakan dengan menggunakan ink-jet filem. Rekabentuk menggunakan komputer dan cetak.


2.  Teknik tetingkap




Teknik ini sesuai digunakan untuk menguji ingatan murid. Transparensi ditutup dengan tetingkap yang dibuat daripada kertas tebal, lebih kurang macam tingkap rumah kayu. Cuma enselnya dibuat dari masking tape, jangan dilipat tetingkap tu. Potong habis kotak tetingkap dan sambungkannya dengan masking tape. Ini untuk mengelak tetingkap tertutup semula bila dibuka, nanti tak cukup jari nak pegang seperti dalam transpensi atas sebelah kanan. Sesuatu imej boleh dibuka dan ditutup dengan mudah.

3.  Teknik berlapis 

 
Teknik ini sesuai untuk menunjukkan bahagian-bahagian tertentu pada manusia, haiwan, mesin dan sebagainya. Contohnya untuk memaparkan organ dalam badan:
Transparensi 1- keseluruhan bentuk luaran tubuh
Transparensi 2- mulut dan kerongkong
Transparensi 3- paru-paru
Transparensi 4- jantung
Transparensi 5- organ lain  

Teknik ini agak teknikal sedikit. Boleh guna sehingga 5 keping transparensi serentak tetapi semasa guna, tayang satu demi satu.
Lapisan 1, dibahagian bawah bingkai bagi imej asas.
Lapisan 2,3,4,5 di bahagian atas bingkai. Lukis imej ikut peringkat demi peringkat. Sebelum melukis, tampal (matikan) illustrasi dibahagian bawah dan tekap. Jangan tanggal illustrasi sehingga habis melukis. Gunakan pen OHP berwarna-warni.


4. Teknik pusingan


Teknik sesuai untuk menunjukkan proses atau kitaran. Contohnya kitaran hidup katak dan rama-rama. Nak buat sangat mudah. Seperti gambar di atas, boleh dibuat objek berpusing dengan kertas tebal untuk menutup bahagian tertentu. Bahagian yang berlubang akan dipapar. Atau guna transparensi seperti gambar 2 dan 3. Lukis, fotostat atau cetak imej.


5.  Teknik bergerak/ animasi

Pelajar saya bila saya kata transparensi pun boleh buat animasi, mereka agak teruja! Sebenarnya bahagian-bahagian tertentu pada imej boleh digerak-gerakkan. Contohnya transparensi kiri, tangan imej tu boleh dibengkokkan.
Teknik ini memerlukan kreativiti dalam memanipulasi plastik transparensi tu. Sambungkan bahagian yang bergerak tu dengan benang atau pin.


6. Teknik bercerita dengan CD/DVD

Teknik ini agak susah jadi inilah yang diperlu dihasilkan oleh pelajar saya. Contohnya seperti cerita kanak-kanak dalam gambar di atas: KAMBING MENIPU HARIMAU. Kelebihan teknik ini, tranparensi mungkin menggabungkan dengan teknik berlapis, animasi dan sebagainya serta menggunakan audio berserta narasi, muzik dan efek bunyi. Transparensi dibuka atau ditukar satu-satu mengikut audio. Skrip perlu disediakan dengan garis panduan penggunaan.

Nak hasilkannya perlukan perancangan, iaitu:
Tentukan objektif - tentukan tajuk
Kutip data/ maklukmat
Rekabentuk skrip, papan cerita, fail audio
Rakam audio dan bentuk illustrasi
Bentukkan teknik transparensi dan rakam audio
Sunting audio dengan memasukkan muzik latar dan efek bunyi
Implementasi

02 August 2011

OHP - Transparensi

Salam sejahtera,

Minggu ke 7: OHP diperkenalkan sebagai salah satu media tayang yang berkesan. Walaupun peralatan ini sudah 'lama' tetapi masih digunakan di sekolah atau pusat pengajian tinggi. Ada pensyarah menggunakannya untuk demo dalam pengajaran matematik bagi bilangan pelajar yang ramai. Semuanya jelas dan mudah digunakan. Hanya gunakan plastik lutsinar dengan pen transparency.


 Overkead projector (OHP) dan perkakasan dalam yang ringkas


Peralatan yang ringkas dengan kos minima.


OHP atau Over Head Projector (Transparency) adalah peralatan mudah - maksudnya tidak memerlukan kemahiran teknikal yang sukar untuk mengendalikannya. Hanya sambungkan kepada punca elektrik dan gunakan. Pada asasnya, OHP hanya menggunakan mentol berkuasa 500watt hingga 700wat, kipas penyejuk, pentas cermin, kanta, pelaras / tombol fokus, dan sebagainya.



Jika rosak, kebiasaanya disebabkan mentol rosak atau sambungan kabel/ fius terputus. Jika mentol rosak (terbakar) sediakan mentol baru untuk penukaran. Langkah-langkah menukar mentol:
  1. Cabut kabel kuasa dari punca kuasa
  2. Biarkan OHP sejuk terutama bahagian mentol.
  3. Gunakan duit syiling untuk membuka pentas kaca. 
  4. Keluarkan mentol yang rosak.
  5. Keluarkan mentol baru dari bekasnya. Jangan pegang mentol dengan tangan. Gunakan kain atau pembungkus plastik untuk mengelak mentol dari kelembapan yang boleh merosakkannya. Jika terpegang, cuci mentol dengan alkohol jernih.
  6. Pastikan mentol dipasang dengan kemas.
  7. Tutup semula penutup kaca dan sambungkan OHP ke punca kuasa.
Untuk menggunakan OPH, plastik transparensi diperlukan samada dari jenis tulis terus, fotostat, termal atau cetakan komputer. Terdapat berbagai teknik penghasilan transparensi iaitu:
  1. Terbuka - paling mudah dan banyak digunakan
  2. Tindan tindih
  3. Tetingkap
  4. Berputar
  5. Animasi / bergerak
Saya akan demo cara guna OHP dan transparensi semasa kuliah nanti.

30 July 2011

Guru dan Kreativiti

Kreativiti dan inovasi selalu diwar-warkan oleh kerajaan dalam segenap aspek. KIK dan inovasi dinobatkan sebagai satu cara penyelesaian pengurusan peringkat organisasi malah boleh dilanjutkan sehingga ke peringkat yang lebih luas.


Sebagai seorang guru, anda seharusnya selalu berinovasi dan kreatif untuk klien anda (murid-murid). Sekarang ni nazir sedang observe bakal guru-guru cemerlang dan salah satu aspek yang dinilai adalah inovasi, kreativiti dan penulisan. Seseorang guru seharusnya mengetahui banyak perkara tentang penghasilan media dan jangan hanya pandang komputer sahaja sebagai media utama anda. Seseorang guru harus kreatif dalam menarik minat pelajarnya. Selalu guna LCD/laptop pun, pelajar jemu jugak tengok apalagi kalau masih format yang sama (Powerpoint) sudah tentunya tiada apa yang menariknya. Guru-guru yang kreatif akan guna apa sahaja yang ada, tak semestinya dibeli. Biji saga, lidi, batu-batu kecil boleh dijadikan pembilang, botol mineral dijadikan terrarium, potongan akhbar + belon dijadikan topeng, setoking sebelah (basuh dulu) dijadikan puppet dan macam-macam lagi. Terkini sedikit, rajin cari bahan dalam internet - Google, Youtube, Scholar, panoramio dll.

Bagaimana nak hasilkan media yang berkesan???

Mudah je..banyak model yang boleh digunakan untuk penghasilan bahan seperti ASSURE, ADDIE dll.Latih diri menggunakan model ni. Kebanyakan model penghasilan media terutama yang berasaskan kepada bilik darjah bersandarkan kepada 6 bidang:  
  1. Menentukan keperluan pelajar
  2. Menentukan matlamat dan objektif
  3. Membina prosedur penilaian
  4. Mereka bentuk dan memilih strategi penyampaian
  5. Mencuba sistem pengajaran
  6. Menilai keseluruhan sistem
    Maknanya, segala media yang nak dihasilkan perlu memikirkan bagaimana pelajar anda (Dah diterangkan dalam kuliah- Psikologi trait/gaya pembelajaran/l.belakang dll). Jangan lupa objektif pnp dan seterusnya.. Dalam pembinaan media, terdapat 3 kaedah:
    1. Buat sendiri
    2. Ubahsuai media sedia ada
    3. Beli
    Semua perkara di atas ada prosedur masing-masing (telah dikuliahkan) Jadi terpulang pada guru bagaimana membentuk media pnpnya.

    OK. Bagi pelajar H2 dan H3 PISMP, dah siap bahan 3D anda? Saya harapkan semua kumpulan perlu bertanggungjawab menyiapkannya. 2 kumpulan telah siap dan letakkannya di dalam display cabinet. Semua pelajar boleh tengok dan nilai. Nampak cantik dan kreatif. Kalau ada masa, saya akan postkan dalam blog ni. Cepat hantar supaya media anda juga tersiarrr..

    Selamat Maju Jaya.

    27 July 2011

    Penerbitan Video

    1. PENGENALAN

    Filem dan video merupakan bahan yang amat penting dalam kehidupan manusia pada hari ini. Bahan-bahan media ini mampu mempengaruhi pemikiran khalayak. Dalam teori asas komunikasi, iaitu Teori Penentuan Agenda, media mampu menentukan tajuk perbualan khalayak pada bila-bila masa.


    2. SEJARAH

    THOMAS ALVA EDISON

    - 1887 edison telah mencipta Kinetoscope.
    - Merupakan alat perakam dan penayang gambar.

    - Gambar dirakam atas pita celluloid yang dicipta oleh George Eastman.


    LUMIERE BERSAUDARA

    - Mencipta CINEMATOGRAPHE 1895.

    - Merupakan kombinasi kamera, alat memproses filem dan projector.

    - 28 Dis. 1895 Lumiere telah menayangkan 10 buah filem pendek kepada umum di Paris yang mengambil masa selama 20 minit. Jumlah penonton ialah 200 orang dan mereka dikenakan bayaran. Kali pertama filem mereka ditayangkan dan dikenakan bayaran

    - Salah sebuah hasil rakaman pertama mereka yang ditayangkan ialah “Workers Leaving the Lumière Factory”


    2.1.2 SEJARAH PERALATAN VIDEO

    - Perakam video pertama dipasarkan oleh AMPEX dalam tahun 1956 yang menggunakan pita bersaiz 2 inci dan hanya digunakan oleh stesen tv

    - Sony dan Phillip memasarkan VTR pertama mereka dalam tahun 1963.

    - Sony pertama kali memasarkan perakam video untuk kegunaan rumah dalam tahun 1965.

    - Sony mengeluarkan VTR format U-Matic 1971 dan U-Matic Hi-Band 1980 an

    - 1977 pita VHS (Video Home System) diperkenalkan oleh JVC.


    2.1.3 PERKEMBANGAN PEMBIKINAN FILEM 


    GEORGES MELIES DARI PERANCHIS

    - Georges Melies telah mengarahkan 531 filem diantara tahun 1896 hingga 1914, dari satu minit hingga 40 minit.

    - “A Trip To The Moon” telah ditayangkan pada tahun 1902

    - Georges Melies telah memperkenalkan teknik penyuntingan.

    EDWIN S. PORTER

    - The Great Train Robbery, filem cowboy pertama 1903
    - Edwin merupakan pembantu kepada Edison. 

    DW GRIFFITH
    - The Lonely Villa 1909
    - The Birth of Nation 1915
    - Mula-mula memperkenalkan sudut kamera, saiz long shot dan close up shot.


    3.0 JENIS-JENIS FILEM

    3.1 FILEM CEREKA
    Filem rekaan, rekaan atau fiksyen serta untuk hiburan.

    3.2 FILEM DOKUMENTARI
    Filem berkaitan kebenaran menurut pandangan pembuat filem dan bukan rekaan.

    3.3 FILEM EKSPERIMENTAL
    Filem yang berkaitan kebenaran yang mengetengahkan pandangan peribadi.


    PERANCANGAN PENERBITANN VIDEO


    A. PLANNING
    - Buat perbincangan dengan ahli kumpulan untuk mendapatkan idea.

    - Seterusnya menulis sinopsis, olahan cerita atau treatment dan skrip

    - Kertas cadangan

    4.1. KERTAS CADANGAN
    - Kertas cadangan secara lengkap biasanya ditulis selepas Sinopsis dan Olahan Cerita atau Treatment dibuat. - Tujuan Kertas cadangan adalah untuk mempengaruhi Penerbit untuk menerima cadangan skrip dan diterbitakan menjadi sebuah rancangan yang boleh disiarkan.

    4.1.1 KANDUNGAN KERTAS CADANGAN
    - NAMA RANCANGAN
    Nama rancangan di mana skrip atau rancangan ingin disiarkan.

    - JENIS RANCANGAN
    Sama ada drama, dokumentari, rancangan majalah atau masakan

    - TAJUK RANCANGAN/ DRAMA/ DOKUMENTARI
    Tajuk penerbitan tersebut

    - KHALAYAK SASARAN
    Khalayak umum atau khusus seperti wanita

    - TUJUAN RANCANGAN/ DRAMA
    Mengapa rancangan atau drama tersebut perlu diterbitkan. Apakah matlamat yang hendak dicapai

    - BAHASA SIARAN
    Bahasa pengantar

    - SINOPSIS
    Secara ringkas

    - OLAHAN CERITA/ SKRIP
    Ditulis dalam kertas lain dan disertakan dengan kertas cadangan.
    Perlu menyusun sinopsis dahulu sebelum membuat olahan. Biasanya orang akan membaca sinopsis dahulu sebelum membaca olahan

    - MAKLUMAT LAIN
    Seperti kos pembiayaan, tenaga kerja, lokasi penggambaran, jumlah pelakon jika berkaitan, peralatan yang digunakan, jenis muzik dan perkara lain yang difikirkan perlu.

    Nama:
    Tempoh:
    Objektif program video:
    Tujuan program video:
    Sinopsis
    Olahan Cerita/ Treatment:
    Kos Produksi/ Penerbitan
    Tenaga Produksi:

    Title:……………………. Date:…………………… Page: ……………...

    Cadangan menghasilkan program video bertajuk :

    Genre:

    Sasaran penonton:

    25 July 2011

    Pengurusan Pusat Sumber

    1. Pendahuluan

    Sistem pendidikan di Malaysia kini telah melangkah ke suatu era yang lebih mencabar. Selaras dengan itu kemudahan perkhidmatan maklumat yang sedia ada di pusat-pusat sumber sekolah di seluruh Malaysia perlu dipertingkatkan supaya memenuhi citarasa pendidikan semasa. Justeru itu, pembangunan pusat sumber sekolah (PSS) secara yang lebih ideal akan lebih mudah dilaksanakan sekiranya satu garis panduan beserta piawaian yang lengkap bagi membantu pengurusan pusat sumber sekolah dari segi :
    • Perkhidmatan
    • Perkembangan Koleksi
    • Struktur Organisasi
    • Kemudahan Fizikal
    • Pentadbiran
    2. Perkhidmatan
    2.1 Pertimbangan umum

    Perkhidmatan yang disediakan oleh PSS haruslah menyokong pengajaran dan pembelajaran selaras dengan kurikulum. PSS hendaklah menyediakan program-program yang bertujuan mengmbangkan kemahiran mencari maklumat untuk pembelajaran kendiri dan sepanjang hayat.Perkhidmatan yang baik haruslah merangkumi :
    1. Pengajaran dan pendedahan dalam penggunaan PSS yang berkesan.
    2. Panduan kepada bahan yang diperlukan.
    3. Penyebaran maklumat.
    4. Perkhidmatan yang diberikan hendaklah adil kepada semua pengguna. (pendemokrasian maklumat).
    Untuk mengoptimumkan akses kepada kandungan koleksi, pihak pusat sumber haruslah menyelenggara dan mengemaskinikan rekod-rekod koleksi yang lengkap dan konsisten serta selari dengan piawaian khusus.

    2.2 Perkhidmatan Perpustakaan:
    Kemudahan pembacaan (rujukan dan pinjaman).
    Panduan dan perkhidmatan pembaca dan pengguna.
    Orientasi perpustakaan
    Panduan pengguna (user guide)
    Penggunaan kad katalog
    Kesedaran isu-isu semasa
    Panduan penggunaan internet
    Perkhidmatan maklumat
    Pameran dan promosi maklumat
    Pinjaman bahan bacaan dari Pusat Kegiatan Guru (PKG) dan Pusat Sumber Negeri (PSPN).

    2.3 Perkhidmatan Teknologi Pendidikan
    1. Kemudahan penggunaan bilik Alat Bantu Mengajar (ABM) dan bilik Alat Pandang Dengar (APD) termasuk bilik tayang.
    2. Memberi khidmat nasihat penggunaan alat.
    3. Menyediakan peralatan untuk semua aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
    4. Kemudahan membuat rakaman.
    5. Membantu penghasilan media pengajaran dan pembelajaran.
    6. Kemudahan pinjaman bahan media pengajaran dan pembelajaran.
    2.4 Perkhidmatan Penerbitan dan Dokumentasi
    1. Khidmat nasihat penghasilan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran.
    2. Menerbitkan majalah, brosur, buletin, risalah, 'blue print' sekolah dan apa-apa bahan yang berkaitan dengan kegiatan di sekolah.
    3. Mencetak bahan-bahan penerbitan sekolah.
    4. Merekod dan menyimpan bahan-bahan terbitan sekolah.
    2.5 Polisi Perkhidmatan
    1. Keahlian-Keahlian Terbuka
    2. Semua murid atau pelajar
    3. Semua guru
    4. Staf sokongan Keahlian Terhad (dengan syarat mendapat izin pihak pentadbir sekolah)
    5. Ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)
    6. Persatuan murid tua / Bekas pelajar
    Bahan hilang
    Pengguna hendaklah menggantikan bahan-bahan pinjaman yang hilang atau membayar harga bahan-bahan tersebut. Sekiranya pengguna gagal melakukan perkara (a), pihak sekolah akan menahan keputusan-keputusan peperiksaan atau menahan dokumen-dokumen pelajar terbabit seperti sijil tamat sekolah dan sebagainya.

    2.5.3 Denda lewat Denda 10 sen sehari bagi setiap bahan di rak terbuka dan 30 sen sejam bagi koleksi bertanda merah bagi setiap pengguna.

    2.5.4 Bayaran perkhidmatan internet dikenakan mengikut tempoh masa seseorang pengguna yang menggunakan perkhidmatan tersebut.

    2.5.5 Pinjaman Buku Bilangan maksima buku yang boleh dipinjam oleh setiap pengguna ialah: 1 buah buku : Ahli terhad (jika ada) 2 buah buku : pelajar 3 buah buku : Pengawas perpustakaan 6 buah buku : Staf sekolah

    3. Perkembangan Koleksi
    3.1 Objektif
    1. Menetapkan piawaian asas bagi pembangunan atau pembinaan koleksi bahan PSS.
    2. Memastikan keseimbangan koleksi dari segi kuantiti dan kualiti bahan.
    3. Memberi panduan kepada pembangunan pembinaan koleksi.
    4. Memastikan terdapat keseragaman dalam proses penilaian, pemilihan dan perolehan koleksi bahan.
    5. Memastikan keseimbangan dari segi pembahagian koleksi selaras dengan keperluan pengguna.
    3.2 Dasar pemilihan umum

    Perolehan bahan PSS hendaklah selaras dengan keperluan Falsafah Pendidikan Negara.

    Membuat cadangan perolehan melalui jawatankuasa induk PSS yang terdiri daripada ketua-ketua panitia mata pelajaran.Perolehan adalah berdasarkan kepada kehendak kurikulum dan kokurikulum sekolah serta minat pengguna. Membuat kajian ke atas aliran penggunaan bahan dan statistik koleksi semasa. Perkara yang perlu dititik beratkan dalam pemilihan bahan :
    1. Boleh menyokong proses pendidikan berasaskan perbezaan minat, kebolehan dan tahap pemikiran pengguna.
    2. Mengisi keperluan kurikulum dan kokurikulum sekolah.
    3. Menambah ilmu pengetahuan pengguna
    4. Meningkatkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.
    5. Memperkayakan perbendaharaan kata pengguna.
    6. Memupuk semangat integrasi nasional.
    7. Membina akhlak mulia.
    8. Membina sikap tanggungjawab pengguna terhadap agama, bangsa dan tanah air.
    3.3 Pembinaan koleksi baha:
    1. Pembinaan koleksi bahan perolehan pusat sumber hendaklah berunsurkan:
    2. Kekemaskinian
    3. Kepelbagaian jenis
    4. Kecukupan bahan
    5. Keseimbangan agihan koleksi
    6. Keseimbangan agihan jenis bahan
    7. Keseimbangan dari segi aliran bahasa
    8. Menolak sebarang bentuk bahan yang mengandungi perkara yang bertentangan dengan undang-undang negara.

    Media Pengajaran

    Konsep Media dan Media Pengajaran.
    Media atau medium bermakna saluran komunikasi atau juga perantara. Maksud asal merujuk kepada pembawa maklumat seperti filem, televisyen, radio, rakaman audio, gambar foto, bahan bercetak, komputer dan pengajar.

    Heinich (2002), media digunakan untuk membantu proses komunikasi.
    Pervicel dan Elington (1984) Membahagikan media kepada dua:
    –Pelbagai Alatan Fizikal Teknologi Pendidikan
    Perkataan bercetak, filem, pita, pring hitam, slaid dan kombinasi di antaranya.
    –Pelbagai Saluran Komunikasi Media
    Surat khabar, radio dan televisyen

    Reiser dan Gagne (1983)
    Mendefinisikan media sebagai sebarang cara fizikal yang membolehkan mesej pengajaran disampaikan.
    Guru, pengajar, bahan bercetak, persembahan slaid bersuara dan seumpamanya yang boleh menyampaikan mesej digolongkan sebagai media.

    Konsep media menurut Torkleson
    a) Mesej: lsi kandungan, apa sahaja yang terkandung dalam media sama ada mesej berbentuk memberitahu, menaikkan semangat dan lain-lain yang dianggap sebagai mesej yang ingin disampaikan.

    b) Bentuk Mesej: lbagaimana mesej disimpan, terangkum dalam satu ruang yang luas, bermula dari bentuk
    bahan sebenar hingga ke bentuk yang abstrak. Mesej boleh disimpan dalam bentuk perkataan, lisan, gambar, objek, simbol dan lain-lain.

    c) Saluran Mesej:
    lperalatan fizikal sama ada berbentuk elektrikal atau mekanikal yang membolehkan
    mesej dipersembahkan kepada pelajar seperti televisyen, projektor filem, projektor LCD
    dan sebagainya.

    Media Pengajaran
    Menurut Heinich (2002), jika media membawa mesej tentang pengajaran, maka media digelar sebagai media pengajaran. Menurut Kemp dan Semellie (1994), media pengajaran sebagai audio visual dan bahan-bahan yang berkaitan dengannya yang berfungsi dalam pelaksanaan sesuatu pengajaran.

    Definisi Media Pengajaran.
    lMedia pengajaran adalah segala sesuatu yang dapat digunakan untuk menyalurkan pesanan daripada pengirim kepada penerima sehingga dapat merangsang fikiran, perasaan, minat serta perhatian pelajar dan seterusnya terjadi proses pembelajaran. Dari sudut penggunaan media pengajaran, Ngui Kuan Sang (1989), berpandangan bahawa ia adalah satu pengalaman yang melibatkan penggunaan penglihatan dan /atau pendengaran seseorang serta teknik-teknik pengajaran, termasuk proses pengalaman, persediaan dan perasaan. Ini bermakna ia adalah satu proses pengalaman yang total.

    Fungsi Media Pengajaran (MP)
    Kelebihan MP
    1. Memperjelaskan Penyampaian Mesej, adalah lebih berkesan jika perkataan disertakan dengan gambar atau simbol yang lebih konkrit maknanya. Dengan media, segala simbol, verbal yang abstrak, dapat dijelaskan. Dengan teknologi komputer, penjelasan lebih berkesan dan menarik seperti penggunaan animasi, bunyi dan muzik.
    2. Mengatasi Batasan Ruang, Waktu dan Pancaindera, contoh;
    i.Objek yang terlalu besar atau kecil boleh digantikan dengan model, gambar, transparensi, filem atau video.
    ii.Gerak yang terlalu lambat atau terlalu cepat dapat dibantu dengan timelapse atau high-speed photography.
    iii.Kejadian yagn berlaku pada masa lalu dapat ditampilkan dalam bentuk filem, gambar foto atau pun lisan.
    iv.Objek yang terlalu kompleks dapat ditunjukkan dalam bentuk model, gambar rajah dll.
    v.Konsep yang terlalu luas atau abstrak dapat divisualkan.
    3. Penggunaan Media Pengajaran Secara Betul dan Bervariasi, akan dapat mengatasi sikap pasif pelajar kerana ia boleh menimbulkan minat, meningkatkan interaksi dan kefahaman pelajar tentang realiti. Pelajar boleh belajar kendiri

    11 July 2011

    Konsep Dan Domain Teknologi Pendidikan

    Pengenalan dan Konsep Teknologi
    Teknologi adalah keupayaan dalam menggunakan pengetahuan sama ada pengetahuan saintifik atau pengetahuan lain yang tersusun (other organized knowledge) yang digunakan secara sistematik sehingga mampu mempamerkan amalan yang praktikal dalam melaksanakan sesuatu tugas sehingga tugas tersebut mencapai kejayaan, Galbraith (1967).

    Pengenalan Saintifik
    Himpunan ilmu dan pengetahuan yang telah diuji dan dinyatakan dalam bentuk satu prinsip.

    Pengetahuan Lain Yang Tersusun

    Pengetahuan yang belum diuji dan dibuktikan secara saintifik tetapi diterima amalannya sebagai suatu pengetahuan yang benar berdasarkan pengalaman dan pengamatan manusia terhadap sesuatu tindakan.

    Perkaitan Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
    •   Pengajaran – proses ajar di mana keberkesanan penyampaian maklumat oleh terbukti dengan perubahan tingkahlaku pelajar.
    •   Pembelajaran – proses belajar yang berlaku apabila guru dan pelajar sama-sama terlibat dalam proses memberi dan menerima.

    Definisi :
    Teknologi pengajaran adalah satu bidang yang berusaha ke arah meningkatkan kualiti atau keberkesanan pengajaran dan pembelajaran”.

    Seels & Reechy (1994):
    “Instructional technology is the theory and practice of designing, development, utilization, management and evaluation of processes and resources for learning”.

    Definisi :
    "Teknologi pendidikan ialah gabungan manusia, peralatan, teknik dan peristiwa yang bertujuan untuk memberi kesan baik kepada pendidikan" .  (Crowell (1971):Encyclopedia of education)

    Definisi Teknologi Pendidikan oleh AECT 1994:
    AECT: The mission of the Association for Educational Communications and Technology is to provide international leadership by promoting scholarship and best practices in the creation, use, and management of technologies for effective teaching and learning in a wide range of settings.

    Goals: 
    • Define the disciplines and professional activities that comprise the field of educational communications and technology.
    • Serve and represent professionals in the field and support professional growth.
    • Advance scholarship and practice that contribute to and enlarge the knowledge base of the field.
    • Promote policies that ensure the humane and ethical use of educational communications and technology at all levels, from the personal through the international.
    “Teknologi pengajaran adalah teori dan amalan tentang mereka bentuk, membangun, mengguna dan menilai proses serta sumber untuk pembelajaran”.

    Definisi oleh Persatuan Teknologi Pendidikan Malaysia (1988):

    Teknologi Pendidikan ialah proses yang kompleks dalam mengalisis keperluan pendidikan secara sistematik, saintifik dan rasional bertujuan untuk mereka bentuk dan mengaplikasikannya secara sepadu idea, tenaga, sumber bahan, kaedah dan tatacara untuk mempertingkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.

    Domain Dalam Teknologi Pendidikan:

    Melalui 2 fasa, iaitu:
    Fasa pertama: Tahun 1977
    Fasa kedua: Tahun 1994

    Domain Teknologi Pendidikan Fasa Pertama:

    Fungsi Pengurusan Pengajaran:
    Memastikan pengurusan teknologi berjalan lancar dan berkesan, iaitu:
    • Mengarah
    • Menyelaras
    • Mengawal fungsi
    Fungsi Pengembangan Pengajaran:
    • Peringkat penyelidikan
    • Peringkat mereka bentuk pengajaran
    • Peringkat penerbitan
    • Peringkat penilaian dan pemilihan
    • Peringkat penggunaan
    • Peringkat logistik
    Fungsi Sumber Pembelajaran:
    • Mesej
    • Manusia
    • Peralatan
    • Teknik
    • Lokasi
    Domain Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Fasa Kedua:
    • Rekabentuk
    • Pembangunan
    • Penggunaan
    • Pengurusan
    • Penilaian
    REKABENTUK
    • RB Sistem Pengajaran
    • RB Mesej
    • Strategi Pengajaran
    • Ciri-ciri Pelajar
    PEMBANGUNAN
    • Teknologi Percetakan
    • Teknologi Audiovisual
    • Teknologi Berasaskan Komputer
    • Teknologi Bersepadu
    PENGGUNAAN
    • Penggunaan Media
    • Inovasi
    • Pelaksanaan
    • Polisi dan Peraturan
    PENGURUSAN
    • Pengurusan Projek
    • Pengurusan Sumber
    • Pengurusan Sistem Penyampaian
    • Pengurusan Maklumat
    PENILAIAN
    • Analisis Masalah
    • Pengukuran Rujukan
    • Kriteria
    • Penilaian Formatif
    • Penilaian Sumatif
    Kesimpulan:
    Teknologi pendidikan ialah satu sistem yang meliputi alat dan bahan media, organisasi yang digunakan secara terancang bagi menghasilkan kecekapan dalam pengajaran dan keberkesanan dalam pembelajaran.

    03 March 2011

    Pembestarian Sekolah Dan Sekolah Amanah

    PENGENALAN

    Sistem pendidikan sedia ada perlu dimantapkan selaras dengan perkembangan era teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Beberapa penambahbaikan dalam pelbagai aspek perlu dilakukan supaya ianya berdaya saing dan relevan dengan kehendak semasa. Pewujudan Sekolah Bestari merupakan satu senario dalam pendidikan alaf baru di Malaysia dan bersesuaian dengan perkembangan teknologi, sosial serta budaya masa kini. Perkembangan seumpama ini memerlukan sesebuah institusi pendidikan menggabungkan serta memberikan penekanan terhadap beberapa aspek, antaranya pengajaran dan pembelajaran berbudaya fikir, pemusatan kepada pelajar, penggunaan bahan teknologi secara bijak, strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai, serta pengurusan sekolah yang efektif.


    KONSEP PEMBESTARIAN


    Teachers will need to change their role in the electronic classroom from being information providers to counselors to help students develop know how and judgment to select information sources. Key to success in the Information Age will be making the right judgements between an awesome array of choices. We are examining our education system to create a curriculum where people learn how to learn for continuing education throughout their lives.
    Tun Mahathir Mohamed, Launch of the Multimedia Super Corridor 1 August 1996

    The smart school program will be re-modelled and its implementation fasttracked to enable more schools to benefit, at lower cost to the government. Smart schools will have access to the Internet through the SchoolNet program, which is already at an advanced stage of implementation. Advanced teaching and learning materials developed through the Smart School Pilot program will be utilised for teaching, while the Smart School Management System will be used to improve administration processes.
    Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, Launch of The Multimedia Super Corridor (M.S.C.) Next Leap, 3 July 2004

    … pembestarian sekolah adalah selaras dengan hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk menjadikan sekolah-sekolah awam lebih berdaya saing, kondusif dan moden mengikut arus pembangunan semasa. Dalam proses pembestarian sekolah, sasaran kementerian ialah untuk meningkatkan nisbah komputer kepada murid, masa dedahan murid dan guru kepada penggunaan komputer dan mengaplikasikan teknologi yang berkesan dari segi kos.
    Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pelajaran Malaysia, 7 Mei 2005

    APAKAH PEMBESTARIAN SEKOLAH?

    Pembestarian Sekolah merupakan proses berterusan ke arah meningkatkan lagi penggunaan ICT dalam pendidikan dengan memberi fokus pada peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran (P&P), keberkesanan pengurusan dan pentadbiran sekolah dan kompetensi guru. Program Pembestarian Sekolah juga memberi maksud mengapliksikan konsep Sekolah Bestari iaitu sebagai satu institusi pembelajaran yang direka semula secara sistemik dari segi amalan pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah untuk membantu murid-murid menghadapi era teknologi maklumat. Komponen utama Pembestarian Sekolah adalah berfokus kepada pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah berbantukan ICT. Proses Pembestarian Sekolah ini akan dapat melatih guru dan murid berkemahiran dalam bidang ICT. Justeru, kemahiran yang diperoleh dapat melahirkan murid yang boleh mengamalkan pembelajaran akses kendiri (selfaccessed),terarah kendiri (self-directed) dan kadar kendiri (self-paced). Pelaksanaan pembestarian ini memanfaatkan (leverage) kepada semua inisistif ICT yang sedia ada di sekolah merangkumi tiga elemen utama iaitu infrastruktur ICT dan Aplikasi Pengurusan, Pengisian Pengajaran dan Pembelajaran (P&P), dan Pembangunan Sumber Manusia. Fokus Pembestarian Sekolah ialah untuk memastikan semua sekolah akan mempunyai kecapaian ICT yang sama dengan;

    . Menyediakan kemudahan infrastruktur dan perkakasan yang mencukupi
    . Menyediakan perisian dan bahan-bahan digital yang lengkap
    . Memberi latihan yang secukupnya kepada semua guru, pentadbir dan staf sekongan

    Pembestarian Sekolah akan memanfaatkan tiga (3) elemen utama iaitu yang telah dilaksanakan ke sekolah-sekolah melalui projek-projek Kementerian seperti berikut;

    . Projek Makmal Komputer Sekolah
    . Program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)
    . Rangkaian SchoolNet
    . Rancangan TV pendidikan
    . Projek Rintis Sekolah Bestari - ICT Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
    . Mata Pelajaran yang Berasaskan ICT
    . Perkongsian Pintar dengan Syarikat Swasta
    . Latihan ICT Guru
    . Pengurusan Perubahan bagi Guru dan Pentadbir Sekolah

    Program Pembestarian ini akan dijalankan secara berperingkat dan berfasa mengikut keutamaan dan keupayaan Kementerian dengan mengambil kira kesediaan sekolah.


    DASAR DAN MATLAMAT
    Dasar Pembestarian semua sekolah merangkumi dasar ICT iaitu;

    . ICT untuk semua pelajar
    . ICT sebagai alat pengajaran dan pembelajaran, sebagai mata pelajaran dan komponen mata pelajaran
    . ICT digunakan untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan system pendidikan Matlamat Pembestarian Sekolah ialah untuk mengoptimumkan potensi murid di semua sekolah Malaysia dengan menggunakan ICT sebagai pengupaya kepada pengajaran dan pembelajaran.

    STATUS SEMASA DAN CABARAN

    1. Sekolah Bestari secara ringkas boleh didefinisikan sebagai suatu system pendidikan yang mana proses pengajaran dan pembelajaran lebih berpusat kepada pelajar dengan menggunakan pendekatan yang lebih kritis dan kreatif serta menggunakan teknologi sebagai pengupaya. Penggunaan ICT sebagai bahan bantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran merupakan jantung Sekolah Bestari. Pendekatan ini tidak hanya terhad dalam kurikulum, pedagogi, pentaksiran, pengajaran dan pembelajaran, malah juga dalam bidang pengurusan sekolah. Pengurusan dan pentadbiran sekolah dibestarikan agar pengurus sekolah dapat menguruskan perjalanan sesebuah sekolah dengan lebih efektif.

    2. Walau bagaimanapun, dalam proses menubuhkan Sekolah Bestari di seluruh negara, KPM kemudiannya telah mengambil langkah bijak dan kos efektif dengan memperkenalkan Program Pembestarian Sekolah. Ini memandangkan untuk membekalkan infrastruktur teknologi penuh sebuah Sekolah Bestari, Kerajaan perlu membelanjakan sebanyak RM1.8 juta, manakala untuk membekalkan infrastruktur teknologi makmal komputer, kerajaan memerlukan peruntukan sebanyak RM642,000 bagi sebuah sekolah. Oleh itu, alternatif yang terbaik adalah dengan cara membestarikan sekolah sedia ada yang hanya memerlukan peruntukan yang jauh lebih rendah untuk setiap buah sekolah.

    3. Program Pembestarian Sekolah memberi maksud mengaplikasikan konsep Sekolah Bestari pada semua sekolah rendah dan menengah di seluruh negara. Komponen utama pembestarian sekolah adalah berfokus kepada pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah berbantukan ICT. Proses Pembestarian sekolah dapat melatih guru dan pelajar berkemahiran dalam bidang ICT. Justeru, kemahiran yang diperoleh dapat melahirkan pelajar yang mengamalkan pembelajaran akses kendiri (self-accessed), terarah kendiri (self-directed) dan kadar kendiri (self-paced).

    4. Pelaksanaan pembestarian ini mengambil kira (leveraging) semua inisiatif ICT yang sedia ada di sekolah merangkumi tiga perkara utama iaitu hardware, software dan wetware. Untuk itu, KPM telah pun membekalkan pelbagai peralatan dan kemudahan ICT seperti komputer, pencetak, server, projektor dan rangkaian. Statistik sehingga April 2005 menunjukkan sebanyak 4500 buah sekolah rendah dan menengah di seluruh negara telah dilengkapi dengan makmal komputer, sementara 8120 buah sekolah telah dirangkaikan dengan capaian internet berjalur lebar melalui rangkaian SchoolNet.

    5. Pelbagai perisian kursus telah dibangunkan, baik oleh pihak KPM mahu pun dengan kerjasama pihak swasta. Perisian kursus untuk kegunaan Sekolah Bestari yang melibatkan empat mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik telah dibangunkan dengan kerjasama pihak swasta. Selain daripada menghasilkan perisian kursus untuk digunakan oleh guru dan pelajar dalam program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

    6. Pembestarian sekolah melibatkan pengurusan pendidikan yang lebih cekap dan berkesan dengan penggunaan aplikasi Smart School Management System (SSMS), Educational Management Information System (EMIS) dapat membantu memperkemaskan pengaliran dan perkongsian maklumat di peringkat sekolah, jabatan dan kementerian.

    7. Latihan kemahiran ICT kepada individu yang terlibat sentiasa diadakan dari semasa ke semasa. Pentadbir sekolah, guru, staf sokongan dan personel di pelbagai peringkat Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri, dan Bahagian-bahagian di KPM turut dibimbing dan dilatih menggunakan segala kemudahan ICT yang disediakan.


    FOKUS PEMBESTARIAN SEKOLAH

    Fokus pembestarian sekolah dalam tempoh pelan tindakan ini ialah bagi memastikan semua sekolah akan mempunyai kecapaian ICT yang sama dengan;

    - Menyediakan infrastruktur dan perkakasan yang mencukupi (hardware)
    . Menyediakan perisian dan bahan-bahan digital yang lengkap (software)
    . Memberi latihan berterusan kepada semua guru, pentadbir dan staf sokongan (wetware)
    . Memastikan wujudnya sistem penyelenggaraan



    SEKOLAH AMANAH

    Sekolah Amanah adalah sekolah awam yang diurus secara bersama di antara pihak swasta dengan pemimpin sekolah kerajaan, di bawah kawal selia KPM. Sekolah Amanah akan diberi lebih kebebasan dalam membuat keputusan dan dengan itu dipertanggungjawabkan bagi meningkatkan prestasi pelajar.

    Sekolah Amanah bermatlamat untuk membawa perubahan kepada prestasi sekolah tanpa mengira pencapaian semasa: daripada sederhana kepada baik, baik kepada lebih baik.

    Sekolah Amanah akan dipilih daripada sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan sedia ada di seluruh negara (contohnya, rendah dan menengah, bandar, pinggir bandar dan luar bandar).

    Sekolah yang dipilih merangkumi sekolah berprestasi rendah, sederhana dan cemerlang dengan harapan untuk meningkat prestasi di semua peringkat. Sekolah Amanah bertujuan untuk mempercepatkan proses penambahbaikan dalam melahirkan pelajar dan sekolah yang cemerlang tanpa mengira tahap permulaan.

    Sekolah Amanah akan mempunyai lebih autonomi dalam membuat keputusan berkaitan kurikulum, kewangan dan sumber manusia bagi menggalak inovasi dan menjadi lebih responsive terhadap keperluan komuniti sekolah. Autonomi yang diberi merangkumi kebebasan memilih kandungan kurikulum, pengagihan peruntukan mengikut keperluan, penyediaan insentif berasaskan prestasi dan pemilihan guru dan kakitangan bukan guru.

    Sekolah Amanah dikehendaki mencapai prestasi yang telah ditetapkan dalam tempoh lima tahun. Pihak KPM akan mengambil alih pengurusan dari penajasekiranya sekolah gagal mencapai prestasi yang ditetapkan. (RMKe-10)

     

    Pengunjung Blog

    Flag Counter

    Ahli Blog

    Apps Pembelajaran

    TRAFIK